Rabu, 13 Disember 2017

Sayur Asin-asin Dengan Betik dan Bendi



Biasanya daun asin-asin ni saya buat sayur lemak... Tapi kali ni nak cuba menu yang mudah disediakan dan lebih menyihatkan... Tak gunakan santan dan tak masukkan minyak untuk menumis... Rebus ja semua bahan dengan air...


Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Betik mengkal
Bendi
Bawang merah
Air
Cili merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Masak air dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan daun asin-asin dan bawang merah yang telah dihiris. Rebus hingga layu. Masukkan betik yang telah dipotong. Rebus lagi. Masukkan pula bendi, cili merah yang telah dihiris dan  garam secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk. Dah masak bolehlah ditutup api.

Sabtu, 25 November 2017

Sayur Peria Dengan Telur



Bahan-bahan :

1 biji peria (dipotong)
1 biji telur
2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 biji cili besar (tumbuk kasar)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
Hirisan bawang besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara penyediaannya :

Tumbuk kasar cili besar, bawang merah dan bawang putih... ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris... Masukkan bahan yang ditumbuk, asam gelugor dan sedikit serbuk kunyit... Masak hingga pecah minyak... Masukkan garam secukup rasa... masukkan peria... masukkan juga telur, biarkan telur mengeras sedikit sebelum dikacau rata... Masukkan hirisan bawang besar... Masak seketika, jangan sampai peria terlalu layu untuk mengelakkan peria menjadi pahit... Peria sedap dimakan kalau masih rangup... Sebelum ditutup api, pastikan rasa asam dan garam terlebih dahulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...