Sabtu, 31 Mac 2012

Sandwich Bakar

Baru-baru ni saya buat inti sardin... Cadangnya nak buat sardin gulung, tapi adik saya jadikan inti sardin tu sebagai lauk dimakan dengan nasi.... Tak banyak la bakinya... Jadinya, menu sardin gulung hanya tinggal sebagai cadangan sahaja.... Tak berbaloi pula rasanya nak menguli tepung kalau intinya sikit sangat.... Nanti tak cukup pulak.... Kebetulan kat umah memang ada  roti.... Maka, menu saya pun bertukar menjadi sandwich bakar.... Just a simple supper menu untuk famili......

Sebelum tengok bahan dan cara penyediaannya.... layan dulu la iklan dari Yusof ni...

Bab berposing memang boleh tahan si Yusof ni....




Sandwich Bakar 
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :
1/2 bungkus roti (saya gunakan Gardenia) ~ inti sikit je... so roti pun sikit jugak....
Margerin/butter secukupnya (disapu pada roti)
Mayonis (disapu pada roti)

Inti sardin :
1 tin sardin ~ lenyekkan isi sardin (saya gunakan Sardin Pertima)
5 tangkai cili kering*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar dihiris nipis (macam buat air asam)
Sedikit air asam jawa / perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis~1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah



Cara-caranya :

Firstly, sediakan inti sardin terlebih dahulu..... Biasanya saya lebih suka gunakan inti yang dimasak..... Blend cili kering, bawang merah dan bawang putih (bahan yang bertanda *)... Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan.... Masukkan cili yang telah diblend tadi..... Masak hingga garing... Masukkan sardin yang telah dilenyekkan.... Kemudian masukkan garam, gula dan air asam jawa..... Boleh juga gunakan perahan limau nipis...  Kacau hingga sebati.....Apabila sudah masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris.... Kacau sebati dan masak hingga bawang layu.... 

Step seterusnya yang paling mudah.... Sapukan margerin pada sekeping roti... Letakkan inti sardin di atas roti yang telah disapu margerin tadi.... Kemudian sapukan pula mayonis pada sekeping roti yang lain.... Tangkupkan roti yang berinti sandin dan roti yang disapu mayonis tadi.... Letakkan di atas toaster dan bakar hingga keperangan.... Just tunggu sampai lampu kat toaster tu padam... Kalau nak lebih garing boleh bakar dua kali....


Dah garing bolehlah diangkat dan dipotong dua menjadi tiga segi untuk dihidangkan..... Makan time panas-panas lebih sedap sebab rotinya masih garing.....

siap untuk dimakan...

Ahad, 25 Mac 2012

Gulai Tulang Dengan Rebung

Hujung minggu baru-baru ni, saya bersama suami dan anak balik ke kampung suami kat Lahar Buaya ~ Yusof kata Lahar Crocodile.... Di hari Sabtu yang indah itu, saya telah masakkan gulai tulang dengan rebung... Actually, kat rumah hanya tinggal saya dan adik ipar saya ~ Salwa ~ untuk sesi memasak sebab mak mertua saya pi menadah kitab kat Telok Bagan..... Bapa mertua pula beli tulang untuk dibuat gulai... Pokok buluh kat belakang rumah pun ada rebung dua, tiga batang.... So, apalagi??? kena la tunjukkan skill memasak yang ada walaupun sebenarnya tak berapa pandai sangat nak masak gulai ni..... Takpe, cuba dulu no...





Gulai Tulang Dengan Rebung
Resepi : rodzita

Resipinya :


   Tulang secukupnya
   Rebung secukupnya
   1 bungkus rempah kari daging
  5 ulas bawang merah

ditumbuk dan dibahagi dua..... sebahagian digaulkan bersama rempah dan tulang, sebahagian lagi ditumis...
  4 ulas bawang putih

  1 inci halia

    Kerisik (dari 1/2 biji kelapa) @ 1 bungkus
   Air secukupnya
   1 biji kelapa (diperah santannya)
   Garam secukup rasa
   Minyak untuk menumis


Bahan tumis :
   Bawang dan halia yang ditumbuk ~ ambil sebahagian bahan tumbuk yang digaul dalam rempah
   2 kuntum bunga lawang
   5 biji buah pelaga
   Kulit kayu manis
   1 pelepah daun kari



Cara-caranya :


Gaulkan tulang bersama dengan rempah dan sebahagian bahan yang ditumbuk.... 
Panaskan minyak.... Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau... Seterusnya, tuangkan rempah dan tulang yang telah digaul tadi..... Kemudian masukkan air dan rebus tulang bersama rempah sehingga daging pada tulang tadi lembut.... Masukkan kerisik... Actually, kerisik kat umah dah habis, jadi Salwa yang buatkan 1/2 biji kelapa... dan saya masukkan semuanya ke dalam gulai.... Masukkan garam....


Sambil-sambil tu, rebung dipotong dan dibersihkan.... Kemudian rebus rebung dan toskan..... 


Bila daging dah lembut, masak lagi hingga rempah pecah minyak.... Kemudian masukkan santan... Lepas tu masukkan rebung.... Masak lagi hingga mendidih.... Sebelum tutup api... rasa garamnya dulu....







Alhamdulillah.... siap juga menu gulai tulang dengan rebung ni...  Bolehlah dihidangkan untuk keluarga......Cam ni je la lebih kurang menu yang dapat saya sajikan....

Rabu, 14 Mac 2012

Ketupat Sotong

Terkenang-kenang masa dulu-dulu menikmati ketupat sotong.... Dulu, mak saya memang dok masak ketupat sotong ni... tapi, bukanlah selalu.... Ngah Dah pun rajin jugak buat menu ni.... Tapi dah lama tak makan sebenarnya....

Baru-baru ni Long An and family sediakan menu ni untuk hidangan lauk pengantin.... hmmm... teringin la pulak... Kebetulan pula, adik ipar kepada adik saya datang ke rumah menghantar ikan dan sotong yang ayah depa bawa balik dari tempat kerja... Apa lagi?? saya tengok ada sotong, tercapailah hajat nak makan ketupat sotong nampaknya... Bagai pucuk dicita, ulam mendatang..... Alhamdulillah... 

Tapi, sebelum prepare bahan-bahan kenalah menuntut daripada mak saya dulu... Al-maklum sajalah.... saya ni tak pernah pun masak menu ni sebelum ni....


Ketupat Sotong
resepi : rodzita

Resipinya  :-

16 ekor sotong (sotong akan mengecut ~ seeloknya gunakan saiz sederhana / besar)
sedikit beras pulut (direndam terlebih dahulu)
1/2 biji kelapa (ambil santannya)
3 ulas bawang merah
1 inci halia
secubit garam
lidi secukupnya (dipotong tajam)


Cara membuatnya :-


saya masukkan kepala kat dalam badan sotong ... nak pastikan cukup pair masing2...
Bersihkan sotong... tulang takyah buang supaya sotong tak kecut apabila masak nanti.... pastikan kepala dan badan sotong mencukupi...

lidi ni saya potong panjang sangat....
Kelapa diperah.... ambil santan secukupnya....

Lidi dipotong tajam dihujungnya ~ untuk dicucuk pada sotong

Tangan Ummi pun nak  enterframe jugak kat sini
Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Jangan penuhkan sotong dengan beras sebab pulut tu akan kembang dan memenuhi sotong setelah masak nanti.... Masukkan kepala sotong ke badannya dan cucukkan dengan lidi tajam...

sungguh panjang lidi itu.... clear bila tengok pic ni...
Letakkan sotong dalam periuk/kuali.....

Masukkan ja semua bahan...lepas tu rebus....
Masukkan santan ke dalam periuk/kuali. Masukkan bawang dan halia yang telah dihiris ~ kalau rajin boleh tumbukkan bawang dan halia....Kemudian masukkan sedikit garam ~ jangan letak banyak garam sebab nak rebus santan tadi sampai kering, nanti masin pulak......

Setelah direbus sehingga kering santan tadi, bolehlah diangkat dan dihidangkan....... 

Mmm... sedapnya.... Yusof pun suka jugak....


Ahad, 11 Mac 2012

Roti Canai... mudah...enak....


Roti Canai
resepi  : rodzita 


Basically....inilah bahan-bahannya mengikut hasil surfing saya dalam http://chefinyou.com/2009/11/roti-canai-recipe/ , tapi dalam english la pulak....

