Jumaat, 26 Julai 2013

Sup Sayur...mudah dan cepat...


Sup Sayur
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

1 pokok sawi (dipotong)
1 bungkus baby corn (dipotong)
2 ketul tauhu (dipotong)
fishball dan fishcake secukupnya (dipotong)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
hirisan cili merah
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis




Cara-caranya :-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah...
Masukkan tauhu dan goreng seketika... Masukkan sedikit air.... Biarkan di atas api sehingga mendidih... Masukkan baby corn... Biarkan di atas api seketika... Masukkan pula fishball, fishcake dan sawi... Biarkan hingga masak..... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan hirisan cili merah... Setelah cili layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Khamis, 25 Julai 2013

Pizza Maggi

Puasa-puasa ni lagi macam-macam request Yusof ni... tapi ikutkan saja la sebab anakanda sorang ni puasa... teringin macam-macam... Teringin nak makan ais kacang... melilau kat Jalan Kuala Kedah ni saya cari... Nak makan telur masak kicap... ok la sebab senang ja nak masak... Ni nak makan pizza maggi pulak... Ummi buatkan aje la no... Ok, resepinya kat bawah ni.....:)

Pizza Maggi
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

3 bungkus mee maggi (dicelur)
3/4 paket serbuk perisa kari maggi
4 biji telur
Sosej secukupnya (dipotong)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
1 ulas bawang merah (dicincang halus)
Minyak untuk menggoreng




Cara menyediakannya :

Celurkan mee maggi.... ketepikan... Gorengkan sosej tanpa minyak seketika... ketepikan...

Pecahkan telur di dalam bekas... Masukkan serbuk perisa kari... Kacau telur bersama serbuk tersebut hingga sebati... Masukkan bawang merah dan daun sup... Gaul rata... Masukkan mee maggi yang telah dicelur.... Masukkan sosej.... Kacau rata... Panaskan minyak dalam kuali... Masukkan satu senduk mee maggi ke dalam kuali... Sosej tu~boleh susun la sikit kat bahagian atas maggi tersebut...Setelah garing di bahagian bawah... Alihkan dan goreng bahagian tersebut sehingga masak... Pizza ni boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos dan mayonis atau makan bersama sos thousand island...

Rabu, 24 Julai 2013

Begedil Ikan Dengan Kangkung...

Begedil ikan ni adalah menu hujung minggu lepas... Baru nak publish hari ni... Nak buat macam mana...busy sikit kebelakangan ni...

Bahan yang saya gunakan sama jugak cuma saya masukkan kangkung sebagai ganti kepada daun sup... Ok, resepinya di bawah...


BEGEDIL IKAN DENGAN KANGKUNG
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

       8 -10 ekor ikan temenung    (direbus dan ambil isinya sahaja)
       2 biji ubi kentang    ~ saiz besar...kalau kecil gunakan 3 biji (direbus dengan kulitnya)
       4 ulas bawang merah
       sedikit lada hitam
       sedikit jintan manis    (kalau suka...kalau tak suka takyah masukkan)
       sedikit kangkung (dihiris halus)
       garam secukup rasa
       1 biji telur
      

 Cara-caranya :

1. Kupas kulit ubi kentang yang telah direbus... kemudian lecekkan ubi tadi...... ketepikan...

2. Isi ikan ditumbuk....ataupun kisar jer dengan blender kering..... ketepikan...

3. Tumbuk lada hitam, jintan manis dan bawang merah hingga hancur.... kalau nak mudah, blend jer..... 

4. Kangkung pula dihiris halus.....

5. Semua bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam satu bekas..... Masukkan juga garam secukup rasa.... Gaulkan hingga rata...

6. Masukkan telur...... Gaulkan...

7. Bentukkan bahan-bahan yang digaul tadi menjadi bebola dan leperkan....

Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak...... Kalau boleh goreng dengan minyak yang banyak supaya tak perlu alihkan begedil ketika goreng.... taknak gunakan banyak minyak pun takpe jugak... ikut sukahati masing-masing la...

8. Setelah begedil masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.... Boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja cicah dengan sos.....

**kalau taknak tumbuk bahan-bahan di atas, boleh juga gunakan blender kering untuk kisar...

***kalau nak tengok step by step boleh klik kat SINI

Selasa, 23 Julai 2013

Kailan Goreng Ikan Masin

Hari ni nak publish menu berbuka yang mudah-mudah saja... Biasanya, saya sampai umah dah pukul 6.00 petang... Memang takdan la nak masak yang renyah-renyah ni... Selalunya bonda dah siapkan main dishes... Saya ni just buat yang simple ja la... Biasanya part saya adalah sediakan air asam atau goreng sayur ja... heheh

Ok, ni salah satu hidangan yang saya sediakan untuk berbuka puasa yer... Kailan Goreng Ikan Masin...

Pic tak berapa jelas la...

Kailan Goreng Ikan Masin
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

1 ikat kailan (dipotong)
Sedikit ikan masin (dicincang halus)
Sedikit ikan bilis
Sos tiram (optional)
Kicap
Hirisan cili merah
Hirisan bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing.... Angkat dan ketepikan....
Goreng pula ikan masin hingga garing.... Angkat dan ketepikan...

Tumiskan bawang putih dan bawang merah menggunakan minyak yang sama... Masukkan kicap dan sos tiram... kacaukan... Masukkan pula kailan yang telah dipotong dan kacaukan... Masukkan hirisan cili merah dan hirisan bawang besar... Kacaukan... Masukkan sebahagian ikan bilis dan ikan masin yang telah digoreng tadi... Garam tak perlu dimasukkan sebab bahan-bahan lain dah cukup masin... Setelah sayur masak boleh la diangkat dan taburkan baki ikan bilis dan ikan masin yang telah digoreng tadi untuk hiasan... Ok, dah siap....

Rabu, 17 Julai 2013

Menu Berbuka... Lala Timbul Goreng Kunyit

Salam Ramadhan...

Dah 8 hari berpuasa... Tapi, hari ni baru berkesempatan publish entri... Ni adalah menu berbuka puasa hujung minggu baru-baru ni...  Lala timbul goreng kunyit...



Lala Timbul Goreng Kunyit

Bahan-bahan :

1 mangkuk lala timbul
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 batang serai (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Hirisan bawang besar
Hirisan cili merah
Sedikit air

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah dan serai sehingga kekuningan... Masukkan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan lala timbul dan kacaukan... Masukkan serai yang diketuk... Masukkan garam secukup rasa... Goreng hingga masak... Jika nak berkuah, masukkan air secukupnya... Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah... Masak hingga bawang dan cili layu... Sedia untuk dihidangkan


**Untuk masak lala timbul ni perlu asingkan lala daripada kulitnya terlebih dahulu... Masak air dalam periuk hingga mendidih... Masukkan satu senduk lala dan kacaukan sehingga isinya tertanggal daripada kulit dan isi lala akan timbul kat permukaan air... Angkatkan isi lala yang timbul dengan menggunakan penapis... Ulangi langkah ini sehingga habis semua lala... Tapi yang saya masak ni... saya ambik kat dalam peti ais ja, sebab bondaku dah siap asingkan isinya... hehe

Isnin, 8 Julai 2013

Menu Minum Petang

Kali ni saya nak publish menu minum petang... Dah lama dah buat ni, tapi hari ni baru berkesempatan nak siapkan entrinya...

Sebenarnya ini kali kedua saya sediakan juadah ini... Kali pertama dulu saya nak buat puff macam kat sini... tapi masa bancuh adunan tu terlebih air la pulak... jadinya, agak lembik sikit adunan dan susah nak canai dohnya... Walaupun begitu, saya buat juga... cuma, saya tak mencanai dah tapi just leperkan doh tu dengan tangan ja dan terhasil la rupa bentuk yang macam ni...
Ni yang 1st time ari tu...

Kali ni saya buat lagi atas permintaan daripada anak teruna saya... Jadi, kali ni memang sengaja lebihkan sedikit air dalam adunan tu... 


Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung/susu pekat manis/susu cair
Secubit garam
Air secukupnya

*Bahan-bahan di atas adalah resepi yang saya biasa gunakan untuk Sardin Gulung. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... cuma untuk menu ini saya lebihkan sedikit air supaya adunan lebih lembut...

