Sabtu, 24 November 2012

Sweet Corn in Cup...

:::Sweet Corn in Cup:::

Cuti-cuti ni layan selera Yusof... kebetulan suami saya beli jagung masa pi Kuala Nerang baru-baru ni... Nak makan jagung cup... Saya suruh Yusof kopek isi jagung... Suka sangat nak makan, 2 jantung dikopeknya... Boleh la ummi tumpang sekali...hehe

Bersihkan jagung sebelum kopek isinya.....

Kukus sampai masak...


Butter, susu pekat manis, sikit garam dan serbuk lada hitam.... gaulkan dengan jagung...

Dah siap... masuk dalam cawan... ok, boleh makan...

Solok Lada...



Kali ni nak titipkan resepi solok lada yang saya buat baru-baru ni... Kiranya ni 2nd time saya buat... request daripada suami saya... Saya buat sikit ja... tak banyak... cuma 7 biji dan kelapa 1/2 biji... Ikan saya beli 2 kg baru-baru semuanya direbus dan siap dah buang tulang... simpan kat peti ais... tapi, tak la saya masukkan semua isi ikan tu... saya gunakan isi ikan lebih kurang sama banyak dengan kelapa...



Bahan-bahannya :

7 biji cili putih
Isi ikan rebus secukupnya (saya gunakan ikan kembung)
1/2 biji kelapa (diparut)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
Sebiji telur
Garam secukup rasa



Cara membuatnya :


Belah cili dan buang bijinya...


Tumbuk lada hitam, serai dan bawang merah.... Tumbuk juga isi ikan rebus dan kelapa parut......
Yang warna putih sikit tu kelapa... yang kelabu sikit tu ikan ditumbuk dengan bahan-bahan lain...

Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan telur dan gaul sebati.....



Kemudian bolehlah dimasukkan bahan-bahan tadi ke dalam cili yang telah dibelah.... Susunkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak....



Dah masak....


Ok, hidangkan ikut kreativiti masing-masing...



Khamis, 22 November 2012

Masak Lemak Ketam.....



Tengahari tadi saya buat masak lemak ketam... Masak lemak yang ringkas ja... Baru-baru ni,  pi market saya beli ketam 6 ekor... so, hari ni baru nak masak... Yusof suka sangat kalau buat masak lemak ni... So, ummi Yusof takyah pikir-pikir nak masak apa... senang cerita...

Bahan-bahan yang saya gunakan :

6 ekor ketam (dibersihkan)
1 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula ketam dan rebus lagi hingga ketam masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......





Sardin Gulung Di Cuti Sem...

Sardin Gulung



Cuti-cuti ni, rajinkan diri untuk buat sardin gulung... Resepi ni saya dapat masa saya dok kat Kepala Batas Seberang Perai dulu... Masa tu 1st posting and saya dok dengan Ndak kat sana... Dan la jugak ambik beberapa ilmu masakan masa dok dengan Ndak walaupun saya ni kategori yang tak berapa rajin masuk dapur...hehe... Resepi ni ambik daripada Kak Biha ~anak Pak Ndak... Time tu Kak Biha dok buat sardin gulung ni and letak kat kedai makan kakak ipar dia... memang laku la jualan sardin gulung ni...Nasib la Kak Biha tak kedekut ilmu... Boleh jugak saya tau cara-cara nak buat sardin gulung ni...

Actually, saya buat 1 kg tepung gandum... Nampak macam banyak, tapi cukup-cukup ja bila dah dihantar ke umah Ngah, Pak Lang dan Teh 4...

Ok, resepinya kat bawah ni....

Bahan-bahannya :

1 kg tepung gandum
1 bungkus yis segera Mauripan
6 sudu besar margerin
5 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam
Air secukupnya


Bahan Inti :

1 tin sardin (saiz besar)
7 labu bawang besar
3 sb serbuk cili (boleh guna cili kering yang dikisar)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara penyediaan :


Inti :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.... Masukkan serbuk cili dan kacau seketika.... Masukkan ikan sardin (saya tak ambil sosnya)..... Kacaukan... Masukan asam gelugor, gula dan garam..... Sementara tunggu sambal masak, saya hiris bawang besar nipis-nipis.... Masukkan hirisan bawang besar ke dalam sambal dan kacau.... Masakkan hingga bawang layu dan kuah sambal kering.... Sebelum tutup api, rasa inti terlebih dahulu... Jika perlu boleh tambahkan garam atau gula....

Doh :
Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih....

Masukkan susu tepung, gula, margerin dan garam ke dalam tepung.... Gaulkan hingga rata.... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati.... Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan.... Perapkan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... 


Mmm... biasa la Yusof ni rajin nak nolong...

Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Letakkan inti di atasnya.... Tutupkan inti dan kemaskan di bahagian tepi... Kelar dan gulungkan... Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh yang dibentukkan tadi....

Untuk step by step boleh tengok kat sini.....

Rehatkan seketika.... Akhir sekali, goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan....











Ni goreng separuh masak ja.... nak simpan kat peti ais... nanti hari Ahad goreng kat Ustaz Teh...

Rabu, 21 November 2012

Kerabu Taugeh Dengan Kerang...


Nak titipkan resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang... menu kelmarin... Selain kerang, kerabu taugeh ni boleh dipadankan dengan udang, perut atau isi ikan rebus... Kebetulan Yusof nak makan kerang, saya beli 2 kg dan masukkan sikit dalam kerabu ni...






Kerabu Taugeh Dengan Kerang
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Taugeh ~ saya beli seringgit (dibersihkan)
Kerang secukupnya (dibersihkan, direbus dan kupas kulitnya)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Stok rebusan ketam (optional)~kebetulan saya rebus ketam... so, saya masukkan stok masa nak blend...

Cara-menyediakannya :

1. Bersihkan kerang dan rebuskan kemudian kupas kulitnya dan ambil isi kerang ja... 

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, stok rebusan ketam, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...
5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...




**p/s : saya lupa nak letak belacan masa blend... kalau suka, boleh masukkan belacan... tapi tak letak belacan pun ok jugak.... Dah selamat masuk perut dah... Alhamdulillah....


Isnin, 19 November 2012

Tauhu Poket

Baru-baru ni saya buat Tauhu Poket... masa blogwalking kat sini nampak menarik ja menu ni.... ringkas tapi sedap... cuma saya sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada kat umah saya la... Actually, dah dua kali saya buat menu ni... 1st trial saya letakkan garam dan sedikit serbuk kunyit kat tauhu walaupun dalam resepi memang takda.... so, tauhu saya nampak kuning-kuning sikit la... 2nd time, saya ikut ja macam kat resepi... memang cantik la kejadiannya... memandangkan suami saya beli 10 biji tauhu, saya double kan bahan-bahannya... dan yang pentingnya menu ni memang sedap... thanks ijayuji untuk perkongsian resepi... Saya copy n paste kan kat sini pulak no...





TAUHU POKET

Bahan-bahan : ( 10 biji )

5 keping tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus 
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus (saya gantikan dengan daun sup)
2 sb telur (dalam 1/2 biji) ~(saya gunakan sebiji telur ayam kampung)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis (saya gunakan ikan bilis yang ditumbuk halus)
Sedikit garam



Cara-cara :


Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (macam buat tauhu sumbat). isi tauhu yang dikeluarkan jangan dibuang.
Hancurkan isi tauhu tadi dengan sudu. Campurkan semua bahan lain ke dalam tauhu yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi ke dalam tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dengan minyak yang panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yang dihidang bersama dengan sos....


::: My 1st trial :::
Yang dah siap digoreng....


boleh dihidang bersama sos...



::: My 2nd trial :::







Menu Tengahari Di Cuti Semester...




Actually, menu ni dah beberapa hari yang lalu... Tapi, memandangkan time cuti-cuti ni agak kalut... so, memang tak sempat nak publishkan... Dalam keempat-empat menu ni, saya cuma sediakan dua hidangan ja... ~Sotong masak kicap dengan sos lada hitam dan Tauhu Poket~... Ikan Bakar suami saya yang sediakan... dan Air Asam pulak, disediakan oleh my bonda la... Tengok ja la no sebab semuanya dah selesai dah....



::: Tauhu Poket :::


::: Sotong Masak Kicap Dengan Sos Lada Hitam :::


::: Ikan Bakar air tangan cik abangku :::




::: Air Asam air tangan bondaku :::








Sayur Taugeh Dengan Tauhu



Kali ni nak titipkan resepi yang sangat simple dan mudah disediakan... Sayur Taugeh Dengan Tauhu... Saya gunakan serbuk kunyit dalam masakan ni... tapi, kalau nak masukkan kicap pun ok jugak...




Bahan-bahan :

Taugeh
2 ketul tauhu (dipotong)
1 biji telur
1 biji cili merah (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih(dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali... Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan baunya harum... Masukkan tauhu yang dah dipotong.... Gorengkan seketika sehingga kekuningan... Masukkan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan taugeh dan kacau seketika... Masukkan telur dan biarkan telur agak mengeras baru dikacau... Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.... Perasakan dengan garam secukupnya... Masukkan hirisan cili merah... Biarkan seketika hingga layu.... Ok, siap untuk dihidang...









Khamis, 15 November 2012

Masak Lemak Perut




Masak Lemak Perut
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Perut lembu (direbus dan dipotong)
1/2 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu
1 keping asam gelugor
1 batang serai (diketuk)
5 biji cili padi (cili merah takda stok, so cili padi pun boleh la ya)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara penyediaannya :

Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing..... ketepikan... (time rebus tu masukkan halia sekali untuk hilangkan bau)

Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serai yang dah diketuk, serbuk kunyit dan asam gelugor... Rebuskan lagi hingga mendidih.... Masukkan pula perut lembu yang dah dipotong... Rebuskan lagi... Masukkan cili padi... Saya tak ketuk cili padi.... takut pedas pulak masak lemak ni... So, sapa yang nak pedas, pandai-pandai la lenyekkan cili ni time makan nanti.... Masukkan garam secukup rasa... Kacaukan.... Masukkan santan pekat.... Biarkan atas api yang perlahan... Jangan kuat sangat api, nanti pecah minyak pula.... Dah masak, boleh la dihidangkan....







