Jumaat, 22 November 2013

Menu Kala Yusof Berpantang...

Kali ni nak publish menu di kala Yusof berpantang.... Biasanya saya goreng ikan pelotan atau ikan otek untuk Yusof... tapi kelmarin sepupu saya Amer tahan taut kat sungai dan dapat la beberapa ekor ikan haruan dan bagi ikan haruan untuk Yusof... jadi, boleh la buat sup ni kat Yusof... Sangat la ringkas sebab saya tak tumis dah... rebus ja semuanya....

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan haruan (disiang dan dibersihkan)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Caranya mudah saja.... Masukkan semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan masak....

2 ulasan:

  1. salam kenal dr SRC..

    singgah sini dan follow.sudi la singgah dan follow blog saya ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan.... Insyaallah, nanti saya singgah n follow.... :)

      Padam