Isnin, 24 Disember 2012

Bekalan ke pejabat...

Sejak berpantang ni memang la masuk dapur di awalpagi lagi... Letak nasi dan masak lauk untuk bekalan seharian kat tempat kerja... Ni la menu yang selalu menjadi pilihan untuk buat bekal + nasi putih satu tupperware... menu sarapan & lunch...Senang dan cepat... Rebus sahaja... dan kilogram pun dah turun sikit sejak makan menu-menu rebus ni...:)




Menu di kala berpantang...Sayur Sawi dan Homemade Fishball...

Ni salah satu menu saya di musim pantang ni.... Sayur sawi yang direbus... takda tumis-tumis ya... dan saya letak fishball... Nak cakap sangat sedap pun tak boleh jugak... tapi boleh la ubah selera sikit time pantang ni...



Kebetulan fishball yang saya buat tu dapat banyak juga... so, saya bakar beberapa biji fishball tu dan dicicah dengan sos yang dibuat sendiri jugak...



Selasa, 18 Disember 2012

Menu Orang Berpantang

Dah dua hari saya berpantang... tapi bukannya saya bersalin ye... ni pantang orang sakit ja...~kaedah perubatan alternatif~ pantang makan dan jugak pantang masak... nampaknya lepas ni sepi la blog ni... maklum la tuan punya teratak ni pantang masak... Cuma boleh makan dan masak ikan temenung dan ikan haruan sahaja... Menunya pulak rebus dan bakar sahaja... Tak tau la berapa lama kena pantang ni... Tengok la sejauh mana saya mampu bertahan... Hopefully, jangan pantang jumpa asyik nak makan ja...

Banyak la pulak celotehnya no.... Ok la, hari ni nak postkan menu petang kelmarin... nasi putih dengan temenung berinti sambal yang dibakar...


Letak kuah ikan temenung rebus sikit... ni je la rezeki saya nampaknya...
Actually, suami saya dah siap masukkan inti ke dalam ikan... so, saya balik keja kelmarin just bakar ja la... Bahan-bahannya berdasarkan interview dengan my cik abang, ikan temenung dibelah belakang dan bersihkan... ketepikan... Kemudian, blend cili merah, sedikit lada hitam, bawang merah, bawang putih sikit,  kunyit sikit, sedikit halia, serai dan garam secukup rasa... letak sikit ja air... Masukkan bahan yang dah blend tadi ke dalam ikan temenung yang dibelah tadi...  Lastly, bakar la sampai masak...


Bakar kat dapur gas ja...



Siap boleh hidang...

Isnin, 17 Disember 2012

Sayur Petola

Sayur Petola



Bahan-bahannya :

2 biji petola (Kupas kulit dan potongkan)
Segenggam udang (buang kepala dan ekor)
Suun secukupnya
Sedikit belacan
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya (kalau nak banyak kuah, letakkan banyak air)



Cara penyediaannya :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan hingga mendidih... Sebelum tutup api, rasakan garam.... Jika perlu boleh tambah... Kalau dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan....

Isnin, 10 Disember 2012

Ikan Bakar dengan Air Asam

Dah dua minggu teratak ni terbiar... Sejak abis cuti sem ni, tak dan nak berblog la pula....
Kali ni nak postkan menu minggu lepas...





Ikan Bakar dengan Air Asam

Actually, saya beli 4 ekor anak ikan tuka(pari) masa pi market dengan suami saya... Sampai kat umah terus ikan ni disiang belah dua dan dibersihkan... Letak garam je sikit... Susun kat pemanggang... Lepas tu, bab membakar kita serahkan kepada yang pakar la... sapa lagi kalau bukan cik abangku yang rajin itu...

Sambil suami saya dok bakar ikan, saya buat air asam... Blend cili besar, cili api, belacan dan garam (air jangan letak banyak)... kalau rajin lagi baik tumbuk dengan lesung batu..... tapi saya tak berapa rajin... so, blend saja... Masukkan hirisan bawang besar dan hirisan buah tomato dan gaulkan hingga rata... Dah siap boleh cicah ikan bakar dengan air asam atau tuangkan air asam kat atas ikan...

Sabtu, 24 November 2012

Sweet Corn in Cup...

:::Sweet Corn in Cup:::

Cuti-cuti ni layan selera Yusof... kebetulan suami saya beli jagung masa pi Kuala Nerang baru-baru ni... Nak makan jagung cup... Saya suruh Yusof kopek isi jagung... Suka sangat nak makan, 2 jantung dikopeknya... Boleh la ummi tumpang sekali...hehe

Bersihkan jagung sebelum kopek isinya.....

Kukus sampai masak...


Butter, susu pekat manis, sikit garam dan serbuk lada hitam.... gaulkan dengan jagung...

Dah siap... masuk dalam cawan... ok, boleh makan...

Solok Lada...



Kali ni nak titipkan resepi solok lada yang saya buat baru-baru ni... Kiranya ni 2nd time saya buat... request daripada suami saya... Saya buat sikit ja... tak banyak... cuma 7 biji dan kelapa 1/2 biji... Ikan saya beli 2 kg baru-baru semuanya direbus dan siap dah buang tulang... simpan kat peti ais... tapi, tak la saya masukkan semua isi ikan tu... saya gunakan isi ikan lebih kurang sama banyak dengan kelapa...



Bahan-bahannya :

7 biji cili putih
Isi ikan rebus secukupnya (saya gunakan ikan kembung)
1/2 biji kelapa (diparut)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
Sebiji telur
Garam secukup rasa



Cara membuatnya :


Belah cili dan buang bijinya...


Tumbuk lada hitam, serai dan bawang merah.... Tumbuk juga isi ikan rebus dan kelapa parut......
Yang warna putih sikit tu kelapa... yang kelabu sikit tu ikan ditumbuk dengan bahan-bahan lain...

Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan telur dan gaul sebati.....



Kemudian bolehlah dimasukkan bahan-bahan tadi ke dalam cili yang telah dibelah.... Susunkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak....



Dah masak....


Ok, hidangkan ikut kreativiti masing-masing...



Khamis, 22 November 2012

Masak Lemak Ketam.....



Tengahari tadi saya buat masak lemak ketam... Masak lemak yang ringkas ja... Baru-baru ni,  pi market saya beli ketam 6 ekor... so, hari ni baru nak masak... Yusof suka sangat kalau buat masak lemak ni... So, ummi Yusof takyah pikir-pikir nak masak apa... senang cerita...

Bahan-bahan yang saya gunakan :

6 ekor ketam (dibersihkan)
1 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai dan asam keping.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula ketam dan rebus lagi hingga ketam masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......





Sardin Gulung Di Cuti Sem...

Sardin Gulung



Cuti-cuti ni, rajinkan diri untuk buat sardin gulung... Resepi ni saya dapat masa saya dok kat Kepala Batas Seberang Perai dulu... Masa tu 1st posting and saya dok dengan Ndak kat sana... Dan la jugak ambik beberapa ilmu masakan masa dok dengan Ndak walaupun saya ni kategori yang tak berapa rajin masuk dapur...hehe... Resepi ni ambik daripada Kak Biha ~anak Pak Ndak... Time tu Kak Biha dok buat sardin gulung ni and letak kat kedai makan kakak ipar dia... memang laku la jualan sardin gulung ni...Nasib la Kak Biha tak kedekut ilmu... Boleh jugak saya tau cara-cara nak buat sardin gulung ni...

Actually, saya buat 1 kg tepung gandum... Nampak macam banyak, tapi cukup-cukup ja bila dah dihantar ke umah Ngah, Pak Lang dan Teh 4...

Ok, resepinya kat bawah ni....

Bahan-bahannya :

1 kg tepung gandum
1 bungkus yis segera Mauripan
6 sudu besar margerin
5 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam
Air secukupnya


Bahan Inti :

1 tin sardin (saiz besar)
7 labu bawang besar
3 sb serbuk cili (boleh guna cili kering yang dikisar)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara penyediaan :


Inti :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.... Masukkan serbuk cili dan kacau seketika.... Masukkan ikan sardin (saya tak ambil sosnya)..... Kacaukan... Masukan asam gelugor, gula dan garam..... Sementara tunggu sambal masak, saya hiris bawang besar nipis-nipis.... Masukkan hirisan bawang besar ke dalam sambal dan kacau.... Masakkan hingga bawang layu dan kuah sambal kering.... Sebelum tutup api, rasa inti terlebih dahulu... Jika perlu boleh tambahkan garam atau gula....

Doh :
Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih....

Masukkan susu tepung, gula, margerin dan garam ke dalam tepung.... Gaulkan hingga rata.... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati.... Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan.... Perapkan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... 


Mmm... biasa la Yusof ni rajin nak nolong...

Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Letakkan inti di atasnya.... Tutupkan inti dan kemaskan di bahagian tepi... Kelar dan gulungkan... Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh yang dibentukkan tadi....

Untuk step by step boleh tengok kat sini.....

Rehatkan seketika.... Akhir sekali, goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan....











Ni goreng separuh masak ja.... nak simpan kat peti ais... nanti hari Ahad goreng kat Ustaz Teh...

Rabu, 21 November 2012

Kerabu Taugeh Dengan Kerang...


Nak titipkan resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang... menu kelmarin... Selain kerang, kerabu taugeh ni boleh dipadankan dengan udang, perut atau isi ikan rebus... Kebetulan Yusof nak makan kerang, saya beli 2 kg dan masukkan sikit dalam kerabu ni...






