Sabtu, 20 Oktober 2012

Nasi Lemuni dengan Sambal Ikan Bilis...

Nak titipkan resepi nasi lemuni yang dibawa ke Pot Luck kat tempat kerja hari ni... Actually, bonda saya yang sediakan pagi tadi... saya cuma tolong-tolong ja... terutama sekali tolong makan la... heheh


Saya bawak nasi dengan sambal ja... yang lain tu, Kak Kin n Kak Am yang bawak....

Nasi Lemuni
resepi : bonda

Bahan-bahannya :

Beras (bersihkan dan toskan)
Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya) update on 21/10/12 - gunakan pucuk lemuni ye
Serai (diketuk)
Halia (dihiris)
Halba
Bawang merah (dikisar)
Garam sesedap rasa

**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras... kena agak-agak sendiri la no... 
**Petang kelmarin lupa nak ambik daun pandan... so, kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan...


Cara-caranya :

Macam masak nasi lemak juga caranya... 

Yang paling mudah, gini ja... Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.... dan masakkan...

atau, boleh juga...

Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker... Masakkan sekejap hingga mendidih... Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain.... Tutup periuk dan biarkan hingga masak...

Dah masak boleh dimakan bersama dengan sambal ikan bilis...


***************************************************************************
Sambal Ikan Bilis
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Cili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Bawang besar (dikisar)
Belacan (dikisar)
Ikan bilis (digoreng)
Asam keping / Air asam jawa
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit gula batu (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

**Basically, ni la bahan-bahannya... kuantiti bahan tak dapat dinyatakan secara accurate kat sini... Masukkan mengikut tahap kesedapan rasa orang yang memasak...

Cara penyediaannya :

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan belacan... Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.... Masukkan bahan yang dikisar tadi... Masukkan asam keping, sos tiram, gula dan garam secukup rasa... Saya masukkan juga sedikit gula batu (ada dalam fridge~ masuk je la).... Masakkan hingga garing bahan-bahan tadi.... Sambil-sambil tu, gorengkan ikan bilis sehingga garing.... Ikan bilis boleh dimasukkan ke dalam sambal apabila sambal sudah masak... Kacaukan hingga rata... Boleh dimakan dengan nasi...


tayang lagi sekali gambar ni... heheh...


5 ulasan:

  1. xpernah lagi makan nasi lemuni nih..nmpak mcm sedap jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la try... macam buat nasi lemak juga...cuma, tambahkan air daun lemuni ja...

      Padam
  2. Dulu saya ingat nasi lemuni ni tak sedap. Tapi memang sedap. Saya ni je yang xpernah buat lagi ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi lemuni ni sama ja mcm nasi lemak... cuma letak air daun lemuni ja...
      silalah cuba ye...:)

      Padam
  3. dulu2 makan nasi lemuni.coz kt umah byk pokok tu..lani susah nk jumpa....masakan nasi lemuni arwah mak was the best....

    BalasPadam