Ahad, 29 Julai 2012

Sardin Gulung

Kuih ni saya sediakan untuk menu berbuka puasa pada hari Ahad kelmarin.... Mmm... hujung minggu ja boleh masak dengan tenang sikit.... Kebetulan hari Sabtu Pak Tam E sekeluarga balik berbuka kat Telok Kechai & si Merah request nak makan sambal sardin.... Jadinya, baki sambal itulah yang saya gunakan untuk buat inti juadah berbuka ni....

Bahan-bahannya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar margerin
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Air secukupnya

Bahan Inti :

Sambal sardin
5 labu bawang besar


Cara-cara penyediaan :

Inti sardin ni lebih kurang 1 tin kecil sardin sebab saya gunakan lebih kurang 4 ketul baki sambal sardin.... Sambal ni saya panaskan.... Sambil-sambil tu saya hiris bawang besar nipis-nipis.... Masukkan hirisan bawang besar ke dalam sambal dan kacau.... Masakkan hingga bawang layu dan kuah sambal kering.... Sebelum tutup api, rasa inti terlebih dahulu... Jika perlu boleh tambahkan garam atau gula....


Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih....

Masukkan susu tepung, gula, margerin dan garam ke dalam tepung.... Gaulkan hingga rata.... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati.... Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan.... Perapkan lebih kurang setengah jam...


Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Letakkan inti di atasnya.... Tutupkan inti dan kemaskan di bahagian tepi... Kelar dan gulungkan... Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh yang dibentukkan tadi....Lebih kurang macam pic kat bawah ni...

1
2
3
4
5
6

Rehatkan seketika.... Akhir sekali, goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...