Memaparkan catatan dengan label masak lemak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak lemak. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2016

Masak Lemak Kubis Dengan Telur



Bahan-bahannya :
1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
1/4 ketul kubis bulat (dihiris)
Sedikit lobak merah (disagat/dihiris)
2 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
Hirisan cili merah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Masukkan santan cair dan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk... Rebus seketika hingga santan mendidih... Masukkan kubis dan hirisan lobak merah... Pecahkan telur dan masukkan juga ke dalam periuk... biar hingga telur masak... kacaukan.... Masukkan hirisan cili merah... Masak hingga mendidih.. Masukkan garam secukup rasa... Masukkan pati santan dan masakkan seketika dengan api yang perlahan supaya tak pecah minyak... Dah masak, bolehlah dihidangkan... 

Ahad, 24 Julai 2016

Masak Lemak Kulit Kerbau


Menu masak lemak lagi... Dalam misi menghabiskan stok kulit kerbau... Ni kepingan yang terakhir... tak tau bila lagi suami saya nak proses kulit kerbau... Walaupun saya tak boleh makan kulit kerbau, tapi layankan aje selera suami...:)

Ok, resepinya seperti berikut :

Bahan-bahannya :

1 keping kulit kerbau (direbus dan dipotong kecil)-rebus hingga lembut
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula kulit kerbau yang telah lembut dan biarkan di atas api... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak bolehlah dihidangkan.......

Jumaat, 22 Julai 2016

Masak Lemak Ikan Keli Dengan Jering



Bahan-bahannya :

3 ketul ikan keli yang dipotong dan dibersihkan
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
5 ulas jering (dihiris nipis)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan jering dan masak seketika... Masukkan pula ikan keli dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......

Isnin, 14 September 2015

Masak Lemak Siput Sedut




Dah lama entri ni kat dalam folder... hari ni baru sempat nak publish....
Siput sedut ni suami saya cari kat sungai.... Memang banyak tapi sebab ramai yang pakat tolong potong bontot siput... cepat la sikit boleh masaknya....


Bahan-bahannya :

Siput (dipotong bahagian bawah/bontot siput)
3 biji kelapa (perah santan, asingkan pekat dan cair)
5 batang serai (diketuk)
3 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
2 biji cili merah (dimayang)
2 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa



Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula siput dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan......


Jumaat, 10 April 2015

Masak Lemak Pucuk Mengkudu



Pucuk mengkudu (dihiris)
1 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
5 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit udang (buang kepala dan ekor-bersihkan)
1 biji cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Celurkan pucuk mengkudu yang telah dihiris dan ketepikan...

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris dan  serbuk kunyit.... Rebuskan hingga mendidih..... 

Masukkan pula pucuk mengkudu yang telah dicelur tadi bersama udang... Biarkan hingga kuah agak mendidih dan pastikan udang masak.... Masukkan garam secukup rasa.... 

Masukkan pula santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan hirisan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan......

Ahad, 26 Januari 2014

Masak Lemak 'Siput SHELL'

Tadi pi Peremba dengan sepupu saya~Yong... Lepas tu, pi market pulak.... beli bahan nak masak untuk lunch...

Masa kat market tadi, nampak ada siput SHELL... kulit siput ni bentuk macam logo SHELL... ni second time saya jumpa kat market... Beli banyak sikit sebab nak makan beramai-ramai nanti.... Njang and family ada kat kampung... siput SHELL tu, saya buat masak lemak ja... Ok, resepinya kat bawah...




Masak Lemak 'Siput SHELL'
resepi : rodzita

macam logo SHELL
Bahan-bahan :
2.5 kg siput (kopek isinya)
2 biji kelapa (perah santannya-asingkan pati santan)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 batang serai (diketuk)
2 biji keledek (dipotong)
2 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 biji cili besar (dihiris)
1 labu bawang besar (dibelah enam)


siap kopek n buang bahagian
yang warna hitam kat isi siput.



Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, ubi keledek dan asam keping.... Rebuskan hingga ubi empuk..... Masukkan pula isi siput dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......



Selasa, 6 Ogos 2013

Masak Lemak Pucuk Dengan Telur

Menu ni mengingatkan saya time duduk dengan Ndak kat Permatang Manggis dolu-dolu... Ndak selalu buat masak lemak pucuk dan digandingkan dengan udang... Tapi saya tukar sikit la..... Saya tak masukkan udang...tapi saya masukkan telur... Ok, resepinya kat bawah ni...


Masak Lemak Pucuk Dengan Telur

Bahan-bahannya :

1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
Pucuk secukupnya (dipotong kecil dan rendamkan)
3 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai cili kering (dipotong)
Garam secukup rasa




Cara-caranya :

Pucuk direndam seketika hingga kembang.... toskan.... ketepikan...
Santan diperah...Asingkan pati santan dan santan cair.... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan masakkan... Masukkan bawang merah yang telah dihiris... Masak seketika... Masukkan telur dan biar hingga masak... Setelah telur masak, masukkan pucuk yang telah ditos tadi... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan cili kering yang telah dipotong... Masak hingga mendidih... Sambil tu kacau jangan sampai pecah minyak... Masukkan pati santan dan masakkan seketika... 

Khamis, 22 November 2012

Masak Lemak Ketam.....



Tengahari tadi saya buat masak lemak ketam... Masak lemak yang ringkas ja... Baru-baru ni,  pi market saya beli ketam 6 ekor... so, hari ni baru nak masak... Yusof suka sangat kalau buat masak lemak ni... So, ummi Yusof takyah pikir-pikir nak masak apa... senang cerita...

Bahan-bahan yang saya gunakan :

6 ekor ketam (dibersihkan)
1 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula ketam dan rebus lagi hingga ketam masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......





Khamis, 15 November 2012

Masak Lemak Perut




Masak Lemak Perut
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Perut lembu (direbus dan dipotong)
1/2 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu
1 keping asam gelugor
1 batang serai (diketuk)
5 biji cili padi (cili merah takda stok, so cili padi pun boleh la ya)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara penyediaannya :

Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing..... ketepikan... (time rebus tu masukkan halia sekali untuk hilangkan bau)

Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serai yang dah diketuk, serbuk kunyit dan asam gelugor... Rebuskan lagi hingga mendidih.... Masukkan pula perut lembu yang dah dipotong... Rebuskan lagi... Masukkan cili padi... Saya tak ketuk cili padi.... takut pedas pulak masak lemak ni... So, sapa yang nak pedas, pandai-pandai la lenyekkan cili ni time makan nanti.... Masukkan garam secukup rasa... Kacaukan.... Masukkan santan pekat.... Biarkan atas api yang perlahan... Jangan kuat sangat api, nanti pecah minyak pula.... Dah masak, boleh la dihidangkan....







Selasa, 14 Ogos 2012

Masak Lemak Kulit Kerbau Dengan Belimbing Buluh...

Menu ni saya masak minggu lepas lagi, tak sempat nak postkan entri kat Teratak Resepi Ummi ni..... Hari ni baru berkesempatan menitipkannya.....


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa (ambil santannya~asingkan patinya)
Kulit kerbau direbus dan dipotong
7 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji cili besar (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Rebuskan kulit kerbau hingga lembut... kemudian potongkan kecil-kecil... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan serbuk kunyit, bawang merah dan serai.... Apabila mendidih masukkan pula kulit kerbau yang telah dipotong tadi dan masak lagi hingga mendidih... Masukkan pati santan dan masak dengan api perlahan... Masukkan pula belimbing besi dan cili yang telah dihiris... Biarkan di atas api yang perlahan sekejap.... Apabila belimbing sudah masak bolehlah ditutupkan api... Sedia untuk dihidangkan...






Ahad, 29 Januari 2012

Masak Lemak Cili Api ++Tempoyak


Masak Lemak Cili Api++Tempoyak
resepi : rodzita

Weekend baru-baru ni encik suami menjalankan aktiviti kegemarannya....tahan pukat...... dapat la ikan puyu, haruan, keli dan lampam......udang galah pun dapat jugak sekor....

Dok pikir-pikir nak masak apa ikan ni yer??....  Saya decide nak masak ikan puyu dan haruan je dulu.....masak lemak cili api kot....~masih confuse lagi ni.... Tengah dok masak......tetiba ternampak tempoyak yang mak saya buat ari tu......Akhirnya, jadik masak lemak cili api ++ tempoyak la pulak.....


Basically....inilah bahan-bahan untuk masakan ni.....

Bahan-bahannya :

    Ikan secukupnya
    1 1/2 biji kelapa parut (asingkan pati santan)
    10 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
    10 ulas bawang merah
    3 batang serai (diketuk)
    2 sudu kecil serbuk kunyit
    3 helai daun kunyit
    Asam keping (takyah letak pun takpe sebab tempoyak dah masam)
    4 sudu besar tempoyak
    garam secukup rasa

Cara-caranya :

Masakkan bawang merah dan cili api yang telah diblend dengan sedikit pati santan... Rebus hingga pecah minyak.....Masukkan serai yang dah diketuk....serbuk kunyit.....daun kunyit......asam keping.....

Kemudian masukkan tempoyak....Masukkan santan cair...rebus hingga mendidih....kemudian, masukkan ikan dan rebus hingga masak ikan tadi....... Akhir sekali, masukkan pati santan dan garam secukup rasa....... Dah masak bolehlah dihidangkan untuk famili....


  

Alhamdulillah.....menjadi juga percubaan masakan hari ni..... Boleh la jugak menu ni dihantar ke rumah Pak Lang dan Mak Ngah kat sebelah..... Kalau tak menjadi....segan la sikit nak hantar......

Mmm.....memang sedap rasanya ~hehehe....masuk bakul angkat sendiri...~ Cuma, kurang pedas sikit..... Kalau pedas sangat nanti Yusof takleh makan pulak.....

Satu mangkuk habis dimakan suami saya....Tambahan pula, dia memang penggemar masak lemak...... Kalau macam ni...lain kali boleh masak lagi.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...