Memaparkan catatan dengan label roti dan pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti dan pastri. Papar semua catatan

Ahad, 20 November 2016

Jejari Coklat

Hari ni Yusof ada jamuan akhir tahun kat sekolah... Memandangkan stok coklat masih ada, so malam tadi saya sediakan jejari coklat...  nak buat almond rocher, badam dah habis stok... Takda badam, kita tukar roti ja la... 10 keping roti gardenia dapat 1 container plus yang tinggal untuk makan kat umah jugak...


Bahan-bahan :

10 keping roti gardenia (dipotong kecil)
250 gm dark compound + milk compound
Coklat aneka warna secukupnya


Cara-caranya :


Potong roti kecil-kecil. Sekeping roti, saya potong 12. Roti yang dah dipotong diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan roti sejuk.... 

Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama roti... Gaul rata...
Letakkkan roti yang telah bersalut coklat satu persatu dalam bekas atau loyang dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat beku, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan dimasukkan ke dalam bekas...

Ahad, 4 Ogos 2013

Roti Telur

Menu petang kelmarin ~Roti Telur~ Saya buat 1 bungkus roti Gardenia... Banyak tak? Cukup la untuk makan kat umah dan hantar kat umah Ngah Dah, Pak Lang Din dan Teh Pat... Masak yang mudah-mudah saja walaupun sekarang ni dah mula cuti... Ingatkan cuti ni nak masak grand la sikit tapi.... virus M sudah mari la... so, menu ni saja la ye...


Roti Telur
resepi : rodzita


Bahan-bahannya :

1 bungkus roti Gardenia (dipotong dua)
9 biji telur ayam (dipukul)
garam secukup rasa
sedikit marjerin/minyak


Cara-caranya :

Roti Gardenia dipotong dua... nak potong empat pun boleh...ikut sukahati.... ketepikan...
Pecahkan telur dan masukkan garam secukup rasa...
Pukul telur bersama-sama garam....
Panaskan non stick pan dan letakkan sedikit marjerin atau boleh juga gunakan minyak...
Celupkan roti ke dalam telur dan letakkan di atas non stick pan... Masak hingga garing... Alihkan roti dan masak lagi hingga garing... Ulangi hingga habis semua roti...
Angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis...

Isnin, 8 Julai 2013

Menu Minum Petang

Kali ni saya nak publish menu minum petang... Dah lama dah buat ni, tapi hari ni baru berkesempatan nak siapkan entrinya...

Sebenarnya ini kali kedua saya sediakan juadah ini... Kali pertama dulu saya nak buat puff macam kat sini... tapi masa bancuh adunan tu terlebih air la pulak... jadinya, agak lembik sikit adunan dan susah nak canai dohnya... Walaupun begitu, saya buat juga... cuma, saya tak mencanai dah tapi just leperkan doh tu dengan tangan ja dan terhasil la rupa bentuk yang macam ni...
Ni yang 1st time ari tu...

Kali ni saya buat lagi atas permintaan daripada anak teruna saya... Jadi, kali ni memang sengaja lebihkan sedikit air dalam adunan tu... 


Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung/susu pekat manis/susu cair
Secubit garam
Air secukupnya

*Bahan-bahan di atas adalah resepi yang saya biasa gunakan untuk Sardin Gulung. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... cuma untuk menu ini saya lebihkan sedikit air supaya adunan lebih lembut...

Bahan inti :

4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



Bahan lain :
Sos cili


Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara menguli adunan kulitnya pula.... 


gambar hiasan.. lupa nak snap pic inti...:)

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin, susu tepung dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan letakkan di atas dulang.... Sebelum tu, taburkan dulang dengan tepung supaya doh tak melekat pada dulang... Bentukkan menjadi leper.... Potong/kelar seperti bentuk tulang ikan pada kedua-dua belah doh yang dileperkan tadi.... Letakkan inti dan tutup inti dengan menganyam doh yang dipotong-potong tadi... 


Leperkan & potong...


Letak inti & anyam untuk tutup inti


Siap...

Letak atas loyang


Sebelum dibakar di dalam oven, letakkan sos di atasnya... Bakar lebih kurang 15 hingga 20 minit.... Dah siap boleh la hidang.....







Rabu, 17 Oktober 2012

Puff Berinti Sosej Dengan Mix Vege....

Inspirasi daripada Puff Pie Ayam di Dapur Tanpa Sempadan saya adjust intinya untuk buat menu untuk dihidangkan kat Ustaz Teh yang mengajar kat surau kampung saya hari Ahad baru-baru ni.... Cumanya saya tak gunakan puff pastry, tapi saya gunakan adunan kuih sardin gulung dan letak inti kemudian dibakar..... Camni la rupa bentuknya.... :-)




Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Air secukupnya

*Resepi di atas adalah bahan yang saya gunakan untuk Sardin Gulung sebelum ni. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... dan saya gantikan susu tepung dengan menggunakan susu cair F&N (kebetulan ada dalam fridge)....

Bahan inti :
4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan lain :
Sos cili

Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara meguli adunan kulitnya pula.... 

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Tuangkan susu cair dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... 


Gambar ni masa buat sardin gulung ari tu... Kali ni lupa nak snap pic...
Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Saya canai kat belakang dulang ja.... Cuci dulang bersih-bersih sebelum digunakan... Bukannya apa ni... kes terlalu rajin nak keluarkan alat-alat yang disimpan rapi... Jadi, gunakan apa yang ada kat rak ja.... 




Rasanya doh yang saya buat tu dah kecik, tapi bila canai nampak macam besar la pulak... Maka, doh yang dicanai tadi saya potong dua... So, satu doh tadi dapat la dua biji... Letakkan inti di atasnya... Kelarkan bahagian yang tidak diletakkan inti... 



Lipatkan bahagian yang dikelar tadi dan kemaskan di bahagian tepi dengan menggunakan garfu.... 




Letakkan sos cili kat atas... 


Letak kat dulang dan boleh la dibakar....
  

Dah siap boleh la hidang.....

Sabtu, 31 Mac 2012

Sandwich Bakar

Baru-baru ni saya buat inti sardin... Cadangnya nak buat sardin gulung, tapi adik saya jadikan inti sardin tu sebagai lauk dimakan dengan nasi.... Tak banyak la bakinya... Jadinya, menu sardin gulung hanya tinggal sebagai cadangan sahaja.... Tak berbaloi pula rasanya nak menguli tepung kalau intinya sikit sangat.... Nanti tak cukup pulak.... Kebetulan kat umah memang ada  roti.... Maka, menu saya pun bertukar menjadi sandwich bakar.... Just a simple supper menu untuk famili......

Sebelum tengok bahan dan cara penyediaannya.... layan dulu la iklan dari Yusof ni...

Bab berposing memang boleh tahan si Yusof ni....




Sandwich Bakar 
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :
1/2 bungkus roti (saya gunakan Gardenia) ~ inti sikit je... so roti pun sikit jugak....
Margerin/butter secukupnya (disapu pada roti)
Mayonis (disapu pada roti)

Inti sardin :
1 tin sardin ~ lenyekkan isi sardin (saya gunakan Sardin Pertima)
5 tangkai cili kering*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar dihiris nipis (macam buat air asam)
Sedikit air asam jawa / perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis~1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah



Cara-caranya :

Firstly, sediakan inti sardin terlebih dahulu..... Biasanya saya lebih suka gunakan inti yang dimasak..... Blend cili kering, bawang merah dan bawang putih (bahan yang bertanda *)... Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan.... Masukkan cili yang telah diblend tadi..... Masak hingga garing... Masukkan sardin yang telah dilenyekkan.... Kemudian masukkan garam, gula dan air asam jawa..... Boleh juga gunakan perahan limau nipis...  Kacau hingga sebati.....Apabila sudah masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris.... Kacau sebati dan masak hingga bawang layu.... 

Step seterusnya yang paling mudah.... Sapukan margerin pada sekeping roti... Letakkan inti sardin di atas roti yang telah disapu margerin tadi.... Kemudian sapukan pula mayonis pada sekeping roti yang lain.... Tangkupkan roti yang berinti sandin dan roti yang disapu mayonis tadi.... Letakkan di atas toaster dan bakar hingga keperangan.... Just tunggu sampai lampu kat toaster tu padam... Kalau nak lebih garing boleh bakar dua kali....


Dah garing bolehlah diangkat dan dipotong dua menjadi tiga segi untuk dihidangkan..... Makan time panas-panas lebih sedap sebab rotinya masih garing.....

siap untuk dimakan...

Ahad, 11 Mac 2012

Roti Canai... mudah...enak....


Roti Canai
resepi  : rodzita 


Basically....inilah bahan-bahannya mengikut hasil surfing saya dalam http://chefinyou.com/2009/11/roti-canai-recipe/ , tapi dalam english la pulak....

  • 1-1/2 cups ( 10oz or about 300 gms) all purpose flour
  • 1/2 cup ghee (clarified butter) ~ 1/4 aje digunakan dalam adunan...selebihnya untuk disapu pada doh)
  • 1/2 cup water, give or take few tbsp.
  • salt to taste

Setelah dicuba dan ditry dengan guidance dari bonda..... gini la bahan-bahannya mengikut resepi yang tak seberapa air tangan Ummi Yusof :

      3 cawan tepung gandum (1 cawan sikit sangat...tak cukup pulak nanti)
      1-1.5 cawan air
      1 sudu besar margerin
      garam secukup rasa
      2 sudu besar susu cair /  susu tepung (saya tambahkan sendiri... resepi asal dah dimodified)

      margerin ~ untuk disapu/salut pada doh
      minyak ~ untuk menebar doh & menggoreng

Cara-cara membuatnya :


Masukkan margerin, susu dan garam ke dalam tepung.... kemudian masukkan air sedikit demi sedikit... Uli adunan tepung dan bahan-bahan tadi.... Jika adunan kurang lembut, masukkan lagi air.... Air takyah banyak sangat ~ takut lembik pulak adunan tu..... Uli lagi hingga adunan lembut.... Biarkan adunan tadi dan tutup dengan kain lembap lebih kurang setengah jam....


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan kepada beberapa doh seperti bebola.... Sapukan bebola adunan tadi dengan marjerin supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.... Rehatkan adunan selama tidak kurang dari dua jam....




Seterusnya.... tebarkan setiap bebola adunan tadi..... Sebelum ditebar pastikan doh direhatkan secukupnya... kalau tak cukup...sukar sikit la untuk menebar atau menjadikan doh tu nipis..... 

Oleh kerana saya takda kemahiran menebar... maka saya gunakan teknik yang mak saya tunjukkan.... Kalau kat dalam http://chefinyou.com/2009/11/roti-canai-recipe/ pun dibagitau jugak.... Sila rujuk Method 2 - Mostly Traditional Method - No skill set required..... 

Ambil doh dan letakkan di atas bekas yang rata~ saya gunakan talam besar.... Leperkan doh tadi dan tarik/ strecthkan di setiap pepenjuru doh sehingga ia menjadi nipis.... Jangan kedekut minyak semasa proses ni sebab minyak membantu supaya doh tidak terkoyak.... Bila doh sudah nipis, lipat empat segi atau boleh dibentuk bulatan / spiral..... 

Lepas tu, bolehlah goreng di atas kuali leper sehingga masak......




Dah masak... boleh hidangkan untuk keluarga....kebetulan emak saya masak gulai ayam....... so, roti canai dicicah dengan gulai ayam.... mmm, memang sedap..... tapi anak saya lebih suka cicah dengan susu pekat manis je......

kuah banjir.... enak dan sedap...



Sempat jugak saya goreng separuh masak beberapa keping untuk simpan kat fridge....

saja ja try buat frozen food.... kalau ok, nanti boleh buat banyak sikit....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...