Bahan inti :

4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



Bahan lain :
Sos cili


Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara menguli adunan kulitnya pula.... 


gambar hiasan.. lupa nak snap pic inti...:)

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin, susu tepung dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan letakkan di atas dulang.... Sebelum tu, taburkan dulang dengan tepung supaya doh tak melekat pada dulang... Bentukkan menjadi leper.... Potong/kelar seperti bentuk tulang ikan pada kedua-dua belah doh yang dileperkan tadi.... Letakkan inti dan tutup inti dengan menganyam doh yang dipotong-potong tadi... 


Leperkan & potong...


Letak inti & anyam untuk tutup inti


Siap...

Letak atas loyang


Sebelum dibakar di dalam oven, letakkan sos di atasnya... Bakar lebih kurang 15 hingga 20 minit.... Dah siap boleh la hidang.....







Sabtu, 6 Julai 2013

Kangkung Goreng Belacan


Kangkung Goreng Belacan
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

2 ikat kangkung (dipotong dan dibersihkan)
5 biji cili padi (kisar)
1 biji cili besar (kisar)
Seketul belacan sebesar ibu jari (kisar)
Sedikit ikan bilis (tumbuk/kisar kasar)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Hirisan cili besar
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :

Kisar cili padi, cili besar dan belacan... Setelah halus, baru masukkan ikan bilis dan kisar sekejap... sebab nak bagi ikan bilis tu kasar-kasar sikit... Sambil tu, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan... Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.... Masak hingga pecah minyak... Masukkan kangkung dan kacaukan... Masak hingga kangkung layu... Masukkan garam secukup rasa... tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin... Lastly, masukkan hirisan cili besar dan kacau seketika... Ok, siap untuk dihidangkan...

Khamis, 4 Julai 2013

Sotong Kurita Masak Berlada dengan Sos Tiram

First time beli sotong kurita... Ni semua Yusof punya hal la... Oleh kerana bawak Yusof ke market, kebetulan ada sotong kurita... beria-ia Yusof ni nak beli sotong kurita... Saya pun tak pernah beli sebelum ni...

Surf kat internet, semua resepi masak sambal sotong atau sotong kangkung atau rojak sotong... Semuanya yang pedas aje... Nanti Yusof takleh makan pulak... so, saya masak yang tak pedas untuk anak teruna saya ni... Tapi, dah simpan sikit untuk buat sotong kangkung... hehe


Sotong Kurita Masak Berlada Dengan Sos Tiram

resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

2 ekor sotong kurita (disiang dan dibersihkan)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
1 sudu besar sos perisa tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Hirisan bawang besar

Hirisan cili besar
Minyak untuk menumis


Cara menyediakan :

Sebenarnya sotong ni 2 ekor = 1 kg... Kiranya ni tak cukup 1 kg la sebab saya dah ketepikan sedikit untuk buat sotong kangkung...

Panaskan minyak..... Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.... Masukkan lada hitam yang ditumbuk.... Masukkan pula sos tiram dan sedikit serbuk kunyit.... Masukkan pula sotong dan rebus sehingga masak.... Masukkan garam secukup rasa.... Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan cili besar dan kacaukan.... Sebelum diangkat pastikan cukup rasanya...


Kesimpulannya, bila dimasak sotong ni mengembang... tak macam sotong biasa semakin kecut... Dari segi rasa pulak, liat sikit berbanding sotong biasa... tapi, not bad la... boleh beli lagi lain kali...

Selasa, 2 Julai 2013

Sayur Peria dengan Udang


Sayur Peria Dengan Udang
resepi : rodzita

Bahan-bahan :

1 biji peria (dipotong)
12 ekor udang saiz sederhana
2 ulas bawang merah (blend kasar)
1 ulas bawang putih (blend kasar)
1 biji cili besar (blend kasar)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit pati santan
Hirisan bawang besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara penyediaannya :

Blendkan cili besar, bawang merah dan bawang putih... Kisar jangan terlalu halus...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris... Masukkan bahan kisar, asam gelugor dan sedikit serbuk kunyit... Masak hingga pecah minyak... Masukkan garam secukup rasa... masukkan udang dan peria... Kacaukan... Masukkan pati santan... Masukkan hirisan bawang besar... Masak hingga bawang layu...