Isnin, 8 Julai 2013

Menu Minum Petang

Kali ni saya nak publish menu minum petang... Dah lama dah buat ni, tapi hari ni baru berkesempatan nak siapkan entrinya...

Sebenarnya ini kali kedua saya sediakan juadah ini... Kali pertama dulu saya nak buat puff macam kat sini... tapi masa bancuh adunan tu terlebih air la pulak... jadinya, agak lembik sikit adunan dan susah nak canai dohnya... Walaupun begitu, saya buat juga... cuma, saya tak mencanai dah tapi just leperkan doh tu dengan tangan ja dan terhasil la rupa bentuk yang macam ni...
Ni yang 1st time ari tu...

Kali ni saya buat lagi atas permintaan daripada anak teruna saya... Jadi, kali ni memang sengaja lebihkan sedikit air dalam adunan tu... 


Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung/susu pekat manis/susu cair
Secubit garam
Air secukupnya

*Bahan-bahan di atas adalah resepi yang saya biasa gunakan untuk Sardin Gulung. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... cuma untuk menu ini saya lebihkan sedikit air supaya adunan lebih lembut...

Bahan inti :

4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



Bahan lain :
Sos cili


Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara menguli adunan kulitnya pula.... 


gambar hiasan.. lupa nak snap pic inti...:)

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin, susu tepung dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan letakkan di atas dulang.... Sebelum tu, taburkan dulang dengan tepung supaya doh tak melekat pada dulang... Bentukkan menjadi leper.... Potong/kelar seperti bentuk tulang ikan pada kedua-dua belah doh yang dileperkan tadi.... Letakkan inti dan tutup inti dengan menganyam doh yang dipotong-potong tadi... 


Leperkan & potong...


Letak inti & anyam untuk tutup inti


Siap...

Letak atas loyang


Sebelum dibakar di dalam oven, letakkan sos di atasnya... Bakar lebih kurang 15 hingga 20 minit.... Dah siap boleh la hidang.....







2 ulasan: