Resepi yang nak saya titipkan kali ni juga adalah menu weekend baru-baru ni.... Saya ni tak sempat nak masak pada hari bekerja.... Hujung minggu je boleh ambil kesempatan (opportunist jugak ni) untuk memasak....
Pertama kali saya menikmati kuih ini semasa saya belajar kat Kelantan dulu.... kiranya kuih ni di antara salah satu makanan di Kelate la..... Sebelum saya mula buat kuih ni dulu, saya ada tanyakan resepinya pada sahabat saya ~Nor~ yang berasal dari Ayer Lanas, Jeli.... Kiranya, ni dah beberapa kali percubaan membuatnya.... Apa boleh buat, kali ni baru berkesempatan untuk titipkan resepinya ke Teratak resepi Ummi....
Menu ni sebenarnya bukanlah untuk semua famili saya.... special untuk Yusof je.... Yusof tak minat dengan kuih keria.... so, saya ambil sebahagian adunan kuih keria untuk dibuatkan che mek molek untuk Yusof.... Itupun hanya beberapa biji aje..... Kiranya, bahan-bahannya sama seperti kuih keria juga.... cuma kuih ni tak disira dengan air gula je.... Ok.... resepinya kat bawah ye.....
Resepinya :
Ubi keledek secukupnya
Sedikit garam
Air untuk merebus
Tepung gandum secukupnya
Gula pasir secukupnya
Cara membuatnya :
Ubi dikupas dan diracik kecil.... Bersihkan dan rebus sehingga empuk... Masukkan juga sedikit garam semasa merebus.... Apabila ubi telah empuk, toskan airnya.... Kemudian, lecek ubi hingga halus.... Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi adunan yang lembut.... Biasanya, saya gunakan sedikit sahaja tepung....
Saya ni kiranya serampang dua mata la.... sebab saya gunakan adunan ni untuk buat Kuih Keria dan Che Mek Molek sekaligus...
Seterusnya.... Ambil sedikit adunan tadi dan leperkan.... Letakkan gula sebagai inti.....
Tutupkan dan bentukkan menjadi bujur.....
Ulang langkah ini sehingga habis semua adunan tadi..... Akhir sekali bolehlah digoreng.....
Dah siap.... ni ajelah hidangan untuk Yusof.... orang lain takde chance nak rasa ni....

Che Mek Molek
resepi versi : rodzita

Tiada ulasan:
Catat Ulasan