Ahad, 26 Januari 2014

Masak Lemak 'Siput SHELL'

Tadi pi Peremba dengan sepupu saya~Yong... Lepas tu, pi market pulak.... beli bahan nak masak untuk lunch...

Masa kat market tadi, nampak ada siput SHELL... kulit siput ni bentuk macam logo SHELL... ni second time saya jumpa kat market... Beli banyak sikit sebab nak makan beramai-ramai nanti.... Njang and family ada kat kampung... siput SHELL tu, saya buat masak lemak ja... Ok, resepinya kat bawah...




Masak Lemak 'Siput SHELL'
resepi : rodzita

macam logo SHELL
Bahan-bahan :
2.5 kg siput (kopek isinya)
2 biji kelapa (perah santannya-asingkan pati santan)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 batang serai (diketuk)
2 biji keledek (dipotong)
2 keping asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 biji cili besar (dihiris)
1 labu bawang besar (dibelah enam)


siap kopek n buang bahagian
yang warna hitam kat isi siput.



Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, ubi keledek dan asam keping.... Rebuskan hingga ubi empuk..... Masukkan pula isi siput dan rebus lagi hingga masak... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Masukkan cili merah yang telah dimayang dan bawang besar..... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak boleh la dihidangkan.......



1 ulasan: