Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2015

Gulai tulang dengan umbut pisang

Hari ni nak kongsi menu yang dah lama dok dalam draft. Menu gulai tulang + umbut pisang atau disebut jugak rias pisang. Selalunya gulai rias pisang ni saya makan kalau ada kenduri kat sebelah Bukit Seni, Sik atau Baling. Biasanya, depa ambik umbut pisang hutan. Kalau kat market memang ada jual umbut pisang ni.. tapi, saya ambik umbut pisang awak ja sebab pokok-pokok pisang kat belakang umah Pak Lang ditebang memandangkan kawasan tu ditambak tanah untuk buat tapak rumah Ndak Baq. 



Umbut pisang ni memang la free, tapi tulang yang mahai... Suami saya beli 1 kg tulang + 1 kg daging... Masak banyak sikit, boleh buat kenduri... hantaq ke rumah Pak Lang, Ngah dan Tih Pat...

Resepinya seperti di bawah....

Bahan-bahannya :

1 kg tulang lembu (potong dan bersihkan)
1 kg daging (potong dan bersihkan)
2 bungkus rempah kari daging
9 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 sb kerisik
1 biji kelapa (perah santannya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :

Potong tulang & daging... bersihkan.... ketepikan sekejap.... Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah sehingga hancur..... Bahagikan dua bahagian... Satu bahagian nak digaulkan dengan tulang & daging dan satu bahagian lagi untuk menumis.....

Masukkan tulang & daging yang telah dibersihkan tadi ke dalam bekas.... Masukkan serbuk kari, kerisik dan juga bahan-bahan tumbuk yang diasingkan tadi.... Gaulkan semua bahan sehingga rata.... Kalau boleh perapkan seketika.....

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga baunya harum.... Masukkan tulang & daging yang diperap tadi dan kacaukan..... Biarkan di atas api.... dan masakkan sehingga rempah garing...

Setelah rempah garing, bolehlah dimasukkan santan dan masakkan sehingga daging empuk.... Masukkan umbut pisang dan kacau.... Biar hingga umbut pisang masak.... Masukkan garam secukup rasa dan kacaukan....Dah siap masak boleh la dihidangkan.....



Selasa, 9 April 2013

Daging Masak Hitam... resepi Mak Lang

Hari ni nak titipkan resepi daging masak hitam... Menu ni selalunya dibuat time kenduri kat umah, tapi bukan saya la yang masak... resepi ni diambik daripada Mak Lang yang saya panggil Lang Jah... Lang Jah just bagitau main ingredient ja... sebab, selalunya untuk kenduri ni masak banyak-banyak... jadi, kuantiti bahan yang saya letak kat dalam masakan ni mengikut citarasa saya sendiri la... cuma saya terlupa nak masukkan susu cair ~ masa dok menaip ni teringat pulak yang saya dah lupa nak letak susu... Ok, bahan-bahannya seperti di bawah...


Daging Masak Hitam
resepi : Lang Jah

Bahan-bahannya :

2 kg daging (potong dan bersihkan)
3 sudu serbuk cili
Gula secukup rasa (saya tak letak gula tapi saya just masukkan sedikit gula batu)
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji cili merah (dihiris)
Minyak untuk menumis
*Susu cair / santan (saya tak masukkan~terlupa)

Bahan kisar :

15-20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
2 inci halia
1 batang carrot
1 biji tomato

Bahan tumis :

1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga


Cara menyediakan :

Panaskan minyak dalam kuali... Masukkan bahan tumis.... Masukkan pula serbuk cili dan goreng bersama bahan tumis seketika... Masukkan pula bahan kisar dan kicap secukupnya... Masak sekejap... Masukkan daging dan masak lagi sehingga daging empuk.... Masukkan gula batu dan garam secukup rasa..... Apabila daging telah masak, masukkan hirisan cili dan kacaukan... Sebelum ditutup api, pastikan rasanya dah ok ya... Siap untuk dihidangkan...



p/s : walaupun tak masukkan susu... tapi saya rasa sedap ja...

Khamis, 21 Mac 2013

Daging Landak Masak Kunyit...



Rasanya, ni 1st time merasa daging landak... Ini pun sebab pi rumah adik saya kat Kluang Johor... Sebenarnya, saya sekeluarga pi umah adik saya masa Chinese New Year ari tu... nasib baik sempat jugak snap pic... leh jugak masukkan dalam teratak resepiku ini walaupun dah berkurun lamanya post ini dalam draft... 

Masak simple saja... Tak ambil masa yang lama sebab dagingnya agak lembut... Bahan-bahan yang digunakan hanya apa yang ada kat dapur adik saya la... tambahan pula kedai agak jauh dari rumah adik saya ni... rumahnya kat atas bukit dalam ladang kelapa sawit... tapi view kat situ tersangat la cantiknya... Subhanallah... Tengok Yusof dok posing kat depan umah Pak Ngah dia ni...


Ok, kita tengok pula resepi ya...

Bahan-bahan :

Daging landak (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

ni versi baru keluar dari peti ais... kulit dia ada macam corak2 sikit...

dah siap potong2...


Cara penyediaannya :

Panaskan minyak... Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.... Masukkan serbuk kunyit... Masukkan daging... Kacau seketika... Masukkan air secukupnya... Nak kuah lebih, masukkan lebih banyak air... Masak hingga daging empuk... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan hirisan cili merah... Kalau ada bawang besar boleh masukkan sekali, tapi saya tak masukkan sebab takda... Kacau rata... Dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan...



Selasa, 13 November 2012

Daging Masak Kicap dengan Sos Lada Hitam...





Ni menu kelmarin... Daging Masak Kicap and tambah sikit ja sos lada hitam... kalau letak banyak takut pedas... kena Ummi masak yang lain pulak untuk Yusof...

Ok, resepinya....

Daging dihiris dan dibersihkan (kuantiti tak tau la sebab stok korban hari tu la ni)
Kicap
Sos lada hitam
1 labu bawang besar
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit air (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis : (dihiris nipis)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji buah pelaga


Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bahan tumis hingga harum baunya.... Masukkan kicap dan sos lada hitam.... Kacau.... Masukkan pula daging yang telah dihiris... Masukkan air dan biarkan hingga daging empuk...  Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris... Kacau dan biarkan hingga cili dan bawang agak layu...  dah siap untuk dihidangkan....



Jumaat, 2 November 2012

Beef Rolls

Ewah... nama menu pun omputih no... Sebenornya, saya dok belek beef rolls ni sebelum raya hari tu lagi kat sini... Nampak macam sedap ja... Memandangkan daging memang ada dalam peti ais di musim-musim Aidil Adha ni.... maka saya try la buat baru-baru ni, tapi saya dah adjust dan sesuaikan dengan apa yang ada kat umah la....


Ni resepi yang saya copy dan di paste kan kat sini....

Japanese Beef Rolls With Scallion, Asparagus, And Enoki Mushrooms~Negimaki

Ingredients

1 Piece (about 400 g/1 ½ inches thick) Rib Eye or Sirloin Steak, trimmed of fat
10 Stalks Asparagus, trimmed
5 Stalks Scallions, trimmed and halved
120 to 150 Enoki Mushrooms
4 Tbsp Japanese Soy Sauce
4 Tbsp Mirin
1 Tbsp Cooking Oil

Toothpicks or Wooden Skewers

Method

In a small bowl, mix together the soy sauce and Mirin. Set aside.

With a sharp knife, cut the beef into half. Then cut each piece of the beef into five thin slices. Spread the beef on a cutting board and pound lightly with a meat mallet to an even thinness.

Brush both sides of the meat slices with the soy sauce and Mirin mixture. Top each slice of beef with asparagus, scallion, and Enoki mushrooms. Roll up tightly and secure with a toothpick.

Heat a large skillet over high heat and coat with oil. Arrange the rolls with the seam side down and sear on both sides. (At this point, you may remove the toothpicks) Then reduce the heat to medium and brush the beef rolls with the soy and Mirin mixture, shaking the pan until the beef is cooked and brown in color. Remove the beef rolls from the skillet. Cut into bite-sized pieces. Serve immediately.


*****************

Tapi saya punya beef rolls takda la ngikut resepi tu sebijik-sebijik... Boleh tengok kat bawah ni :






Beef Rolls
resepi : rodzita
sumber inspirasi :

Bahan-bahannya :

Daging (dihiris lebar tetapi jangan terlalu tebal)
Kicap
Sos tiram
Garam secukup rasa
Carrot (dipotong memanjang)
Daun sup (dipotong memanjang)

Cara penyediaannya :

Potong daging dan bersihkan.... Gaulkan daging dengan kicap, sos tiram dan sedikit garam... Kicap dah masin, so garam jangan letak banyak sangat... Perapkan seketika.... Sambil-sambil tu boleh potong carrot dan daun sup....

Ambil daging yang diperap tadi dan letakkan carrot dan daun sup kat atas daging tu....sayur ni ikut citarasa masing-masing la... mungkin boleh digantikan dengan bahan lain.... Gulungkan dan cucuk dihujung daging yang digulung dengan penyucuk sate untuk mengelakkan gulungannya terbuka..... Ulangi langkah ini hingga habis semua daging yang diperap tadi.... Kemudian bolehlah dibakar..... Saya bakar dalam kuali serbaguna... kalau nak gunakan pemanggang ajaib pun boleh juga.... Kalau nak lebih lagi aromanya, boleh bakar gunakan arang.... Dah siap boleh dipotong dan dihidangkan.... cicah dengan sos pun sedap....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...