Selasa, 31 Januari 2012

Begedil Ikan


Begedil Ikan
resepi : rodzita

Antara menu yang digemari kat umah saya adalah begedil ikan.... Biasanya kat kedai dan gerai makanan jual begedil daging....tapi kami kat umah selalunya buat begedil ikan je....

Bukannya apa, menu ini biasanya dibuat apabila ada banyak stok ikan kat dalam fridge..... Jadi, menu ini la yang menjadi pilihan bila nak menghabiskan saki-baki ikan....Kat umah saya ni, tak berapa laku kalau goreng ikan yang dah lama diperap dalam peti ais...... Tapi, kalau dibuat begedil.... mmm.... sekejap ja sold out.......

Bahan-bahannya simple ja.....

       8 -10 ekor ikan temenung    (direbus dan ambil isinya sahaja)
       2 biji ubi kentang    ~ saiz besar...kalau kecil gunakan 3 biji (direbus dengan kulitnya)
       4 ulas bawang merah
       sedikit lada hitam
       sedikit jintan manis    (kalau suka...kalau tak suka takyah masukkan)
       sedikit daun sup/daun kucai/daun bawang    (kalau ada...kalau takda pun takpe)
       garam secukup rasa
       1 biji telur
      

 Cara-caranya :

Firstly, buang kulit ubi kentang yang telah direbus... kemudian lecekkan ubi tadi...... Isi ikan ditumbuk....ataupun kisar jer dengan blender kering.....Tumbuk lada hitam, jintan manis dan bawang merah hingga hancur.... kalau nak mudah, blend jer..... Daun sup pula dihiris halus.....





Semua bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam satu bekas..... Masukkan telur dan garam secukup rasa......

Gaulkan semua bahan sehingga rata semuanya.....

Lepas tu bolehlah dibentuk mengikut kesukaan masing-masing.......

Akhir sekali bolehlah digoreng (deep fry) sehingga garing...... Kalau taknak gunakan banyak minyak pun takpe jugak...tapi kena alihkan begedil ketika goreng....
 


Macam ni lah lebih kurang rupanya bila dah siap dimasak...... Boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja cicah dengan sos.....

3 ulasan:

  1. Macam menarik begedil ikan xpernah try. Hehe.Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
  2. Macam menarik begedil ikan xpernah try. Hehe.Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam