Gulai ni sebenarnya menu minggu lepas lagi... bz sikit dua tiga hari ni, tak sempat nak berblog...hehe
Kepala ikan jenahak ni agak besar jugak... saya beli separuh ja tapi 1 kg jugak la beratnya... Saya mintak penjual tu potong siap-siap... jadi, tinggal nak bersihkan saja kat umah...
Pisang pulak, Ngah Dah yang bagi... pokok pisang kat belakang umah Ngah... Sebenarnya Ngah bagi 4 biji, tapi letak kat dalam gulai ni sebiji saja... Yang lebih tu my bonda buat pisang goreng baru-baru ni...
Gulai ni saya ikut macam resepi mak mertua kak am, tambahkan cili kering yang dikisar... tapi, ikut my style la... Ok,bahan dan cara-caranya macam kat bawah ni ye...
Bahan-bahan :
1 kg kepala ikan (dibersihkan)
1 biji pisang (dikoyak kulit dan dipotong)
1 bungkus serbuk rempah kari
7 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji kelapa (ambil santannya)
Minyak untuk menumis
Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit halba campur
1 pelepah daun kari
Cara-caranya :
Koyakkan satu lapisan kulit pisang... kiranya kulit tu masih ada cuma buang selapis ja kulit pisang tu.... kemudian potong serong.....
Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga halus... Masukkan juga serbuk kari dan kisar bersama-sama cili tadi... Kalau tak nak kisar sekali pun takpa... ikut style masing-masing la kan....
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan cili dan serbuk rempah kari yang dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.... Masukkan kepala ikan dan pisang... kacau rata... Selepas itu, masukkan santan dan biarkan hingga mendidih... Pastikan kepala ikan masak dan pisang empuk sebelum diangkat dan dihidangkan...