Kerabu Taugeh Dengan Kerang
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Taugeh ~ saya beli seringgit (dibersihkan)
Kerang secukupnya (dibersihkan, direbus dan kupas kulitnya)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Stok rebusan ketam (optional)~kebetulan saya rebus ketam... so, saya masukkan stok masa nak blend...

Cara-menyediakannya :

1. Bersihkan kerang dan rebuskan kemudian kupas kulitnya dan ambil isi kerang ja... 

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, stok rebusan ketam, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...
5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...




**p/s : saya lupa nak letak belacan masa blend... kalau suka, boleh masukkan belacan... tapi tak letak belacan pun ok jugak.... Dah selamat masuk perut dah... Alhamdulillah....


Isnin, 19 November 2012

Tauhu Poket

Baru-baru ni saya buat Tauhu Poket... masa blogwalking kat sini nampak menarik ja menu ni.... ringkas tapi sedap... cuma saya sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada kat umah saya la... Actually, dah dua kali saya buat menu ni... 1st trial saya letakkan garam dan sedikit serbuk kunyit kat tauhu walaupun dalam resepi memang takda.... so, tauhu saya nampak kuning-kuning sikit la... 2nd time, saya ikut ja macam kat resepi... memang cantik la kejadiannya... memandangkan suami saya beli 10 biji tauhu, saya double kan bahan-bahannya... dan yang pentingnya menu ni memang sedap... thanks ijayuji untuk perkongsian resepi... Saya copy n paste kan kat sini pulak no...





TAUHU POKET

Bahan-bahan : ( 10 biji )

5 keping tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus 
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus (saya gantikan dengan daun sup)
2 sb telur (dalam 1/2 biji) ~(saya gunakan sebiji telur ayam kampung)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis (saya gunakan ikan bilis yang ditumbuk halus)
Sedikit garam



Cara-cara :


Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (macam buat tauhu sumbat). isi tauhu yang dikeluarkan jangan dibuang.
Hancurkan isi tauhu tadi dengan sudu. Campurkan semua bahan lain ke dalam tauhu yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi ke dalam tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dengan minyak yang panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yang dihidang bersama dengan sos....


::: My 1st trial :::
Yang dah siap digoreng....


boleh dihidang bersama sos...



::: My 2nd trial :::







Menu Tengahari Di Cuti Semester...




Actually, menu ni dah beberapa hari yang lalu... Tapi, memandangkan time cuti-cuti ni agak kalut... so, memang tak sempat nak publishkan... Dalam keempat-empat menu ni, saya cuma sediakan dua hidangan ja... ~Sotong masak kicap dengan sos lada hitam dan Tauhu Poket~... Ikan Bakar suami saya yang sediakan... dan Air Asam pulak, disediakan oleh my bonda la... Tengok ja la no sebab semuanya dah selesai dah....



::: Tauhu Poket :::


::: Sotong Masak Kicap Dengan Sos Lada Hitam :::


::: Ikan Bakar air tangan cik abangku :::




::: Air Asam air tangan bondaku :::








Sayur Taugeh Dengan Tauhu



Kali ni nak titipkan resepi yang sangat simple dan mudah disediakan... Sayur Taugeh Dengan Tauhu... Saya gunakan serbuk kunyit dalam masakan ni... tapi, kalau nak masukkan kicap pun ok jugak...




Bahan-bahan :

Taugeh
2 ketul tauhu (dipotong)
1 biji telur
1 biji cili merah (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih(dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali... Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan baunya harum... Masukkan tauhu yang dah dipotong.... Gorengkan seketika sehingga kekuningan... Masukkan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan taugeh dan kacau seketika... Masukkan telur dan biarkan telur agak mengeras baru dikacau... Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.... Perasakan dengan garam secukupnya... Masukkan hirisan cili merah... Biarkan seketika hingga layu.... Ok, siap untuk dihidang...









Khamis, 15 November 2012

Masak Lemak Perut




Masak Lemak Perut
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Perut lembu (direbus dan dipotong)
1/2 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu
1 keping asam gelugor
1 batang serai (diketuk)
5 biji cili padi (cili merah takda stok, so cili padi pun boleh la ya)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara penyediaannya :

Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing..... ketepikan... (time rebus tu masukkan halia sekali untuk hilangkan bau)

Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serai yang dah diketuk, serbuk kunyit dan asam gelugor... Rebuskan lagi hingga mendidih.... Masukkan pula perut lembu yang dah dipotong... Rebuskan lagi... Masukkan cili padi... Saya tak ketuk cili padi.... takut pedas pulak masak lemak ni... So, sapa yang nak pedas, pandai-pandai la lenyekkan cili ni time makan nanti.... Masukkan garam secukup rasa... Kacaukan.... Masukkan santan pekat.... Biarkan atas api yang perlahan... Jangan kuat sangat api, nanti pecah minyak pula.... Dah masak, boleh la dihidangkan....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...