Isnin, 25 Mac 2013

Ayam Goreng Berempah

Masuk dapur di hujung-hujung minggu sahaja... Itu pun jenuh nak memikirkan menu yang nak dimasak... Macam mana la kawan-kawan yang memang suri rumah full time ya...

Kali ni saya sediakan menu yang ringkas sahaja iaitu; ayam goreng berempah... Selain dari digoreng, ayam yang diperap dengan rempah ni juga sesuai dipanggang... Tapi, memandangkan mood memanggang tak berapa nak tinggi, jadi saya permudahkan urusan di dapur dengan menggoreng sahaja... Ok, resepinya kat bawah... 




Ayam Goreng Berempah
resepi : rodzita

 Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)

1/2 sudu teh lada hitam
1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 bungkus serbuk kari ayam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaannya :


Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.... Masukkan serbuk kari ke dalam bekas... Masukkan pula bahan yang telah ditumbuk tadi, sos tiram dan juga garam secukup rasa... Gaulkan hingga rata... Masukkan pula ayam dan gaulkan lagi... Perapkan lebih kurang setengah jam... 



saya perap 1/2 jam ja... kalau lebih pun takda masalah... ok je

Panaskan minyak dalam kuali... Gorengkan sehingga masak/garing dan bolehlah diangkat... Sesuai untuk dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan