Memaparkan catatan dengan label pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulut. Papar semua catatan

Khamis, 23 Januari 2014

Bubur Pulut Hitam



Bahan-bahannya :

2 cawan beras pulut hitam
1 genggam beras pulut
Air secukupnya
1 biji kelapa (perah santan-asingkan patinya)
Gula secukup rasa
Sedikit garam
1 helai daun pandan (simpulkan)




Cara penyediaan :

Basuh kedua-dua beras pulut... toskan...

Masukkan beras dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga pulut kembang.... Seterusnya, masukkan cantan cair ke dalam periuk.... Masukkan juga daun pandan, gula secukup rasa dan sedikit garam... ... Masakkan.... Apabila mendidih masukkan santan pekat dan kacau.... Biarkan seketika di atas api yang kecil sehingga masak... Pastikan bubur tak pecah minyak... Setelah bubur masak, pastikan rasanya sudah cukup, barulah diangkat dan dihidangkan...

Selasa, 21 Januari 2014

Ketupat Palas

Entri pertama sejak 2014... Tak tau la apa yang bz sangat sampai takdan nak berblog...

Ketupat palas ni dibuat semasa cuti Maulidur Rasul baru-baru ni... Sebenarnya kebetulan saja buat ketupat ni sebab hari Ahad sebelum tu saya ikut cik abang pi kebun n ada beberapa rumpun pokok palas yang berpucuk... Suami saya ambik 7 kaki pucuk palas... dan kebetulan beras pulut pun ada dalam peti ais kat umah... Konon-kononnya nak belajar buat ketupat, tapi akhirnya jadi airtangan masterchef bonda jugak... Maka, saya ni macam biasa la~jadi tukang tolong saja la...tolong perah santan, tolong kacau, tolong balut, tolong rebus dan tolong makan saja.... hehe

Walaupun ketupat palas cuma digandingkan dengan susu pekat manis je... sebab takdan nak me'rendang' dah... tapi, sat ja dah selesai ketupat ni...


Ok, resepinya...
2 kg beras pulut susu
4 biji kelapa (ambil santannya)
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (simpulkan)
Daun palas secukupnya ~dibuka terlebih dahulu... balik keja ari isnin malam saya dah buka siap-siap...
Air secukupnya


Cara-caranya....

Masukkan beras pulut ke dalam bekas... Bersihkan beras pulut dan toskan... ketepikan...

Perah kelapa... Kuantiti santan sama banyak dengan pulut... Saya sukat beras kat dalam bekas... so, santan pun diperah dalam bekas yang sama...

Masukkan santan ke dalam periuk... Masukkan garam dan daun pandan... Masak santan hingga mendidih... Masukkan beras pulut... Masak bersama santan hingga kering... Sentiasa kacau supaya pulut tak berkerak... Setelah separuh masak, angkat dan sejukkan sebelum dibalut...

Balut ketupat ni pun berjemaah... saya, my bonda n ngah... Kalau balut sorang-sorang mau lenguh badan jugak rasanya....

Lepas siap balut, potong hujung daun supaya kemas... Kemudian, letakkan dalam periuk... Masukkan air separas ketupat dan rebus sehingga kering air... Kalau nak mudah, boleh gunakan rice cooker...

Rabu, 14 Mac 2012

Ketupat Sotong

Terkenang-kenang masa dulu-dulu menikmati ketupat sotong.... Dulu, mak saya memang dok masak ketupat sotong ni... tapi, bukanlah selalu.... Ngah Dah pun rajin jugak buat menu ni.... Tapi dah lama tak makan sebenarnya....

Baru-baru ni Long An and family sediakan menu ni untuk hidangan lauk pengantin.... hmmm... teringin la pulak... Kebetulan pula, adik ipar kepada adik saya datang ke rumah menghantar ikan dan sotong yang ayah depa bawa balik dari tempat kerja... Apa lagi?? saya tengok ada sotong, tercapailah hajat nak makan ketupat sotong nampaknya... Bagai pucuk dicita, ulam mendatang..... Alhamdulillah... 

Tapi, sebelum prepare bahan-bahan kenalah menuntut daripada mak saya dulu... Al-maklum sajalah.... saya ni tak pernah pun masak menu ni sebelum ni....


Ketupat Sotong
resepi : rodzita

Resipinya  :-

16 ekor sotong (sotong akan mengecut ~ seeloknya gunakan saiz sederhana / besar)
sedikit beras pulut (direndam terlebih dahulu)
1/2 biji kelapa (ambil santannya)
3 ulas bawang merah
1 inci halia
secubit garam
lidi secukupnya (dipotong tajam)


Cara membuatnya :-


saya masukkan kepala kat dalam badan sotong ... nak pastikan cukup pair masing2...
Bersihkan sotong... tulang takyah buang supaya sotong tak kecut apabila masak nanti.... pastikan kepala dan badan sotong mencukupi...

lidi ni saya potong panjang sangat....
Kelapa diperah.... ambil santan secukupnya....

Lidi dipotong tajam dihujungnya ~ untuk dicucuk pada sotong

Tangan Ummi pun nak  enterframe jugak kat sini
Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Jangan penuhkan sotong dengan beras sebab pulut tu akan kembang dan memenuhi sotong setelah masak nanti.... Masukkan kepala sotong ke badannya dan cucukkan dengan lidi tajam...

sungguh panjang lidi itu.... clear bila tengok pic ni...
Letakkan sotong dalam periuk/kuali.....

Masukkan ja semua bahan...lepas tu rebus....
Masukkan santan ke dalam periuk/kuali. Masukkan bawang dan halia yang telah dihiris ~ kalau rajin boleh tumbukkan bawang dan halia....Kemudian masukkan sedikit garam ~ jangan letak banyak garam sebab nak rebus santan tadi sampai kering, nanti masin pulak......

Setelah direbus sehingga kering santan tadi, bolehlah diangkat dan dihidangkan....... 

Mmm... sedapnya.... Yusof pun suka jugak....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...