Memaparkan catatan dengan label kulit kerbau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulit kerbau. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2016

Masak Lemak Kulit Kerbau


Menu masak lemak lagi... Dalam misi menghabiskan stok kulit kerbau... Ni kepingan yang terakhir... tak tau bila lagi suami saya nak proses kulit kerbau... Walaupun saya tak boleh makan kulit kerbau, tapi layankan aje selera suami...:)

Ok, resepinya seperti berikut :

Bahan-bahannya :

1 keping kulit kerbau (direbus dan dipotong kecil)-rebus hingga lembut
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula kulit kerbau yang telah lembut dan biarkan di atas api... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak bolehlah dihidangkan.......

Jumaat, 10 Jun 2016

Kerabu Taugeh dengan Kulit Kerbau






Bahan-bahan :

Taugeh (dibersihkan)
Kulit kerbau (direbus hingga lembut dan dipotong)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-menyediakannya :

1. Kulit kerbau direbus hingga lembut dan dipotong.... ketepikan...

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...

5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...

Selasa, 14 Ogos 2012

Masak Lemak Kulit Kerbau Dengan Belimbing Buluh...

Menu ni saya masak minggu lepas lagi, tak sempat nak postkan entri kat Teratak Resepi Ummi ni..... Hari ni baru berkesempatan menitipkannya.....


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa (ambil santannya~asingkan patinya)
Kulit kerbau direbus dan dipotong
7 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji cili besar (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Rebuskan kulit kerbau hingga lembut... kemudian potongkan kecil-kecil... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan serbuk kunyit, bawang merah dan serai.... Apabila mendidih masukkan pula kulit kerbau yang telah dipotong tadi dan masak lagi hingga mendidih... Masukkan pati santan dan masak dengan api perlahan... Masukkan pula belimbing besi dan cili yang telah dihiris... Biarkan di atas api yang perlahan sekejap.... Apabila belimbing sudah masak bolehlah ditutupkan api... Sedia untuk dihidangkan...






Selasa, 21 Februari 2012

Sup Kulit Kerbau

 

Sup Kulit Kerbau
resepi : rodzita

Petang Jumaat baru-baru ni, saya try satu resepi yang saya sendiri pun tak pernah masak dan tak pernah makan ~ Sup Kulit Kerbau... 

Sebelum ni memang pernah dengar ada orang makan kulit kerbau ni...tapi tak tau la macam mana depa buat...  

Actually, kulit kerbau ni telah diproses oleh suami saya..... Kebetulan hari tu kenduri kat umah Pak Lang Din sembelih anak kerbau..... jadi, kulit tu telah diproses dan disalai.....



kulit yang dah siap disalai...


Resepinya :

Kulit kerbau (dipotong dan direbus hingga lembut)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
kulit kayu manis*
bunga lawang*
lada hitam*
bunga cengkih*
buah pelaga*
ubi kentang (potong ikut citarasa sendiri)
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit daun sup
1 labu bawang besar (dihiris besar)
sedikit minyak untuk menumis
 
 
  
Cara membuatnya :

Potongkan kulit mengikut citarasa masing-masing.... Rebuskan hingga lembut dan toskan airnya.....(buang air garam dulu....suami saya rendam kulit dengan garam...)

Nak buat sup pulak..... macam biasa, tumbuk atau blend je bawang merah, bawang putih dan halia..... Sambil-sambil tu panaskan periuk dan masukkan minyak...... Dah panas minyak....tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sampai naik bau........ Lepas tu masukkan airsecukupnya, ubi kentang, garam secukup rasa.....

Apabila ubi hampir empuk, masukkan kulit yang telah ditoskan tadi.... Rebus lagi hingga ubi empuk... 

Masukkan daun sup dan bawang besar..... dan yang penting, rasa dulu garamnya sebelum dimatikan api..... Dah masak boleh la dihidangkan.....

walaupun lighting pic ni tak cantik, tapi nak tayang jugak kat sini....:)

Gini la rupa yang dah siap dimasak....

Mmm.... mula-mula dengar kulit kerbau macam tak lalu nak makan.... tapi bila dah dimasak dan di...try ~ memang sedap..... Macam perut lembu la lebih kurang rasanya..... Yusof pun pulun jugak..... tak sempat jadik sup pun dah dimakannya......  

Actually, saya hidang sup ni bersama dengan mee sanggul yang dicelur tapi takdan nak snap pic mee..... baru ja hidang dah sold out.....so, tayang pic sup je la kat sini.....

Memang licin la sup ni sampai suami saya pun tak sempat rasa.... Habis dikendurikan famili saya ~ Pak Lang, Pak Teh, Mak Teh, Ba 'Un, Aiman, Pak, Tikah.... Kebetulan petang Jumaat baru ni memang ramai yang ada kat umah..... 

Bukannya tak nak kasi suami makan tapi memandangkan suami keja petang.... so, tak balik umah la malam tu... Takkan la nak simpan sup ni sampai hari Sabtu..... Takpe abang....kulit kerbau tu ada lagi kat dalam fridge...lain kali kita masak lagi....

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...