Khamis, 25 April 2013

Gulai Kepala Ikan dengan Pisang


Gulai ni sebenarnya menu minggu lepas lagi... bz sikit dua tiga hari ni, tak sempat nak berblog...hehe

Kepala ikan jenahak ni agak besar jugak... saya beli separuh ja tapi 1 kg jugak la beratnya... Saya mintak penjual tu potong siap-siap... jadi, tinggal nak bersihkan saja kat umah...

Pisang pulak, Ngah Dah yang bagi... pokok pisang kat belakang umah Ngah... Sebenarnya Ngah bagi 4 biji, tapi letak kat dalam gulai ni sebiji saja... Yang lebih tu my bonda buat pisang goreng baru-baru ni...

Gulai ni saya ikut macam resepi mak mertua kak am, tambahkan cili kering yang dikisar... tapi, ikut my style la... Ok,bahan dan cara-caranya macam kat bawah ni ye...



Bahan-bahan :

1 kg kepala ikan (dibersihkan)
1 biji pisang (dikoyak kulit dan dipotong)
1 bungkus serbuk rempah kari
7 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji kelapa (ambil santannya)
Minyak untuk menumis


Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit halba campur
1 pelepah daun kari


Cara-caranya :

Koyakkan satu lapisan kulit pisang... kiranya kulit tu masih ada cuma buang selapis ja kulit pisang tu.... kemudian potong serong.....

Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga halus... Masukkan juga serbuk kari dan kisar bersama-sama cili tadi... Kalau tak nak kisar sekali pun takpa... ikut style masing-masing la kan....

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan cili dan serbuk rempah kari yang dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.... Masukkan kepala ikan dan pisang... kacau rata... Selepas itu, masukkan santan dan biarkan hingga mendidih... Pastikan kepala ikan masak dan pisang empuk sebelum diangkat dan dihidangkan...

Isnin, 22 April 2013

Sambal Sotong... menu mudah di hujung minggu

Sambal sotong ni menu hujung minggu baru-baru ni... Masakan yang mudah dan senang... Yang pentingnya, sedap dimakan...hehe.. Ok, resepinya kat bawah...


::SAMBAL SOTONG::

Bahan-bahannya :

1 kg sotong (dibersihkan)
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dihiris)
Air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih



Cara menyediakannya :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih.... Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan juga air asam jawa.... Biarkan di atas api... Kemudian masukkan garam dan gula... Masak sehingga pecah minyak.... Masukkan sotong dan kacau.... Kemudian kalau nak sambal banyak kuah, boleh tambahkan air dan masakkan sekejap hingga mendidih kuahnya.... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Sebelum diangkat, rasakan dulu masam, masin dan manisnya.... Kalau tak cukup bolehlah ditambah.... Dah siap bolehlah dihidangkan....

Khamis, 18 April 2013

Sup Sayur dengan Tauhu Telur


Sup Sayur Dengan Tauhu Telur


Bahan-bahan :

Bunga kobis (dipotong ikut citarasa masing-masing)
1 ketul tauhu telur (dipotong)
1 biji tomato (belah empat)
1 biji telur
Sedikit daun sup
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris sehingga kekuningan... Masukkan tauhu telur yang telah dipotong dan goreng seketika...

Masukkan bunga kobis yang telah dipotong dan kacau... Masukkan air untuk kuah... kalau nak banyak kuah boleh tambahkan air lagi... Masak lagi hingga mendidih dan masukkan telur dan kacau... Apabila telur sudah masak... Masukkan tomato dan daun sup... Masukkan garam secukup rasa.... Kacau seketika... Dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Selasa, 9 April 2013

Daging Masak Hitam... resepi Mak Lang

Hari ni nak titipkan resepi daging masak hitam... Menu ni selalunya dibuat time kenduri kat umah, tapi bukan saya la yang masak... resepi ni diambik daripada Mak Lang yang saya panggil Lang Jah... Lang Jah just bagitau main ingredient ja... sebab, selalunya untuk kenduri ni masak banyak-banyak... jadi, kuantiti bahan yang saya letak kat dalam masakan ni mengikut citarasa saya sendiri la... cuma saya terlupa nak masukkan susu cair ~ masa dok menaip ni teringat pulak yang saya dah lupa nak letak susu... Ok, bahan-bahannya seperti di bawah...


Daging Masak Hitam
resepi : Lang Jah

Bahan-bahannya :

2 kg daging (potong dan bersihkan)
3 sudu serbuk cili
Gula secukup rasa (saya tak letak gula tapi saya just masukkan sedikit gula batu)
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji cili merah (dihiris)
Minyak untuk menumis
*Susu cair / santan (saya tak masukkan~terlupa)

Bahan kisar :

15-20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
2 inci halia
1 batang carrot
1 biji tomato

Bahan tumis :

1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga


Cara menyediakan :

Panaskan minyak dalam kuali... Masukkan bahan tumis.... Masukkan pula serbuk cili dan goreng bersama bahan tumis seketika... Masukkan pula bahan kisar dan kicap secukupnya... Masak sekejap... Masukkan daging dan masak lagi sehingga daging empuk.... Masukkan gula batu dan garam secukup rasa..... Apabila daging telah masak, masukkan hirisan cili dan kacaukan... Sebelum ditutup api, pastikan rasanya dah ok ya... Siap untuk dihidangkan...



p/s : walaupun tak masukkan susu... tapi saya rasa sedap ja...

Isnin, 8 April 2013

Tauhu Telur Masak Sambal...


Ini adalah menu tengahari kelmarin... Sebenarnya bukan tengahari tapi dah petang baru masak ni... Sebab keletihan sangat balik dari hospital kelmarin, saya ketiduran sampai jam 3.00 petang... Ni saja yang sempat dimasak... menu yang mudah dan ringkas...


Tauhu Telur Masak Sambal
resepi : rodzita

Bahan-bahan :
10 ketul tauhu telur (dipotong dua)
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
Air

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
*saya tak masukkan belacan

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan tauhu yang telah dipotong dua... Setelah agak garing, angkat tauhu tersebut dan ketepikan...

Tumiskan pula bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa... Masukkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih... Masukkan tauhu yang telah digoreng dan kacaukan... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau rata... Rasa asam dan garam... Kalau dah ok,boleh la diangkat dan dihidangkan...

Jumaat, 5 April 2013

Sayur Kacang Dengan Udang.....





Sayur Kacang Dengan Udang
resepi : rodzita


Bahan-bahannya :-

Kacang buncis
1/2 batang carrot (dihiris)
1 ketul tauhu (dipotong)
10 ekor udang (disiang dan dibersihkan)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah (dihiris)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara menyediakan :

Panaskan minyak... Tumiskan bawang putih dan bawang merah.... Masukkan tahuhu yang telah dipotong... Goreng seketika bersama bahan tumisan... Masukkan udang... Masak seketika... Masukkan pula serbuk kunyit... Kacaukan... Masukkan pula kacang buncis dan carrot... Masukkan juga hirisan cili merah... Kacau rata... Masukkan sedikit air... Masukkan garam secukup rasa... Biarkan hingga semua bahan masak... Angkat dan hidangkan...


Khamis, 4 April 2013

Potato Spring

Balik keja petang kelmarin, Yusof bagitau nak makan potato spring... Pandai betoi anak terunaku ni dok susun menu... Nasi tak nak makan... Actually, sebelum ni kat kedai Kamarul kat depan umah saya ni ada jual potato spring ni... tapi, sejak depa dah tak jual ni, kena la Ummi Yusof buat sendiri... Saya buat secara manual sahaja... Boleh la nak melayan selera Yusof ni... So, malam tadi saya dan Yusof berhempas pulas untuk buat potato spring ni... Macam ni la hasilnya ya...



Bahan-bahan :

Ubi kentang
Lidi satay
Garam
Minyak
Mayonis
Sos cili


Cara-caranya :

Kupas ubi kentang... Cucukkan dengan lidi satay...


Hiriskan ubi dengan mengelilinginya menggunakan pisau ke hadapan, sementara tangan yang satu lagi memusingkan kentang ke belakang... Pastikan menghiris hingga ke lidi penyucuk sate...
dah test sebijik kentang, baru la boleh snap untuk upload ke blog...

Hiriskan mengelilingi ubi kentang hingga ke bawah... Hirisan boleh dibuat samada tebal atau nipis... Saya suka hirisan yang nipis, tapi kekadang jadi tebal jugak sebab hiris secara manual ni macam-macam la jadinya... Sat nipis, satgi pulak tebal sikit, satgi pulak terputus... Kena gunakan skill masing-masing la no...

 Tarikkan ubi yang telah dihiris sedikit demi sedikit...

 Tarik sehingga habis semua yang telah dihiris...

Panaskan minyak dalam kuali... Sebelum goreng, basuh dan bersihkan dulu kentang tadi... Gaul la dengan sedikit garam... boleh jugak kalau nak letak serbuk lada... sebelum ni saya letak tapi, kali ni saya tak letak pun serbuk lada... Setelah minyak panas... Gorengkan kentang sehingga garing...

Kegaringan kentang bergantung kepada citarasa masing-masing... Dah garing boleh la diangkat... 
 Hidangkan potato spring bersama sos dan mayonis... Sedap dimakan semasa masih panas...

Isnin, 1 April 2013

Hati Ayam Masak Berlada



Baru-baru ni saya masak hati ayam... nak habiskan stok yang ada kat fridge... Memandangkan kat umah takda black pepper sauce~dah abis stok..... jadi, saya gunakan lada hitam yang ditumbuk saja....

Bahan-bahannya :

Hati ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar
Hirisan cili merah dan hijau
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

Panaskan minyak di dalam kuali... Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan... Masukkan lada hitam yang ditumbuk.... Masukkan pula serbuk kunyit.... Kacau... Masukkan pula hati ayam... Masak hingga kering air dan saya biarkan hati ayam agak garing.... Masukkan garam secukup rasa... Last sekali, masukkan hirisan bawang besar dan hirisan cili... Kacau rata... Setelah bawang besar dan cili layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan....