Ahad, 20 November 2016

Jejari Coklat

Hari ni Yusof ada jamuan akhir tahun kat sekolah... Memandangkan stok coklat masih ada, so malam tadi saya sediakan jejari coklat...  nak buat almond rocher, badam dah habis stok... Takda badam, kita tukar roti ja la... 10 keping roti gardenia dapat 1 container plus yang tinggal untuk makan kat umah jugak...


Bahan-bahan :

10 keping roti gardenia (dipotong kecil)
250 gm dark compound + milk compound
Coklat aneka warna secukupnya


Cara-caranya :


Potong roti kecil-kecil. Sekeping roti, saya potong 12. Roti yang dah dipotong diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan roti sejuk.... 

Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama roti... Gaul rata...
Letakkkan roti yang telah bersalut coklat satu persatu dalam bekas atau loyang dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat beku, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan dimasukkan ke dalam bekas...

Selasa, 4 Oktober 2016

Kacang Goreng Rangup

Assalamualaikum... hari ni nak kongsikan resepi kacang goreng rangup... Biasanya, bonda saya sediakan kacang goreng ni untuk raya... memang sold out...
Kacang goreng ni untuk bekalan saya nak pi penang hari ni... So, malam tadi saya sediakan kacang ni... kali ni goreng 1/2 kg ja...

Bahan :
500 g kacang tanpa kulit
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :
Masak air dalam periuk... setelah mendidih, tutupkan api... masukkan kacang ke dalam air dan biarkan seketika lebih kurang 4 hingga 5 minit...

Tumbuk atau blend bawang putih... Toskan kacang dan gaulkan kacang dengan garam dan bawang putih yang ditumbuk tadi... Biar seketika....

Panaskan minyak dalam kuali.... goreng kacang sehingga kekuningan... Angkat dan toskan minyak... Biar kacang sejuk dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara....


Selasa, 27 September 2016

Masak Lemak Kubis Dengan Telur



Bahan-bahannya :
1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
1/4 ketul kubis bulat (dihiris)
Sedikit lobak merah (disagat/dihiris)
2 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
Hirisan cili merah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Masukkan santan cair dan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk... Rebus seketika hingga santan mendidih... Masukkan kubis dan hirisan lobak merah... Pecahkan telur dan masukkan juga ke dalam periuk... biar hingga telur masak... kacaukan.... Masukkan hirisan cili merah... Masak hingga mendidih.. Masukkan garam secukup rasa... Masukkan pati santan dan masakkan seketika dengan api yang perlahan supaya tak pecah minyak... Dah masak, bolehlah dihidangkan... 

Rabu, 31 Ogos 2016

Kacang Buncis Goreng Kunyit Dengan Hati Ayam



Bahan-bahan :

Kacang buncis (dihiris menyerong)
4 pasang hati ayam (dipotong kecil dan dibersihkan) - gaul garam dan kunyit
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Hirisan cili merah
1/2 labu bawang besar (dihiris nipis)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara menyediakannya :

Gaulkan hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng hati ayam hingga masak. Saya biarkan hingga hati tersebut agak garing. Angkat dan ketepikan.
Biarkan hanya sedikit minyak yang digunakan menggoreng hati tadi panas di dalam kuali untuk menumis pula... Seterusnya, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan... masukkan serbuk kunyit dan kacaukan... masukkan pula kacang buncis dan masak hingga kacang tersebut layu.... masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi dan masukkan juga hirisan cili merah dan bawang besar.... kacau rata... masukkan garam secukup rasa... siap untuk dihidangkan...

Ahad, 24 Julai 2016

Masak Lemak Kulit Kerbau


Menu masak lemak lagi... Dalam misi menghabiskan stok kulit kerbau... Ni kepingan yang terakhir... tak tau bila lagi suami saya nak proses kulit kerbau... Walaupun saya tak boleh makan kulit kerbau, tapi layankan aje selera suami...:)

Ok, resepinya seperti berikut :

Bahan-bahannya :

1 keping kulit kerbau (direbus dan dipotong kecil)-rebus hingga lembut
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula kulit kerbau yang telah lembut dan biarkan di atas api... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak bolehlah dihidangkan.......

