Isnin, 29 Oktober 2012

Kek Coklat Kukus

Hari ni nak titipkan resepi Kek Coklat Kukus yang saya buat baru-baru ni.... sebelum raya lagi la ni... baru nak postkan... heheh.... Biasalah... request dari Yusof la ni..... tak sempat makan masa saya bawak balik Kek Coklat yang Kak Kin buat time pot luck hari tu..... Hari-hari dok tanya.... Maka, Ummi Yusof pun dengan rela hatinya buka la blog Dari Dapur Ummi untuk rujuk resepinya.... Tapi takda la topping bagai..... saya taburkan chocolate rice time kek masih suam... simple je la... Ni la rupa Kek Coklat Kukus saya... 









Resepinya saya copy paste kat blog Dari Dapur Ummi dan saya letak kat sini pula.... tq Kak Kin for the sharing...

Bahan A :-

1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola (minyak mazola dah abis... saya gunakan minyak masak ja)
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (takda stok... tapi saya try letak horlicks... ok jugak...)
3 biji telur


Bahan B :-

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x


Cara-cara menyediakannya :

Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

rajin sungguh anak teruna ummi menolong.... 

dah siap.... posing dulu sebelum makan... 

Topping mudah :

1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

***Topping ni berdasarkan resepi kat Dari Dapur Ummi.... saya just taburkan chocolate rice kat atas kek ja....

mmm.... sedap..... 

Isnin, 22 Oktober 2012

Makaroni Goreng... request dari MYF

Menu ni request dari Yusof hari Ahad baru-baru ni... Actually, takda bahan nak masukkan dalam makaroni ni... Cuma ada bunga kobis ja... Nasib baik tak masukkan semua kat dalam tomyam..... dan kebetulan pula ada sikit isi ayam kat dalam peti ais... dan saya masukkan juga sebiji telur.... Macam-macam la Yusof ni meng'order' petang-petang Ahad ni.... Makaroni ni memang tak terlalu pedas.... kalau pedas nanti Yusof takleh makan pulak... dan sangat la simplenya.... Semuanya main campak-campak ja... 


Makaroni Goreng.... request dari Yusof...
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

1 cawan makaroni (direbus dengan secubit garam dan ditoskan)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 keping isi ayam bahagian dada (dihiris kecil)
Bunga kobis (potong kecil)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada
1 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup (untuk hiasan)
Minyak untuk menumis

Cara penyediaannya :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau... Masukkan isi ayam dan masakkan hingga bertukar warna.... Masukkan sos tomato, sos tiram dan sebuk lada hitam.... Kacaukan... Masukkan pula bunga kobis... Gorengkan sekejap.... Masukkan garam dan kacau.... Masukkan pula makaroni dan kacau hingga rata.... kemudian saya pecahkan sebiji telur di tengah-tengah kuali....~ makaroni saya dah tolak-tolak ke bahagian tepi kuali dan tinggalkan ruang kat tengah... biarkan hingga telur mengeras.... baru dikacau bersama makaroni hingga rata.... Sebelum tutup api, rasa garamnya terlebih dulu.... Dah siap boleh la dihidangkan.... Saya hiaskan dengan daun sup ja.... 

Masa tengah masak ni, terpikir jugak.... ada ka orang masak makaroni macam ni???... tapi yang pentingnya Yusof layan semacam ja....




Ahad, 21 Oktober 2012

Menu Ringkas Untuk Tengahari....

Hari ni masak ringkas-ringkas ja untuk tengahari sebab petang ni ada acara masak-masak bihun pulak... Memandangkan bonda yang pi market pagi tadi, saya masak ikut menu yang bonda cakap la... heheh... senang sikit.... takyah susah-susah memikior nak masak apa kan...

Ok... hari ni bonda saya kata goreng ikan dan buat tomyam ja... tapi saya tambahkan satu lagi menu ~ begedil ikan...



 Jom tengok satu-persatu.....


Ikan goreng....

Ikan pelata pisang ni saya goreng tiga ketul ja... Sebahagian lagi simpan kat peti ais la... Maybe bonda nak buat gulai pulak kot nanti... Saya gorengkan insangnya sekali... sebab kalau insang ikan pelata ni digulai tak boleh dimakan... insangnya keras tak macam insang ikan seludu atau pelotan... First time saya makan insang ikan digoreng ni lepas saya kahwin la... kat rumah bonda mertuaku... Adik ipar saya goreng insang ikan tongkol a.k.a ikan mamu.... Goreng sampai garing... memang rangup la terutamanya kalau makan time panas-panas...


