Khamis, 31 Oktober 2013

Kerepek Sukun...

Baru-baru ni buat kerepk sukun... Sebenarnya buah sukun ni memang ada kat dalam fridge.... Kalau nak harapkan saya pi kait buah sukun ni, tak berapa nak rajin la...hehe... My bonda buat cucur sukun minggu lepas tapi tak habis sebiji... Ada 1/4 biji saja... Jadi, kerepek ni tak banyak...

Walaupun sikit ja, tapi dapat la lebih kurang 2 tupperware macam dalam pic kat bawah ni....



Bahan-bahannya :-

1/4 biji buah sukun
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya :

Kupas buah sukun... Belah beberapa bahagian.... (ni kalau ada sebijik la)... Sagat buah sukun nipis-nipis.... ketepikan....

Panaskan minyak dalam kuali..... Letak garam dalam minyak.... Masukkan buah sukun yang telah disagat dan goreng hingga kekuningan.... Angkat dan siap untuk dimakan....


**nak tengok versi banyak punya boleh klik kat SINI...

Ahad, 27 Oktober 2013

Gulai Pelata Pisang dengan Telur Ikan...

Pagi tadi lepas hantar Yusof ke sekolah, saya singgah ke market kat Billion... Hari ni ikan nampak fresh jugak... Dok aim nak beli ikan temenung, tapi lupa pulak sebab dok membeli yang lain... Hari ni saya beli ayam sekor, kepala jenahak, telur ikan, ikan sebelah, sotong, sawi, kailan dan bawang... Tak tau la cukup tak stok untuk seminggu... Tak cukup nanti, bonda top up la beli kat kedai Kamarul...

Sampai kat umah, tengok-tengok bawang takda.... tak tau la tinggai kat mana tadi... Takda rezeki la tu... Mmm... tengok kat sinki dah ada ikan pelata pisang... My bonda dah bawak keluaq dari peti ais, nak dibuat gulai... Jadi, semua yang beli tadi tu, siang siap-siap masuk ke peti ais la... Just masak telur ikan ja join venture dengan ikan pelata pisang... dan goreng ikan sebelah...

Okey... resepinya ;

1 ekor ikan pelata pisang (dah siap potong)
Telur ikan
Kacang bendi (dipotong)
1 bungkus serbuk rempah kari
Bawang merah
Bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji kelapa (ambil santannya)
Minyak untuk menumis


Bahan tumis :

Hirisan bawang merah
Hirisan bawang putih
Sedikit halba campur

**Bahan-bahan disediakan oleh my bonda... so, kuantiti tatau la.....



Cara-caranya :

Part 1~My bonda style:
Kisar bawang merah dan bawang putih bersama serbuk kari sehingga halus... 

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis... Masukkan serbuk rempah kari yang dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.... 


Part 2~Ni baru my part~ baru siap siang ikan dan ayam... hehe
Masukkan ikan, telur ikan dan bendi... kacau rata... Selepas itu, masukkan santan dan biarkan hingga mendidih... Setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan... Jangan lupa rasa asam garamnya terlebih dahulu ye...



Jumaat, 25 Oktober 2013

Sotong Goreng Kunyit


Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan :-

Sotong (potong bulat-bersihkan)
Carrot (potong memanjang)
Serbuk kunyit
Daun sup (dipotong)
Hirisan bawang merah
Hirisan bawang putih
Hirisan bawang besar
Hirisan cili merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air (jika perlu)


Cara-cara :-

Panaskan minyak dalam kuali... Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih... Masukkan serbuk kunyit... Masukkan sotong dan carrot... Kacau... Masukkan garam secukup rasa...Kalau nak berkuah boleh masukkan air... Setelah sotong masak, masukkan daun sup, hirisan bawang besar dan hirisan cili merah... Kacau rata... Setelah bawang besar layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan... Ok, dah siap...