Rabu, 11 Julai 2012

Kuih Keria.... First trial....

Hujung minggu baru-baru ni, saya ada beli ubi keledek.... cadangnya nak buat cucur badak untuk minum petang sebab intinya masih ada lagi simpan kat fridge.... Dah siap rebus ubi keledek.... Tapi, bila nak dibuat , rupa-rupanya inti tu dah expired... nak basi dah.... So, menu pun bertukar daripada cucur badak menjadi kuih keria..... 


Untuk makluman, ini adalah kali pertama saya buat kuih keria.... Alhamdulillah... jadi jugak la, walaupun rupa kuihnya tak berapa comey..... Resepinya mengikut versi saya boleh tengok kat bawah....


Kuih Keria
resepi : rodzita





Resepinya :


1 kg ubi keledek
Sedikit garam
Air untuk merebus
Tepung gandum secukupnya
Gula secukupnya (untuk disira)




Cara-caranya :


Ubi keledek dikupas, diracik kecil-kecil dan dibersihkan.... Rebus sehingga empuk.... Jangan lupa untuk masukkan sedikit garam.... Bila dah empuk, toskan airnya dan lecek sehingga halus.... Kemudian masukkan tepung gandum (saya masukkan lebih kurang 250 gram tepung untuk 1 kg ubi) dan uli hingga menjadi doh yang lembut..... 


Kemudian ambil sedikit doh tadi dan bentukkan  seperti donat..... 


Macam ni la lebih kurang rupanya....




Ulangi langkah ini sehingga habis semua adunan tadi..... Kemudian bolehlah digoreng.....

Dah siap digoreng....

Akhir sekali, masakkan gula bersama sedikit air.... Masak hingga kering airnya..... Sira kuih yang telah digoreng tadi dengan gula tersebut..... Inilah hasilnya.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan