Rabu, 13 Disember 2017

Sayur Asin-asin Dengan Betik dan Bendi



Biasanya daun asin-asin ni saya buat sayur lemak... Tapi kali ni nak cuba menu yang mudah disediakan dan lebih menyihatkan... Tak gunakan santan dan tak masukkan minyak untuk menumis... Rebus ja semua bahan dengan air...


Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Betik mengkal
Bendi
Bawang merah
Air
Cili merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Masak air dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan daun asin-asin dan bawang merah yang telah dihiris. Rebus hingga layu. Masukkan betik yang telah dipotong. Rebus lagi. Masukkan pula bendi, cili merah yang telah dihiris dan  garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk. Dah masak bolehlah ditutup api.

Sabtu, 25 November 2017

Sayur Peria Dengan Telur



Bahan-bahan :

1 biji peria (dipotong)
1 biji telur
2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 biji cili besar (tumbuk kasar)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
Hirisan bawang besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara penyediaannya :

Tumbuk kasar cili besar, bawang merah dan bawang putih... ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris... Masukkan bahan yang ditumbuk, asam gelugor dan sedikit serbuk kunyit... Masak hingga pecah minyak... Masukkan garam secukup rasa... masukkan peria... masukkan juga telur, biarkan telur mengeras sedikit sebelum dikacau rata... Masukkan hirisan bawang besar... Masak seketika, jangan sampai peria terlalu layu untuk mengelakkan peria menjadi pahit... Peria sedap dimakan kalau masih rangup... Sebelum ditutup api, pastikan rasa asam dan garam terlebih dahulu...

Selasa, 31 Oktober 2017

Waffle... request dari Yusof dan Ishak

Hujung minggu lepas, Yusof dan Ishak request nak makan waffle. jadi, saya cuba resipi waffle yang saya dapat daripada ex-student KMP~Sundus. Alhamdulillah... elok kejadiannya dan rasa pun sedap... Resipinya boleh rujuk kat bawah ni...


Kredit resipi : Sundus

Bahan-bahannya :
(Untuk satu adunan dapat 4atau 5 keping)

1 biji telur
1 cawan susu (saya gunakan susu badam)
1 cawan tepung (3/4 tepung gandum, 1/4 tepung jagung)
1/2 sudu kecil tepung penaik
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanila (saya tak masukkan)
Secubit garam

Cara menyediakannya :
1) Pisahkan telur kuning dan telur putih. Ambil telur kuning. Campurkan dengan susu, esen vanila. Kacau sampai bercampur.
2) Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam...
3) Masukkan kaedah satu dalam dua, biar dalam 10 minit.
4) Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih jadi gebu). Masukkan gula.
5) Gabungkan smua bahan sekali, ni kacau je pakai senduk besar.. Jangan terlebih kacau...
Siap

Saya tak follow betul-betul kaedah yang Sundus bagi (sori Sundus) tapi masih sedap jugak... heheh
1) Pisahkan telur kuning dan telur putih.
2) Ambil telur kuning. Masukkan ke dalam blender bersama dengan susu, gula dan garam. Blend hingga sebati.
3) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
4) Masukkan bahan yang diblend ke dalam tepung yang telah diayak, biar dalam 10 minit.
5) Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih jadi gebu).
6) Gabungkan semua bahan, ni kacau je pakai senduk besar.. Jangan terlebih kacau...
7) Adunan dah siap

*Masa nak masak*
Pastikan sapu butter/minyak sikit kat acuan waffle dulu...
And bagi bekas tu betul-betul panas baru tuang adunan...
Masa masak just 3/4 minit, bagi warna waffle kuning keemasan
Dah masak boleh letak filling yang disukai.... untuk kali ni, Yusof sapu filling coklat kat waffle...



Jumaat, 18 Ogos 2017

Cendawan Goreng Celup Tepung


Bahan-bahannya :

Cendawan
Tepung beras
Tepung jagung
Telor (ambil putih sahaja)
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan untuk dibancuh :
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kari
1 biji telur (ambil putih sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara-caranya :

Cuci cendawan dan toskan.... Ketepikan seketika....
Campurkan semua bahan kecuali telur putih untuk dibancuh... Bancuh hingga sebati....
Masukkan cendawan yang telah ditos ke dalam bancuhan tepung... Gaul rata.... masukkan putih telur dan gaul rata bersama cendawan...
Panaskan minyak dalam kuali... Sambil tu campurkan tepung beras dan tepung jagung dengan sukatan 3:1.... tepung beras 3 sudu/cawan, tepung jagung 1sudu/cawan.... Kacau kedua-dua bahan tersebut supaya rata... Salutkan cendawan dengan tepung tersebut... Goreng dalam minyak yang telah panas... Apabila warna cendawan sudah kekuningan, bolehlah diangkat dan dihidangkan....