  • 1-1/2 cups ( 10oz or about 300 gms) all purpose flour
  • 1/2 cup ghee (clarified butter) ~ 1/4 aje digunakan dalam adunan...selebihnya untuk disapu pada doh)
  • 1/2 cup water, give or take few tbsp.
  • salt to taste

Setelah dicuba dan ditry dengan guidance dari bonda..... gini la bahan-bahannya mengikut resepi yang tak seberapa air tangan Ummi Yusof :

      3 cawan tepung gandum (1 cawan sikit sangat...tak cukup pulak nanti)
      1-1.5 cawan air
      1 sudu besar margerin
      garam secukup rasa
      2 sudu besar susu cair /  susu tepung (saya tambahkan sendiri... resepi asal dah dimodified)

      margerin ~ untuk disapu/salut pada doh
      minyak ~ untuk menebar doh & menggoreng

Cara-cara membuatnya :


Masukkan margerin, susu dan garam ke dalam tepung.... kemudian masukkan air sedikit demi sedikit... Uli adunan tepung dan bahan-bahan tadi.... Jika adunan kurang lembut, masukkan lagi air.... Air takyah banyak sangat ~ takut lembik pulak adunan tu..... Uli lagi hingga adunan lembut.... Biarkan adunan tadi dan tutup dengan kain lembap lebih kurang setengah jam....


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan kepada beberapa doh seperti bebola.... Sapukan bebola adunan tadi dengan marjerin supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.... Rehatkan adunan selama tidak kurang dari dua jam....




Seterusnya.... tebarkan setiap bebola adunan tadi..... Sebelum ditebar pastikan doh direhatkan secukupnya... kalau tak cukup...sukar sikit la untuk menebar atau menjadikan doh tu nipis..... 

Oleh kerana saya takda kemahiran menebar... maka saya gunakan teknik yang mak saya tunjukkan.... Kalau kat dalam http://chefinyou.com/2009/11/roti-canai-recipe/ pun dibagitau jugak.... Sila rujuk Method 2 - Mostly Traditional Method - No skill set required..... 

Ambil doh dan letakkan di atas bekas yang rata~ saya gunakan talam besar.... Leperkan doh tadi dan tarik/ strecthkan di setiap pepenjuru doh sehingga ia menjadi nipis.... Jangan kedekut minyak semasa proses ni sebab minyak membantu supaya doh tidak terkoyak.... Bila doh sudah nipis, lipat empat segi atau boleh dibentuk bulatan / spiral..... 

Lepas tu, bolehlah goreng di atas kuali leper sehingga masak......




Dah masak... boleh hidangkan untuk keluarga....kebetulan emak saya masak gulai ayam....... so, roti canai dicicah dengan gulai ayam.... mmm, memang sedap..... tapi anak saya lebih suka cicah dengan susu pekat manis je......

kuah banjir.... enak dan sedap...



Sempat jugak saya goreng separuh masak beberapa keping untuk simpan kat fridge....

saja ja try buat frozen food.... kalau ok, nanti boleh buat banyak sikit....



Khamis, 8 Mac 2012

Kurma Telur





Kurma Telur
resepi : rodzita

Menu ni saya masak khusus kerana memenuhi request anak teruna saya. Memandangkan saya tidak begitu mahir dalam menyediakan menu ni, so sebahagian resepi saya ikut je apa yang tertera pada bungkusan rempah kurma tu dan sebahagian lagi campak je ikut tangan ni.... Bukannya apa, kat umah ni takda badam.... Jadinya, resepi yang saya nak titipkan hari ni Kurma Telur ala Ummi Yusof....

Bahan-bahannya :

7 biji telur (rebus dan kupas kulitnya..pas tu kelar sikit)
1 bungkus rempah kurma
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bunga lawang*
kulit kayu manis*
santan
cili merah (dimayang)
bawang besar (belah empat atau enam)
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :
 
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Sambil-sambil tu anaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda *..... Dah kuning bahan tumis tadi, masukkan rempah kurma..... Masak hingga pecah minyak.... Masukkan santan.... Masukkan telur rebus.... Masukkan garam secukup rasa.....




Masih kat atas dapur...saja nak tayang Tefal...:)


Setelah masak, masukkan cili merah dan bawang besar... Perlahankan api..... Dah layu cili dan bawang bolehlah ditutup api.... Pastikan rasa garamnya terlebih dahulu..... Akhirnya, bolehlah dihidangkan......

Saya hidang sebijik-sebijik... kalau nak lebih menarik telur boleh dibelah dua....