Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan

Selasa, 30 Mei 2017

Ketam Goreng Kicap

Salam Ramadhan... dah empat hari kita berpuasa... Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk kita mempertingkatkan amal dan ibadah... Amin....

Hari ni nak kongsi resepi yang mudah ja... Ketam Goreng Kicap...



Bahan-bahan :
3 ekor ketam - disiang dan gaul dengan garam kunyit
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit jintan manis
Sedikit kulit kayu manis
Cili merah (dihiris)
Sedikit daun bawang (dipotong)
Kicap
Sos tiram
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dalam kuali.... goreng ketam yang telah digaul dengan garam dan kunyit... setelah masak, angkat ketam dan ketepikan sebentar....

Tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan putih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.... masukkan kicap dan sos tiram.... kacaukan.... masukkan pula air asam jawa... Masukkan ketam yang telah digoreng, bawang besar, hirisan cili merah dan garam secukup rasa.... Masak seketika... Akhir sekali, masukkan potongan daun bawang dan kacau seketika... ok, dah siap...

Selasa, 14 April 2015

Menu tengahari di hujung minggu

Just nak publish menu hidangan tengahari weekend baru-baru ni... :)

Lepas hantaq Yusof ke sekolah pagi ahad baru ni, saya terus ke market kat Billion... beli ayam, ikan sebelah, udang, tauhu, fish cake, cauliflower dan carrot. Tak shopping banyak sebab bawak motor ja... Kalau beli banyak nanti tak muat nak letak dalam raga motor...

Alhamdulillah... Ni la hasilnya... tomyam, udang goreng kunyit, tauhu poket dan ikan goreng...


Ahad, 9 Februari 2014

Menu Ketupat di Hujung Minggu




Kali ni just nak publish menu famili kami time cuti hujung minggu kelmarin... Saya cuma terlibat untuk sesi anyam ketupat dan isi beras kat dalam kelongsong ketupat... Tu pun secara beramai-ramai... Mak Teh, Long An, Aiman, Amer, Mak Lang, Ngah Yah, Najwa semua ada... Sesi merebus dan menyediakan kuah hanya bonda dan bonda-bonda saudara saja yang terlibat...

Terkenang kat Tok Wan Aq bila makan sebab Wan suka makan ketupat ni... Famili kami biasanya hidangkan ketupat palas ja time raya... Wan kalau nak makan ketupat ni kena pi Kuar Jawa la...

Dah lama tak makan, sedap pulak... dengan rasa kuah yang agak pedas tu... mmm... Alhamdulillah...

Rabu, 17 Julai 2013

Menu Berbuka... Lala Timbul Goreng Kunyit

Salam Ramadhan...

Dah 8 hari berpuasa... Tapi, hari ni baru berkesempatan publish entri... Ni adalah menu berbuka puasa hujung minggu baru-baru ni...  Lala timbul goreng kunyit...



Lala Timbul Goreng Kunyit

Bahan-bahan :

1 mangkuk lala timbul
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 batang serai (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Hirisan bawang besar
Hirisan cili merah
Sedikit air

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah dan serai sehingga kekuningan... Masukkan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan lala timbul dan kacaukan... Masukkan serai yang diketuk... Masukkan garam secukup rasa... Goreng hingga masak... Jika nak berkuah, masukkan air secukupnya... Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah... Masak hingga bawang dan cili layu... Sedia untuk dihidangkan


**Untuk masak lala timbul ni perlu asingkan lala daripada kulitnya terlebih dahulu... Masak air dalam periuk hingga mendidih... Masukkan satu senduk lala dan kacaukan sehingga isinya tertanggal daripada kulit dan isi lala akan timbul kat permukaan air... Angkatkan isi lala yang timbul dengan menggunakan penapis... Ulangi langkah ini sehingga habis semua lala... Tapi yang saya masak ni... saya ambik kat dalam peti ais ja, sebab bondaku dah siap asingkan isinya... hehe

Isnin, 8 Julai 2013

Menu Minum Petang

Kali ni saya nak publish menu minum petang... Dah lama dah buat ni, tapi hari ni baru berkesempatan nak siapkan entrinya...

Sebenarnya ini kali kedua saya sediakan juadah ini... Kali pertama dulu saya nak buat puff macam kat sini... tapi masa bancuh adunan tu terlebih air la pulak... jadinya, agak lembik sikit adunan dan susah nak canai dohnya... Walaupun begitu, saya buat juga... cuma, saya tak mencanai dah tapi just leperkan doh tu dengan tangan ja dan terhasil la rupa bentuk yang macam ni...
Ni yang 1st time ari tu...

Kali ni saya buat lagi atas permintaan daripada anak teruna saya... Jadi, kali ni memang sengaja lebihkan sedikit air dalam adunan tu... 


Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung/susu pekat manis/susu cair
Secubit garam
Air secukupnya

*Bahan-bahan di atas adalah resepi yang saya biasa gunakan untuk Sardin Gulung. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... cuma untuk menu ini saya lebihkan sedikit air supaya adunan lebih lembut...

Bahan inti :

4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



Bahan lain :
Sos cili


Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara menguli adunan kulitnya pula.... 


gambar hiasan.. lupa nak snap pic inti...:)

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin, susu tepung dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan letakkan di atas dulang.... Sebelum tu, taburkan dulang dengan tepung supaya doh tak melekat pada dulang... Bentukkan menjadi leper.... Potong/kelar seperti bentuk tulang ikan pada kedua-dua belah doh yang dileperkan tadi.... Letakkan inti dan tutup inti dengan menganyam doh yang dipotong-potong tadi... 


Leperkan & potong...


Letak inti & anyam untuk tutup inti


Siap...

Letak atas loyang


Sebelum dibakar di dalam oven, letakkan sos di atasnya... Bakar lebih kurang 15 hingga 20 minit.... Dah siap boleh la hidang.....







Isnin, 24 Disember 2012

Bekalan ke pejabat...

Sejak berpantang ni memang la masuk dapur di awalpagi lagi... Letak nasi dan masak lauk untuk bekalan seharian kat tempat kerja... Ni la menu yang selalu menjadi pilihan untuk buat bekal + nasi putih satu tupperware... menu sarapan & lunch...Senang dan cepat... Rebus sahaja... dan kilogram pun dah turun sikit sejak makan menu-menu rebus ni...:)




Menu di kala berpantang...Sayur Sawi dan Homemade Fishball...

Ni salah satu menu saya di musim pantang ni.... Sayur sawi yang direbus... takda tumis-tumis ya... dan saya letak fishball... Nak cakap sangat sedap pun tak boleh jugak... tapi boleh la ubah selera sikit time pantang ni...



Kebetulan fishball yang saya buat tu dapat banyak juga... so, saya bakar beberapa biji fishball tu dan dicicah dengan sos yang dibuat sendiri jugak...



Selasa, 18 Disember 2012

Menu Orang Berpantang

Dah dua hari saya berpantang... tapi bukannya saya bersalin ye... ni pantang orang sakit ja...~kaedah perubatan alternatif~ pantang makan dan jugak pantang masak... nampaknya lepas ni sepi la blog ni... maklum la tuan punya teratak ni pantang masak... Cuma boleh makan dan masak ikan temenung dan ikan haruan sahaja... Menunya pulak rebus dan bakar sahaja... Tak tau la berapa lama kena pantang ni... Tengok la sejauh mana saya mampu bertahan... Hopefully, jangan pantang jumpa asyik nak makan ja...

Banyak la pulak celotehnya no.... Ok la, hari ni nak postkan menu petang kelmarin... nasi putih dengan temenung berinti sambal yang dibakar...


Letak kuah ikan temenung rebus sikit... ni je la rezeki saya nampaknya...
Actually, suami saya dah siap masukkan inti ke dalam ikan... so, saya balik keja kelmarin just bakar ja la... Bahan-bahannya berdasarkan interview dengan my cik abang, ikan temenung dibelah belakang dan bersihkan... ketepikan... Kemudian, blend cili merah, sedikit lada hitam, bawang merah, bawang putih sikit,  kunyit sikit, sedikit halia, serai dan garam secukup rasa... letak sikit ja air... Masukkan bahan yang dah blend tadi ke dalam ikan temenung yang dibelah tadi...  Lastly, bakar la sampai masak...


Bakar kat dapur gas ja...



Siap boleh hidang...

Isnin, 10 Disember 2012

Ikan Bakar dengan Air Asam

Dah dua minggu teratak ni terbiar... Sejak abis cuti sem ni, tak dan nak berblog la pula....
Kali ni nak postkan menu minggu lepas...





