Sabtu, 23 November 2013

Lagi Menu Semasa Berpantang....

Senyap-sunyi kampung halaman saya ni.... Depa pakat pi kenduri rumah anak Ngah kat Cheras... Ngah dah wajib pi... Tiqah, Aiman, Amer, Alia, Teh Pat, Bonda saya dengan Ishak pun pi jugak... Suami saya keja shif petang... Jadi, saya kat umah ni dok menemankan Yusof tengok kartun saja la dua hari ni... Nak masak beria-ia, Yusof takleh makan... kena pantang sat...

Hari ni kat kampung saya ada dua kenduri... "Suamiku dan adikku, sila pi makan kenduri ya..." Jadi, sediakan menu untuk Yusof saja...  masak yang simple dan mudah... heheh 

Memandangkan pagi tadi suami saya pi market beli ikan seludu... so, menu untuk Yusof hari ni.... Seludu goreng dan Ikan Seludu Masak Asam



~Ikan Seludu Masak Asam~

Bahan-bahan :

1 ketul ikan seludu (potong dua)~gaul dengan garam halus dan serbuk kunyit
1 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
Cili merah (hiris)
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam kuali.... Gorengkan ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit... Setelah garing, angkat dan ketepikan....

Tumiskan bawang merah dan bawang putih... Masukkan sedikit serbuk kunyit, air asam jawa, garam secukup rasa... Biarkan di atas api hingga mendidih.... Masukkan ikan yang telah digoreng, bawang besar dan hirisan cili merah... masak hingga bawang layu... Ok, dah siap...




Jumaat, 22 November 2013

Menu Kala Yusof Berpantang...

Kali ni nak publish menu di kala Yusof berpantang.... Biasanya saya goreng ikan pelotan atau ikan otek untuk Yusof... tapi kelmarin sepupu saya Amer tahan taut kat sungai dan dapat la beberapa ekor ikan haruan dan bagi ikan haruan untuk Yusof... jadi, boleh la buat sup ni kat Yusof... Sangat la ringkas sebab saya tak tumis dah... rebus ja semuanya....

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan haruan (disiang dan dibersihkan)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Caranya mudah saja.... Masukkan semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan masak....

Jumaat, 1 November 2013

Otak Masak Jintan Berlada


Menu selepas Aidil Adha... Kebetulan masa sembelih lembu hari raya baru-baru ni, depa bagi kepala kat suami saya dua biji... So, ada la dua ketul otak... Weekend baru ni baru sempat masak.... Resepinya kat bawah ni ya...


Bahan-bahan :

Otak (dipotong dan dibersihkan)
3 biji ubi kentang (kupas dan potong)
2 sb jintan manis
1/2 sb lada hitam
2 inci halia
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1 cawan santan
Minyak untuk menumis
Air (jika perlu)
Hirisan cili merah

Bahan tumis :

Hirisan bawang merah
Hirisan bawang putih
Hirisan halia


Cara-caranya :-

Otak dipotong kecil dan dibersihkan... ketepikan...

Ada ka patut Yusof cakap Zombie makan otak... Nampak sangat terpengaruh dengan game...

Panaskan minyak dalam kuali... Tumiskan bahan tumis hingga naik bau... Masukkan bahan kisar... Masukkan asam keping... Masukkan ubi kentang... Ubi kentang ni optional... kalau taknak letak pun takpa.... Masak ubi bersama-sama bahan kisar... Biar hingga pecah minyak... Jika perlu, kacaukan.... Masukkan otak dan kacau rata... Biar seketika... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan santan... Masak hingga mendidih... Masukkan hirisan cili besar.... Jika perlu boleh tambahkan air.... Setelah masak boleh diangkat dan dihidang...