Rabu, 3 April 2019

Masak Lemak Cili Api Nenas

Assalamualaikum wbt

Lama tak bersiaran... Insya-allah, hari ni nak share resipi masak lemak cili api nenas. Bahannya boleh rujuk kat bawah ni.


Bahan-bahannya :

    Sebiji nenas (kupas dan dipotong kecil)
    1/2 biji kelapa parut (asingkan pati santan)
    6 biji cili api
    4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
    1/2 inci kunyit hidup
Sedikit udang kering
Sebiji cili besar
    garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Perah santan. Asingkan pati dan santan cair.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, cili api dan udang kering.
3. Masukkan bahan tumbuk dan santan cair ke dalam periuk. Masak di atas api.
4. Masukkan nenas dan masak hingga nenas layu.
5. Masukkan cili besar yang dihiris.
6. Masukkan pati santan dan garam secukup rasa. Masak seketika.
7. Sebelum tutup api, rasa masakan terlebih dahulu. Dah cukup rasa, boleh angkat dan hidangkan untuk famili.



Rabu, 13 Disember 2017

Sayur Asin-asin Dengan Betik dan Bendi



Biasanya daun asin-asin ni saya buat sayur lemak... Tapi kali ni nak cuba menu yang mudah disediakan dan lebih menyihatkan... Tak gunakan santan dan tak masukkan minyak untuk menumis... Rebus ja semua bahan dengan air...


Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Betik mengkal
Bendi
Bawang merah
Air
Cili merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Masak air dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan daun asin-asin dan bawang merah yang telah dihiris. Rebus hingga layu. Masukkan betik yang telah dipotong. Rebus lagi. Masukkan pula bendi, cili merah yang telah dihiris dan  garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk. Dah masak bolehlah ditutup api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...