Sabtu, 3 November 2012

Gulai Tulang

Gulai Tulang ni saya masak pada hari raya ketiga baru-baru ni...  Kebetulan adik saya dari Kluang dan adik ipar saya pun masih ada di rumah lagi... banyak la sikit masak gulai ni... Tapi, saya tak masak semua tulang yang depa bagi masa buat korban hari tu sebab rasa macam nak makan sup tulang jugak.... tak tau la bila nak masaknya... sebab tu la simpan sikit kat dalam peti...

Ok, layan pic gulai dulu sebelum tengok resepi...


Gulai Tulang
resepi : rodzita


Bahan-bahannya :

Tulang lembu (potong dan bersihkan)
2 bungkus rempah kari ayam (saya guna rempah cap O)
9 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 sb kerisik
1 biji kelapa (perah santannya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :

Potong tulang (kalau belum dipotong) dan bersihkan.... ketepikan sekejap.... Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah sehingga hancur..... Bahagikan dua bahagian... Satu bahagian nak digaulkan dengan tulang dan satu bahagian lagi untuk menumis.....

Masukkan tulang yang telah dibersihkan tadi ke dalam bekas.... Masukkan serbuk kari dan juga bahan-bahan tumbuk yang diasingkan tadi.... Gaulkan semua bahan sehingga rata.... Kalau boleh perapkan seketika.....

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga baunya harum.... Masukkan tulang yang diperap tadi dan kacaukan..... Biarkan di atas api.... dan masakkan sehingga rempah garing.... Masukkan kerisik dan kacau rata.... Actually, kerisik ni boleh juga dimasukkan ke dalam tulang bersama-sama serbuk rempah kari dan diperap sekali.... Tapi time masak hari tu tak teringat la pulak kat kerisik... Saya tengok Ndak Bark buat camtu kalau masak gulai daging atau tulang.... 

Setelah rempah garing, bolehlah dimasukkan santan dan masakkan sehingga daging pada tulang menjadi empuk dan lembut..... kalau lambat empuk boleh masukkan sedikit gula batu... Saya tak masukkan sebab daging lembu ni ok ja.... Masukkan garam secukup rasa dan kacaukan....

Dah empuk daging ~bukan tulang yang empuk no~ bolehlah rasa dulu gulai tadi... bukannya apa, cuma nak pastikan cukup rasanya.... Dah siap masak boleh la dihidangkan.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan