Ahad, 24 Julai 2016

Masak Lemak Kulit Kerbau


Menu masak lemak lagi... Dalam misi menghabiskan stok kulit kerbau... Ni kepingan yang terakhir... tak tau bila lagi suami saya nak proses kulit kerbau... Walaupun saya tak boleh makan kulit kerbau, tapi layankan aje selera suami...:)

Ok, resepinya seperti berikut :

Bahan-bahannya :

1 keping kulit kerbau (direbus dan dipotong kecil)-rebus hingga lembut
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula kulit kerbau yang telah lembut dan biarkan di atas api... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak bolehlah dihidangkan.......

Jumaat, 22 Julai 2016

Masak Lemak Ikan Keli Dengan Jering



Bahan-bahannya :

3 ketul ikan keli yang dipotong dan dibersihkan
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
5 ulas jering (dihiris nipis)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan jering dan masak seketika... Masukkan pula ikan keli dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......

Khamis, 21 Julai 2016

Almond Rocher... menu jamuan raya untuk Yusof ke sekolah



Yusof dok bagitau sejak minggu lepas ada jamuan raya kat sekolah hari ni. So, malam tadi ummi bertungkus-lumus sediakan almond rocher dengan dibantu oleh Yusof dan Ishak.



Ok, resepi dan cara penyediaannya seperti kat bawah ni....


Bahan-bahan :

1/2 kg badam yang dicincang panjang
250 gm dark compound + milk compound
Coklat aneka warna secukupnya
Paper cup secukupnya


*Raya lepas saya beli 1 bar dark dan milk compound tu 250 gm dan dah gunakan separuh. Kali ni gunakan bakinya sahaja.


Cara-caranya :


Badam diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan badam sejuk.... 

Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama badam...Gaul rata...
Masukkan pula ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat beku, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan dimasukkan ke dalam bekas...

Isnin, 4 Julai 2016

Solok Peria

Kali ni nak kongsi menu solok peria.... 1st time buat ni... Biasanya buat solok lada, tapi bonda kata peria kalau buat solok sedap kot.. So, dah cuba buat minggu lepas... Bagi saya yang suka makan peria, sedap ja, cuma tkdak rasa pedas macam kita makan solok lada.... cuma dalam resepi ni, saya tk gunakan lada hitam tapi saya gantikan dengan jintan manis.... bulan puasa ni kan agak panas, jadi nak kurangkan pengambilan lada hitam la kononnya....:)

Ok, resepi dan cara penyediaannya seperti kat bawah ni....

Bahan-bahannya :

1 biji peria (dipotong bulat)
Isi ikan rebus secukupnya (saya gunakan ikan kembung)
1/2 biji kelapa (diparut)
2 batang serai
5 ulas bawang merah
Sedikit jintan manis
1 biji telur
Garam secukup rasa


Cara menyediakan :

Dry blend jintan manis, serai dan bawang merah.... blend juga isi ikan rebus dan kelapa parut......Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan telur dan gaul sebati.....Kemudian bolehlah dimasukkan bahan-bahan tadi ke dalam peria yang telah dipotong.... Susunkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...