Sebelum ni saya pernah postkan entri resepi ayam panggang resepi dari bonda mertua.... Hari ni pula, saya nak titipkan resepi ayam panggang yang disediakan untuk hidangan berbuka baru-baru ni..... Menu sihat sebab tak gunakan santan atau minyak....hehe.... bagus untuk insan yang menjaga pemakanan dan diet.... tapi jangan pula makan lauk aje, sayur pun kena makan jugak.... Ok.. tengok gambar dulu no....
Macam ni la lebih kurang hasilnya selepas siap.... Ok... baru nak cerita bahan-bahannya dan cara-caranya... hehe
Bahan-bahan :-)
1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup* / serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-caranya :-)
Kisarkan semua bahan bertanda *.... Gaulkan bahan kisar dengan ayam yang telah dibersihkan.... Masukkan garam secukup rasa.... Gaul sebati.... Perap lebih kurang setengah jam..... Kemudian bolehlah dipanggang sehingga garing.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan