Rabu, 13 Mac 2013

Samosa...

Dulu... masa keja kat KMK, saya selalu beli frozen samosa daripada Kak Kin... tapi, sejak keja kat KMP ni tak berkesempatan nak memesan-mesan pembelian samosa ni... Terfikir nak buat samosa bila Kak Ti with family dan Ustaz Azlan with family nak mai ke rumah saya masa raya tahun lepas... So, saya just cuba buat... dan alhamdulillah, menepati selera keluarga dan kawan-kawan... So, hari ni baru ada kesempatan untuk titipkan resepinya kat sini...


Samosa
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti
5 biji ubi kentang (potong dadu kecil-kecil)
Isi ayam yang dicincang -saya gunakan bahagian dada
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk) ~boleh juga gunakan serbuk lada
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Air (ikut kesesuaian)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan... Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk... Gorengkan sekejap..... Masukkan pula sos tiram.... Kacau sekejap, kemudian masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.... Boleh juga gunakan daging cincang, udang atau apa-apa yang disukai.... Kalau tak nak letak pun takpa... Agak dah masak isi ayam tadi, masukkan pula kentang yang telah dipotong dadu...... Masukkan air untuk mempercepatkan kentang empuk.... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Dah masak, sejukkan inti sebelum dimulakan proses melipat dan membalut....




Kulit popia dipotong tiga... potong memanjang.... Letakkan inti..... Lipatkan kulit popia menjadi bentuk segitiga membaluti inti tadi.... Lebih kurang macam bentuk ketupat daun palas la bentuknya.... Ulangi langkah ini sehingga habis inti atau sehingga habis kulit popia.... Untuk inti yang saya sediakan di atas hanya 12 keping kulit popia yang saya gunakan.... Dapat la dalam 36 biji samosa.... Kalau letak banyak inti makin kurang la kuantiti samosa yang kita dapat.... Dah siap, panaskan minyak dan gorengkan dengan api sederhana.... Kalau api terlalu besar, samosa mudah hangus.... Dah siap goreng, sedia untuk dihidangkan....

Kalau taknak goreng lagi pun takpe... masukkan dalam bekas dan simpan kat freezer... nanti bila nak makan, keluarkan dari freezer dan goreng ja...

Samosa sedap dimakan semasa masih panas sebab kulitnya masih rangup... Sejuk pun sedap juga dimakan... cuma, kulit samosa ni cepat lemau bila dah sejuk...



1
2
3
4

5

 6


Tiada ulasan:

Catat Ulasan