Rabu, 27 Jun 2012

Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram

Hujung minggu baru-baru ni agak sibuk... Dahlah demam pada hari Jumaat, hari Sabtu pula bekerja sebab ganti untuk cuti raya nanti.... Tapi, sempat jugak snap pic untuk entri kali ni.... Cuma, lambat sikit la postkan ke Teratak Resepi Ummi ni.... Menu yang saya nak titipkan kali ni ringkas dan mudah je... Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram... Resepinya saya titipkan di bawah ni....

Sotong Goreng Berlada Dengan Sos Tiram
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

500 gm sotong
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1.5 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos perisa tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar ~ termasuk untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun sup untuk hiasan


Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat... Panaskan minyak..... Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik aromanya.... Masukkan serbuk lada hitam.... Kalau suka pedas, boleh ditambah lagi serbuk lada.... Masukkan pula sos tiram dan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan pula sotong dan rebus sehingga masak.... Masukkan garam secukup rasa.... Akhir sekali, masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang layu.... Setelah diangkat bolehlah ditaburkan dengan daun sup dan hirisan bawang besar sebagai hiasan....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan