Rabu, 21 November 2012

Kerabu Taugeh Dengan Kerang...


Nak titipkan resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang... menu kelmarin... Selain kerang, kerabu taugeh ni boleh dipadankan dengan udang, perut atau isi ikan rebus... Kebetulan Yusof nak makan kerang, saya beli 2 kg dan masukkan sikit dalam kerabu ni...






Kerabu Taugeh Dengan Kerang
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

Taugeh ~ saya beli seringgit (dibersihkan)
Kerang secukupnya (dibersihkan, direbus dan kupas kulitnya)
7 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (separuh saya blend, separuh lagi saya hiris untuk gaul dalam kerabu-kalau bawang tu kecik kena la guna 2 labu)
Sedikit lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
Perahan limau / air asam jawa
3 sb kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Stok rebusan ketam (optional)~kebetulan saya rebus ketam... so, saya masukkan stok masa nak blend...

Cara-menyediakannya :

1. Bersihkan kerang dan rebuskan kemudian kupas kulitnya dan ambil isi kerang ja... 

2. Taugeh dibersihkan, kemudian digoreng dalam kuali tanpa minyak... Kacaukan sampai agak layu... boleh diangkat dan diketepikan....

3. Blend cili kering bersama dengan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, serai, lada hitam, kelapa, perahan limau, stok rebusan ketam, gula dan juga garam....Blend hingga halus...

4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas... kemudian masukkan kerisik... dan gaul sebati...
5. Rasa asam, garam dan gula... Kalau dah ok boleh la masukkan taugeh dan hirisan bawang besar.... Gaulkan semua bahan hingga sebati...

6. Sedia untuk dihidangkan...




**p/s : saya lupa nak letak belacan masa blend... kalau suka, boleh masukkan belacan... tapi tak letak belacan pun ok jugak.... Dah selamat masuk perut dah... Alhamdulillah....


2 ulasan:

  1. Sedapnya, saya memang suka kerabu taugeh kerang ni. Nak buat memang tak tahu, dok makan kat kedai ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la buat... mudah saja...:)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...