Memaparkan catatan dengan label kerang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerang. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Sambal Kerang





SAMBAL KERANG
resepi : rodzita


Bahan-bahan :

1 kg kerang (direbus dan ambil isinya sahaja)
7 tangkai cili kering (blend)
4 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
Hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara Penyediaan :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih... Sambil tu boleh panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam... Kacaukan... Masakkan semuanya hingga pecah minyak atau sehingga hilang bau cili... Masukkan isi kerang dan kacaukan... Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga bawang layu... Sebelum diangkat pastikan sambal kerang sudah menepati citarasa... Kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam atau gula... Dah siap boleh la masukkan ke dalam bekas dan dihidangkan...

Rabu, 21 November 2012

Kerabu Taugeh Dengan Kerang...


Nak titipkan resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang... menu kelmarin... Selain kerang, kerabu taugeh ni boleh dipadankan dengan udang, perut atau isi ikan rebus... Kebetulan Yusof nak makan kerang, saya beli 2 kg dan masukkan sikit dalam kerabu ni...






Kerabu Taugeh Dengan Kerang
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Taugeh ~ saya beli seringgit (dibersihkan)
Kerang secukupnya (dibersihkan, direbus dan kupas kulitnya)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Stok rebusan ketam (optional)~kebetulan saya rebus ketam... so, saya masukkan stok masa nak blend...

Cara-menyediakannya :

1. Bersihkan kerang dan rebuskan kemudian kupas kulitnya dan ambil isi kerang ja... 

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, stok rebusan ketam, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...
5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...




**p/s : saya lupa nak letak belacan masa blend... kalau suka, boleh masukkan belacan... tapi tak letak belacan pun ok jugak.... Dah selamat masuk perut dah... Alhamdulillah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...