Ahad, 11 November 2012

Temenung Goreng Berinti Sambal

Mmm... ikan temenung ni boleh dikatakan sentiasa ada dalam peti ais kat umah saya... Selalunya, ikan temenung digoreng sahaja.... Kalau temenung lemak dibuat gulai ataupun asam pedas... Adakalanya dibuat masak lemak...Sekali-sekala buat juga temenung sumbat sambal kelapa... dan kalau direbus atau kukus kemudian cicah dengan air asam pun sedap... Hari ni pula, saya nak titipkan resepi Temenung Goreng Berinti Sambal...


Temenung Goreng Berinti Sambal
resepi : rodzita

6 ekor ikan temenung (belah belakang dan bersihkan)
3-4 tangkai cili kering*
3 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya :

Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.... 

Blend semua bahan yang bertanda *.... Masak sekejap bahan yang telah diblend tadi sehingga kering air.... Kalau nak tumis pun boleh tapi saya tak tumiskan pun.... Masukkan garam, gula dan air asam jawa.... Pasrikan cukup rasanya..... dah kering air boleh tutup api.... Biarkan sejuk seketika... 

Ambil sesudu dan masukkan ke dalam ikan temenung... Kalau nak masukkan lebih pun takpe... Siapkan semua ikan dan panaskan minyak dalam kuali.... Gorengkan hingga garing.... dan sedia untuk dihidangkan....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan