Isnin, 14 September 2015

Masak Lemak Siput Sedut




Dah lama entri ni kat dalam folder... hari ni baru sempat nak publish....
Siput sedut ni suami saya cari kat sungai.... Memang banyak tapi sebab ramai yang pakat tolong potong bontot siput... cepat la sikit boleh masaknya....


Bahan-bahannya :

Siput (dipotong bahagian bawah/bontot siput)
3 biji kelapa (perah santan, asingkan pekat dan cair)
5 batang serai (diketuk)
3 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
2 biji cili merah (dimayang)
2 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa



Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula siput dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan......


Ahad, 26 April 2015

Gulai tulang dengan umbut pisang

Hari ni nak kongsi menu yang dah lama dok dalam draft. Menu gulai tulang + umbut pisang atau disebut jugak rias pisang. Selalunya gulai rias pisang ni saya makan kalau ada kenduri kat sebelah Bukit Seni, Sik atau Baling. Biasanya, depa ambik umbut pisang hutan. Kalau kat market memang ada jual umbut pisang ni.. tapi, saya ambik umbut pisang awak ja sebab pokok-pokok pisang kat belakang umah Pak Lang ditebang memandangkan kawasan tu ditambak tanah untuk buat tapak rumah Ndak Baq. 



Umbut pisang ni memang la free, tapi tulang yang mahai... Suami saya beli 1 kg tulang + 1 kg daging... Masak banyak sikit, boleh buat kenduri... hantaq ke rumah Pak Lang, Ngah dan Tih Pat...

Resepinya seperti di bawah....

Bahan-bahannya :

1 kg tulang lembu (potong dan bersihkan)
1 kg daging (potong dan bersihkan)
2 bungkus rempah kari daging
9 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 sb kerisik
1 biji kelapa (perah santannya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :

Potong tulang & daging... bersihkan.... ketepikan sekejap.... Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah sehingga hancur..... Bahagikan dua bahagian... Satu bahagian nak digaulkan dengan tulang & daging dan satu bahagian lagi untuk menumis.....

Masukkan tulang & daging yang telah dibersihkan tadi ke dalam bekas.... Masukkan serbuk kari, kerisik dan juga bahan-bahan tumbuk yang diasingkan tadi.... Gaulkan semua bahan sehingga rata.... Kalau boleh perapkan seketika.....

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga baunya harum.... Masukkan tulang & daging yang diperap tadi dan kacaukan..... Biarkan di atas api.... dan masakkan sehingga rempah garing...

Setelah rempah garing, bolehlah dimasukkan santan dan masakkan sehingga daging empuk.... Masukkan umbut pisang dan kacau.... Biar hingga umbut pisang masak.... Masukkan garam secukup rasa dan kacaukan....Dah siap masak boleh la dihidangkan.....



Selasa, 14 April 2015

Menu tengahari di hujung minggu

Just nak publish menu hidangan tengahari weekend baru-baru ni... :)

Lepas hantaq Yusof ke sekolah pagi ahad baru ni, saya terus ke market kat Billion... beli ayam, ikan sebelah, udang, tauhu, fish cake, cauliflower dan carrot. Tak shopping banyak sebab bawak motor ja... Kalau beli banyak nanti tak muat nak letak dalam raga motor...

Alhamdulillah... Ni la hasilnya... tomyam, udang goreng kunyit, tauhu poket dan ikan goreng...


Jumaat, 10 April 2015

Masak Lemak Pucuk Mengkudu



Pucuk mengkudu (dihiris)
1 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
5 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit udang (buang kepala dan ekor-bersihkan)
1 biji cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Celurkan pucuk mengkudu yang telah dihiris dan ketepikan...

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris dan  serbuk kunyit.... Rebuskan hingga mendidih..... 

Masukkan pula pucuk mengkudu yang telah dicelur tadi bersama udang... Biarkan hingga kuah agak mendidih dan pastikan udang masak.... Masukkan garam secukup rasa.... 

Masukkan pula santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan hirisan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...