Rabu, 14 November 2012

Sup Tulang Dengan Kentang



Sup Tulang
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Tulang lembu (dipotong kecil dan dibersihkan)
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
5 tangkai bunga cengkih
Sedikit lada hitam
Sedikit halia (dipotong nipis)
2 biji kentang (dipotong)
1 labu bawang besar (dibelah empat)
Sedikit daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis : (ditumbuk)
bawang merah
bawang putih
halia

Cara menyediakannya :
Actually, tulang lembu ni memang saya simpan sikit... kalau tak simpan memang dah habis digulaikan hari tu.... Ada la lapan ketul kot... Jadi, cara nak buat sup tulang ni rasanya senang je kot.... Mula-mula tulang dibersihkan.... Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.... Masukkan tulang yang telah dibersihkan tadi.... Masak seketika hingga daging berubah warna.... Kemudian, masukkan air secukupnya..... Masukkan pula perkakasan sup...~kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan juga lada hitam.... Masukkan juga halia yang dah dipotong..... Rebuskan tulang hingga empuk daging.... Dah empuk daging, bolehlah masukkan ubin kentang yang dah dipotong.... Rebuskan hingga kentang empuk... Masukkan garam secukup rasa..... Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar dan daun sup.... Ok.... ready....



Selasa, 13 November 2012

Sup Sayur




Bahan-bahan untuk sup sayur :

Putik jagung (dipotong)
Bunga kobis (dipotong)
Daun sup (dipotong)
Cendawan enoki (buang akar dan bersihkan)~saya gunakan 1/2 bungkus ja
1 ketul dada ayam (isi saha dihiris)
1/2 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Cili merah (dihiris)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara penyediaannya :

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga harum baunya.... Masukkan isi ayam yang telah dihiris.... Kacau dan masakkan hingga berubah warnanya.... Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.... Masukkan sayur-sayur yang keras ~ putik jagung dan bunga kobis.... Masak sekejap.... Masukkan garam secukup rasa dan kacaukan.... Masukkan pula cendawan, daun sup dan cili merah... Biarkan seketika hingga layu.... Dah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan.....

Daging Masak Kicap dengan Sos Lada Hitam...





Ni menu kelmarin... Daging Masak Kicap and tambah sikit ja sos lada hitam... kalau letak banyak takut pedas... kena Ummi masak yang lain pulak untuk Yusof...

Ok, resepinya....

Daging dihiris dan dibersihkan (kuantiti tak tau la sebab stok korban hari tu la ni)
Kicap
Sos lada hitam
1 labu bawang besar
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit air (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis : (dihiris nipis)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji buah pelaga


Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bahan tumis hingga harum baunya.... Masukkan kicap dan sos lada hitam.... Kacau.... Masukkan pula daging yang telah dihiris... Masukkan air dan biarkan hingga daging empuk...  Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris... Kacau dan biarkan hingga cili dan bawang agak layu...  dah siap untuk dihidangkan....



Isnin, 12 November 2012

Menu Ringkas Hari Ni....




Menu ringkas untuk lunch hari ni.... Telur Dadar, Daging Masak Kicap Dengan Sos Lada Hitam, Sup Sayur dan Ikan Temenung Rebus..... 

Sup sayur
Temenung Rebus


Telur Dadar

Daging Masak Kicap dengan Sos Lada Hitam
Resepi?? Insyaallah... esok-esok la saya postkan... hari ni kalut sikit, tak dan nak taip.... hehe


Rendang Mak Ngah Lagi...


Menu ni campur macam-macam bahan... Masa korban hari tu, depa bagi serba sikit hati, limpa, jantung dan paru.... So, campur semua sekali untuk buat rendang ~ resepi yang Ngah Dah bagi hari tu..... Memandangkan bulan lepas hb saya agak rendah... maka elok jugak la saya makan hati kan... bulan dua belas nanti appointment kat Hospital Sultanah Bahiyah nak check up hb lagi... harap-harap hb saya ok... 
Resepi untuk rendang ni boleh tengok di bawah....

Resepinya :

1/2 kg paru+hati+limpa+jantung
6-7 tangkai cili kering* (nak pedas boleh tambah lagi)
2 batang kulit kayu manis* (saiz kecil)
1 kuntum bunga lawang*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji kelapa (perah santannya)
1 biji cili merah
Garam secukup rasa

Bahan tumis :

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
3 biji buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaannya :

Firstly, hiris paru, hati, limpa dan jantung dan bersihkan... Kisarkan bahan-bahan bertanda *...... Sambil-sambil tu, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik aromanya.... Masukkan bahan kisar tadi.... Masukkan juga paru, hati, limpa dan jantung yang telah dihiris, santan dan garam secukup rasa.... Rebus hingga kering.... Apabila sudah masak, masukkan cili merah dan kacau.... ~simpan sikit untuk hiasan.... Agak cili dah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan..... Hias dengan hirisan cili merah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...