Selasa, 6 Jun 2017

Masalodeh


Juadah berbuka kelmarin... masalodeh... Saya rujuk blog resepi bonda untuk resepinya.... Resepi yang dikongsikan dalam resepi bonda adalah untuk 300 gram kacang dal... Memandangkan kacang dal ada 500 gram kat umah, so saya tambahkan juga kuantiti bahan-bahan lain... Bahan dan cara penyediaan boleh rujuk kat bawah.....

Bahan-bahannya:

500gm kacang dal – rendam semalaman dengan air yang banyak
1 labu bawang besar – dihiris
2 sudu jintan putih – dikisar kasar
2 tangkai daun kari
2 tangkai cili kering – dihiris nipis
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaannya :

1. Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.
2. Kisarkan kacang dal sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
3. Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas. Gaulkan hingga sebati. Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.
4. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
5. Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas plastik.
6. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.

Selasa, 30 Mei 2017

Ketam Goreng Kicap

Salam Ramadhan... dah empat hari kita berpuasa... Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk kita mempertingkatkan amal dan ibadah... Amin....

Hari ni nak kongsi resepi yang mudah ja... Ketam Goreng Kicap...



Bahan-bahan :
3 ekor ketam - disiang dan gaul dengan garam kunyit
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit jintan manis
Sedikit kulit kayu manis
Cili merah (dihiris)
Sedikit daun bawang (dipotong)
Kicap
Sos tiram
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dalam kuali.... goreng ketam yang telah digaul dengan garam dan kunyit... setelah masak, angkat ketam dan ketepikan sebentar....

Tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan putih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.... masukkan kicap dan sos tiram.... kacaukan.... masukkan pula air asam jawa... Masukkan ketam yang telah digoreng, bawang besar, hirisan cili merah dan garam secukup rasa.... Masak seketika... Akhir sekali, masukkan potongan daun bawang dan kacau seketika... ok, dah siap...

Isnin, 22 Mei 2017

Sayur Lemak Bayam Dengan Keledek




Bahan-bahannya :
1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
2 ikat bayam
1 ketul ubi keledek(kupas dan potong)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Hirisan cili merah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Masukkan santan cair, bawang merah yang telah dihiris dan ubi keledek ke dalam periuk... Rebus hingga ubi empuk.. Masukkan  bayam dan hirisan cili merah.... Masak hingga mendidih.... sabil-sambil tu, kacaukan.... Masukkan juga garam secukup rasa... Masukkan pati santan dan masakkan seketika dengan api yang perlahan supaya tak pecah minyak... Dah masak, bolehlah dihidangkan... 

Isnin, 8 Mei 2017

Karipap Keledek

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak kongsikan menu sarapan pagi ni.... karipap inti keledek.... Stok karipap kat umah kami selalunya import dari Taman Aman~made by Cik Yang... tapi memandangkan saya tak boleh makan karipap tu sebab letak udang kering, jadi saya merajinkan tangan ni untuk sediakan karipap keledek.... yang pentingnya, tak masukkan udang, ayam atau daging dalam intinya....

Layan gambar dulu no....


Bahan inti :

1/2 kg ubi keledek (potong dadu)
1/2 bungkus serbuk kari
3 ulas bawang merah (tumbuk/kisar kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar kasar)
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
3 labu bawang besar (potong dadu)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit minyak
Sedikit daun sup (dihiris halus-tabur dan gaulkan dalam inti selepas inti disejukkan)


Bahan kulit :

250 g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (boleh juga letakkan semua minyak panas - tanpa majerin)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
Secubit garam
1/2 cawan air atau lebih sikit (tuang sikit-sikit sehingga jadi doh)

(*Saya gunakan 500 g tepung gandum, jadi saya gandakan semua bahan)

Cara menyediakan inti :

Untuk menyediakan pes rempah kari, masukkan serbuk kari ke dalam bekas bersama air dan kacau sebati... ketepikan seketika....

Tumbuk/kisar kasar bawang merah dan bawang putih... Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari... Masukkan pes rempah kari dan sedikit cili kisar... masak sehingga pecah minyak... Masukkan ubi keledek yang dipotong dadu - masak hingga ubi empuk... Masukkan bawang besar yang dipotong dadu... kacau rata... Masak hingga bawang layu... Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.... Kalau dah  secukup rasa bolehlah di angkat dan sejukkan.... Setelah inti sejuk, taburkan daun sup yang dihiris halus dan gaul rata... 


Cara menyediakan kulit karipap :

Saya gunakan resepi yang Kak Fizalgk kongsikan dalam resepi karipap sardin...
Campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.



Untuk adunan ni, saya dapat lebih kurang 30 biji karipap....Lepas siap kelim malam tadi, saya goreng separuh masak semua karipap....



Pagi ni baru gorengkan sehingga garing... Makan panas-panas memang sedap dan menyelerakan... Alhamdulillah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...