Jumaat, 22 Julai 2016

Masak Lemak Ikan Keli Dengan Jering



Bahan-bahannya :

3 ketul ikan keli yang dipotong dan dibersihkan
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
5 ulas jering (dihiris nipis)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan jering dan masak seketika... Masukkan pula ikan keli dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......

Khamis, 21 Julai 2016

Almond Rocher... menu jamuan raya untuk Yusof ke sekolah



Yusof dok bagitau sejak minggu lepas ada jamuan raya kat sekolah hari ni. So, malam tadi ummi bertungkus-lumus sediakan almond rocher dengan dibantu oleh Yusof dan Ishak.



Ok, resepi dan cara penyediaannya seperti kat bawah ni....


Bahan-bahan :

1/2 kg badam yang dicincang panjang
250 gm dark compound + milk compound
Coklat aneka warna secukupnya
Paper cup secukupnya


*Raya lepas saya beli 1 bar dark dan milk compound tu 250 gm dan dah gunakan separuh. Kali ni gunakan bakinya sahaja.


Cara-caranya :


Badam diletakkan di dalam loyang dan dibakar sehingga keperangan... Biarkan badam sejuk.... 

Dark compound dan milk compound dimasak secara double boiled sehingga cair.... Biarkan seketika sehingga sejuk....
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas bersama-sama badam...Gaul rata...
Masukkan pula ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan coklat aneka warna... Setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat beku, bolehlah dikeluarkan dari peti ais dan dimasukkan ke dalam bekas...

Isnin, 4 Julai 2016

Solok Peria

Kali ni nak kongsi menu solok peria.... 1st time buat ni... Biasanya buat solok lada, tapi bonda kata peria kalau buat solok sedap kot.. So, dah cuba buat minggu lepas... Bagi saya yang suka makan peria, sedap ja, cuma tkdak rasa pedas macam kita makan solok lada.... cuma dalam resepi ni, saya tk gunakan lada hitam tapi saya gantikan dengan jintan manis.... bulan puasa ni kan agak panas, jadi nak kurangkan pengambilan lada hitam la kononnya....:)

Ok, resepi dan cara penyediaannya seperti kat bawah ni....

Bahan-bahannya :

1 biji peria (dipotong bulat)
Isi ikan rebus secukupnya (saya gunakan ikan kembung)
1/2 biji kelapa (diparut)
2 batang serai
5 ulas bawang merah
Sedikit jintan manis
1 biji telur
Garam secukup rasa


Cara menyediakan :

Dry blend jintan manis, serai dan bawang merah.... blend juga isi ikan rebus dan kelapa parut......Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan telur dan gaul sebati.....Kemudian bolehlah dimasukkan bahan-bahan tadi ke dalam peria yang telah dipotong.... Susunkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak....

Jumaat, 10 Jun 2016

Kerabu Taugeh dengan Kulit Kerbau






Bahan-bahan :

Taugeh (dibersihkan)
Kulit kerbau (direbus hingga lembut dan dipotong)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-menyediakannya :

1. Kulit kerbau direbus hingga lembut dan dipotong.... ketepikan...

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...

5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...

Khamis, 2 Jun 2016

Sayur Bayam dengan Betik




Bahan-bahannya :

2 ikat bayam (potong dan bersihkan)
1/2 biji betik tua (potong dan bersihkan)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-caranya :

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan pastikan isi betik lembut. Dah rasa garamnya, bolehlah tutp api dan hidangkan.

*Biasanya, sayur macam ni saya masukkan belacan, tapi sekarang ni memandangkan saya berpantang so, memang tak masukkan la. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...