Isnin, 7 Mei 2012

Paceri Gajus

Mmm... gajus lagi... Kebetulan gajus masih ada, maka macam-macam resepi yang disusun untuk menjadikannya sebagai satu menu untuk dihidangkan.... Samada nak dibuat kerabu siam atau paceri.... Tapi nampaknya..... paceri yang menjadi pilihan hati....





Paceri Gajus
resepi : rodzita


Gajus secukupnya (dipotong mengikut citarasa masing-masing)
2 bungkus rempah kari daging
1 biji kelapa (ambil santannya)
Sedikit udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :



Buah gajus yang dah dipotong....
Ni aje yang sempat snap...



Firstly, serbuk kari digoreng tanpa minyak sehingga naik aromanya.... Lepas tu, masukkan serbuk kari yang dah digoreng tadi ke dalam bekas dan masukkan air suam..... Sambil-sambil tu, tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih ~ bahagikan dua bahagian (sebahagian dijadikan bahan tumis dan sebahagian lagi dimasukkan ke dalam bancuhan serbuk kari tadi) Tumbukkan udang kering dan masukkan juga ke dalam bancuhan serbuk kari tadi....


Panaskan minyak... kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan kulit kayu manis, dan bunga lawang.... Dah naik baunya, masukkan bancuhan serbuk kari tadi..... Masukkan kerisik..... Masak hingga pecah minyak.... Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa..... Masukkan santan dan masak hingga mendidih....Masukkan buah gajus dan rebus lagi sehingga masak..... Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan....

Ahad, 6 Mei 2012

Kerabu Gajus + Belimbing Buluh

Minggu lepas, suami saya bawak balik buah gajus... Tak la banyak sangat... Lebih kurang 15 ke 20 biji kot... Pas tu pulak cakap nak makan kerabu... Saya ni tak pernah pun makan kerabu gajus ni apatah lagi menyediakannya.... 

Tapi berjaya juga suami saya melayan hajatnya tu memandangkan menu ni dapat disediakan dengan jayanya... Cuma, bukan saya yang sediakan kerabu gajus ni, sebaliknya ia adalah air tangan bonda saya... Saya just tolong je... Cuma, apa yang saya perasan kerabu ni tak gunakan kerisik macam kerabu yang saya biasa buat.... Saya titipkan resepi kerabu gajus di teratak ini khusus sebagai ingatan buat diri sendiri di masa akan datang....


Kerabu Gajus + Belimbing Buluh
resepi : bonda

Bahan-bahannya :

Gajus secukupnya
Belimbing buluh secukupnya
2 labu bawang besar
Setengah biji kelapa parut*
6-7 tangkai cili kering*
5-6 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*
Sedikit serbuk lada hitam (boleh juga guna lada biji)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara penyediannya pula :

Bahan utama resepi ini...



1. Gajus dan belimbing buluh dihiris nipis.
2. Rendam dengan air garam sebentar. 
3. Kemudian ramaskan untuk keluarkan rasa asam dan kelat buah. Toskan.







 4. Bawang besar dihiris nipis.
5. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas.

6. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
8. Gaulkan buah gajus dan belimbing tadi dengan bahan kisar.

9. Siap untuk dihidangkan.


Khamis, 3 Mei 2012

Solok Lada versi Ummi

Dah lama tak postkan entri kat blog ni.... Kebelakangan ni agak sibuk, so teratak resepi ni pun semakin sepi..... Hari ni sempat curi masa sekejap untuk menghadap PC ni.....Kebetulan sekarang ni tengah cuti semester... jadi sempat la masuk dapur....  Hari ni saya nak titipkan satu resepi yang saya masak baru-baru ni.... :::Solok Lada::: 

Actually, dah lama tak makan solok lada.... Dok tanya kat kedai yang jual nasi kerabu, takde la pulak dibuat solok lada ni.... Kebetulan semasa saya ke market pada hari Ahad baru-baru ni, ternampak cabai putih  yang digunakan untuk buat solok lada ~sebenarnya saya pun tak tau nama cili ni, bentuk macam cili besar tapi warna putih, orang Kedah panggil cili = cabai.... orang Kelate panggil cili = lada~... So, saya sebut kat sini cabai putih je la no..... Nak try buat solok sebab dulu (satu dekad lebih dah) masa saya study kat Kelate, saya pernah ikut junior  saya merangkap teman sebilik saya~Suziyani Mat Jusoh~ ke rumah dia di Ketereh... Mek dia buat solok lada.... Saya just try buat mengikut daya ingatan saya yang tak berapa dhobit ni..... ingat-ingat lupa.... Resepi yang saya gunakan adalah seperti kat bawah ni.... 



Solok Lada
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

10 biji cabai putih
5-6 ekor ikan kembung @ sebarang ikan yang sesuai  (direbus ~ ambil isinya sahaja)
setengah biji kelapa parut
2 batang serai
3 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
sebiji telur
garam secukup rasa

Cara membuatnya :


Cabai ni besor-besor la




Belah cabai dan buang bijinya... 








Tumbuk lada hitam, serai dan bawang merah....
Tumbuk juga isi ikan rebus dan kelapa parut...... 




Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan telur dan gaul sebati..... 



Kemudian bolehlah dimasukkan bahan-bahan tadi ke dalam cabai yang telah dibelah.... Susunkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.... 








Dah siap boleh la dihidangkan....