Ikan Bakar dengan Air Asam

Actually, saya beli 4 ekor anak ikan tuka(pari) masa pi market dengan suami saya... Sampai kat umah terus ikan ni disiang belah dua dan dibersihkan... Letak garam je sikit... Susun kat pemanggang... Lepas tu, bab membakar kita serahkan kepada yang pakar la... sapa lagi kalau bukan cik abangku yang rajin itu...

Sambil suami saya dok bakar ikan, saya buat air asam... Blend cili besar, cili api, belacan dan garam (air jangan letak banyak)... kalau rajin lagi baik tumbuk dengan lesung batu..... tapi saya tak berapa rajin... so, blend saja... Masukkan hirisan bawang besar dan hirisan buah tomato dan gaulkan hingga rata... Dah siap boleh cicah ikan bakar dengan air asam atau tuangkan air asam kat atas ikan...

Isnin, 19 November 2012

Menu Tengahari Di Cuti Semester...




Actually, menu ni dah beberapa hari yang lalu... Tapi, memandangkan time cuti-cuti ni agak kalut... so, memang tak sempat nak publishkan... Dalam keempat-empat menu ni, saya cuma sediakan dua hidangan ja... ~Sotong masak kicap dengan sos lada hitam dan Tauhu Poket~... Ikan Bakar suami saya yang sediakan... dan Air Asam pulak, disediakan oleh my bonda la... Tengok ja la no sebab semuanya dah selesai dah....



::: Tauhu Poket :::


::: Sotong Masak Kicap Dengan Sos Lada Hitam :::


::: Ikan Bakar air tangan cik abangku :::




::: Air Asam air tangan bondaku :::








Isnin, 12 November 2012

Menu Ringkas Hari Ni....




Menu ringkas untuk lunch hari ni.... Telur Dadar, Daging Masak Kicap Dengan Sos Lada Hitam, Sup Sayur dan Ikan Temenung Rebus..... 

Sup sayur
Temenung Rebus


Telur Dadar

Daging Masak Kicap dengan Sos Lada Hitam
Resepi?? Insyaallah... esok-esok la saya postkan... hari ni kalut sikit, tak dan nak taip.... hehe


Ahad, 21 Oktober 2012

Menu Ringkas Untuk Tengahari....

Hari ni masak ringkas-ringkas ja untuk tengahari sebab petang ni ada acara masak-masak bihun pulak... Memandangkan bonda yang pi market pagi tadi, saya masak ikut menu yang bonda cakap la... heheh... senang sikit.... takyah susah-susah memikior nak masak apa kan...

Ok... hari ni bonda saya kata goreng ikan dan buat tomyam ja... tapi saya tambahkan satu lagi menu ~ begedil ikan...



 Jom tengok satu-persatu.....


Ikan goreng....

Ikan pelata pisang ni saya goreng tiga ketul ja... Sebahagian lagi simpan kat peti ais la... Maybe bonda nak buat gulai pulak kot nanti... Saya gorengkan insangnya sekali... sebab kalau insang ikan pelata ni digulai tak boleh dimakan... insangnya keras tak macam insang ikan seludu atau pelotan... First time saya makan insang ikan digoreng ni lepas saya kahwin la... kat rumah bonda mertuaku... Adik ipar saya goreng insang ikan tongkol a.k.a ikan mamu.... Goreng sampai garing... memang rangup la terutamanya kalau makan time panas-panas...


Begedil ikan..... resepi?? klik kat sini

Actually, bahan-bahan untuk begedil ni saya dah gaulkan sejak minggu lepas lagi... tapi takdan nak buat.... cuma telur dan sayur ja tak dimasukkan...  so, letak kat dalam fridge... makanya, hari ni saya cuma masukkan daun sup dan telur dan seterusnya digoreng.... tu yang mudah sikit tugas memasak untuk hari ni... hehe


Tomyam ayam + sayur campur....
Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)~saya asingkan isi ayam kat bahagian dada simpan kat freezer
4 ketul kiub tomyam Knorr
3 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Bunga kobis secukupnya (dipotong)
Karot secukupnya (dipotong)
Baby corn secukupnya (dipotong)
Batang saderi secukupnya (dipotong)
Kobis secukupnya (dihiris)
5-6 biji cili api (kalau nak pedas boleh ketuk)
1 biji limau nipis (perah airnya)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong enam)
1 labu bawang besar (potong empat)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Tomyam ni pun simple ja... Bonda saya beli kiub tomyam Knorr... so, saya rebuskan ayam dengan 4 ketul kiub tomyam... Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas... Dah masak ayam tadi, saya masukkan air dan rebus hingga mendidih... kemudian saya masukkan karot, bunga kobis, baby corn, batang saderi dan cili api... Kobis saya masukkan kemudian setelah sayuran tadi agak empuk.... Masukkan perahan limau nipis... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan daun limau purut.... Agak nak tutup api baru saya masukkan tomato dan bawang besar... Kacaukan dan boleh la tutup api.... Hidangkan...

Sabtu, 20 Oktober 2012

Menu Pot Luck... Sempena Masuk Rumah Baru...

Nak tayang menu pot luck kat tempat kerja saya hari ni.... Kami bawa makanan sorang sikit untuk slot makan-makan di hari Sabtu yang kerja untuk ganti Cuti Raya Haji nanti... Ni la menu untuk hari ni.....


Nasi lemuni, kek coklat dan kuih-muih...
Nasi lemuni... air tangan bondaku... terima kasih mak.... resepinya kat sini
Sambal ikan bilis.... masak malam tadi... pagi ni panaskan...
Kak Am bawak telur n ikan bilis goreng yang garing...
Kek coklat moist sesangat ni air tangan blogger shikin... nak resepi?? kat sini
Alhamdulillah atas nikmat yang Engkau kurniakan.....


Sabtu, 13 Oktober 2012

Cucur Ikan... versi tambah jagung


Cucur ikan ni adalah menu sarapan pagi kelmarin... Bukannya apa, pagi kelmarin terbangun pagi awal sikit daripada kebiasaan... So, sempat la masuk dapur sat untuk bancuh tepung dibuat cucur.... Menu yang mudah ja sebab isi ikan rebus memang ada dalam stok fridge kat umah... jagung yang suami saya beli baru-baru ni pun ada 5 batang lagi... tapi saya gunakan 1 batang ja... Ok, resepinya :

Tepung gandum (saya gunakan 1/3 bungkus)
Isi ikan rebus (lebih kurang 6-7 ekor ikan temenung)
1 batang jagung (dihiris-ambil isi sahaja)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Garam sesedap rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.... Masukkan pula isi ikan, jagung, bawang dan garam.... Kemudian masukkan pula air dan gaulkan semua bahan hingga rata... Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik... Kemudian gorengkan dalam minyak sehingga garing... Angkat dan boleh dihidangkan... Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos....

Jumaat, 27 Julai 2012

Menu Berbuka Puada.... Ramadhan Kareem....

Assalamualaikum wbt...... Selamat berpuasa.... Dah hampir seminggu berpuasa, baru kini saya dapat menjengah ke Teratak resepi Ummi.... Maklum saja sekarang ni keja kat Perlis..... Walaupun setiap hari agak lambat sampai ke rumah... namun sempat juga saya memasak menu yang simple untuk berbuka..... Biasanya bonda saya dah masak menu utama.... so, saya hanya top up apa yang patut je.... Untuk minggu ni...hanya sempat snap beberapa pic je untuk upload ke teratak resepiku ini.... Jom tengok.... :-)

Cucur Udang... Qasidah.... n Maggi Goreng....

Untuk makluman... saya goreng maggi jer... Yang lain tu semua dari rumah Ngah Dah dan Mak Lang...:-)

Lagi..... Yang sempat saya masak n snap pic......

Sup Sawi dengan Cendawan....
Ayam Panggang....


Ahad, 8 Julai 2012

Menu Tengahari di Hari Ahad.....

Assalamualaikum wbt....


Hari ni sebenarnya merupakan hujung minggu pertama saya bercuti pada hari Ahad.... Almaklum sajalah... saya ni dah bertukar ke Perlis sekarang.... esok baru nak mula kerja kat sana.....


Pagi tadi saya ke market dan sempatlah beli beberapa bahan untuk dimasak... Antara yang saya beli adalah ayam dan paru.... So, menu hari ni.... tara.... tengok gambar kat bawah.....





Meh tengok satu persatu.....



Rendang Paru Resepi Mak Ngah...

Ayam Panggang...
Air Asam
Resepinya... dalam entri akan datang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...