Begedil ikan..... resepi?? klik kat sini

Actually, bahan-bahan untuk begedil ni saya dah gaulkan sejak minggu lepas lagi... tapi takdan nak buat.... cuma telur dan sayur ja tak dimasukkan...  so, letak kat dalam fridge... makanya, hari ni saya cuma masukkan daun sup dan telur dan seterusnya digoreng.... tu yang mudah sikit tugas memasak untuk hari ni... hehe


Tomyam ayam + sayur campur....
Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)~saya asingkan isi ayam kat bahagian dada simpan kat freezer
4 ketul kiub tomyam Knorr
3 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Bunga kobis secukupnya (dipotong)
Karot secukupnya (dipotong)
Baby corn secukupnya (dipotong)
Batang saderi secukupnya (dipotong)
Kobis secukupnya (dihiris)
5-6 biji cili api (kalau nak pedas boleh ketuk)
1 biji limau nipis (perah airnya)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong enam)
1 labu bawang besar (potong empat)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Tomyam ni pun simple ja... Bonda saya beli kiub tomyam Knorr... so, saya rebuskan ayam dengan 4 ketul kiub tomyam... Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas... Dah masak ayam tadi, saya masukkan air dan rebus hingga mendidih... kemudian saya masukkan karot, bunga kobis, baby corn, batang saderi dan cili api... Kobis saya masukkan kemudian setelah sayuran tadi agak empuk.... Masukkan perahan limau nipis... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan daun limau purut.... Agak nak tutup api baru saya masukkan tomato dan bawang besar... Kacaukan dan boleh la tutup api.... Hidangkan...

Sabtu, 20 Oktober 2012

Nasi Lemuni dengan Sambal Ikan Bilis...

Nak titipkan resepi nasi lemuni yang dibawa ke Pot Luck kat tempat kerja hari ni... Actually, bonda saya yang sediakan pagi tadi... saya cuma tolong-tolong ja... terutama sekali tolong makan la... heheh


Saya bawak nasi dengan sambal ja... yang lain tu, Kak Kin n Kak Am yang bawak....

Nasi Lemuni
resepi : bonda

Bahan-bahannya :

Beras (bersihkan dan toskan)
Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya) update on 21/10/12 - gunakan pucuk lemuni ye
Serai (diketuk)
Halia (dihiris)
Halba
Bawang merah (dikisar)
Garam sesedap rasa

**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras... kena agak-agak sendiri la no... 
**Petang kelmarin lupa nak ambik daun pandan... so, kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan...


Cara-caranya :

Macam masak nasi lemak juga caranya... 

Yang paling mudah, gini ja... Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.... dan masakkan...

atau, boleh juga...

Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker... Masakkan sekejap hingga mendidih... Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain.... Tutup periuk dan biarkan hingga masak...

Dah masak boleh dimakan bersama dengan sambal ikan bilis...


***************************************************************************
Sambal Ikan Bilis
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Cili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Bawang besar (dikisar)
Belacan (dikisar)
Ikan bilis (digoreng)
Asam keping / Air asam jawa
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit gula batu (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

**Basically, ni la bahan-bahannya... kuantiti bahan tak dapat dinyatakan secara accurate kat sini... Masukkan mengikut tahap kesedapan rasa orang yang memasak...

Cara penyediaannya :

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan belacan... Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.... Masukkan bahan yang dikisar tadi... Masukkan asam keping, sos tiram, gula dan garam secukup rasa... Saya masukkan juga sedikit gula batu (ada dalam fridge~ masuk je la).... Masakkan hingga garing bahan-bahan tadi.... Sambil-sambil tu, gorengkan ikan bilis sehingga garing.... Ikan bilis boleh dimasukkan ke dalam sambal apabila sambal sudah masak... Kacaukan hingga rata... Boleh dimakan dengan nasi...


tayang lagi sekali gambar ni... heheh...


Menu Pot Luck... Sempena Masuk Rumah Baru...

Nak tayang menu pot luck kat tempat kerja saya hari ni.... Kami bawa makanan sorang sikit untuk slot makan-makan di hari Sabtu yang kerja untuk ganti Cuti Raya Haji nanti... Ni la menu untuk hari ni.....


Nasi lemuni, kek coklat dan kuih-muih...
Nasi lemuni... air tangan bondaku... terima kasih mak.... resepinya kat sini
Sambal ikan bilis.... masak malam tadi... pagi ni panaskan...
Kak Am bawak telur n ikan bilis goreng yang garing...
Kek coklat moist sesangat ni air tangan blogger shikin... nak resepi?? kat sini
Alhamdulillah atas nikmat yang Engkau kurniakan.....


Rabu, 17 Oktober 2012

Puff Berinti Sosej Dengan Mix Vege....

Inspirasi daripada Puff Pie Ayam di Dapur Tanpa Sempadan saya adjust intinya untuk buat menu untuk dihidangkan kat Ustaz Teh yang mengajar kat surau kampung saya hari Ahad baru-baru ni.... Cumanya saya tak gunakan puff pastry, tapi saya gunakan adunan kuih sardin gulung dan letak inti kemudian dibakar..... Camni la rupa bentuknya.... :-)




Resepinya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Air secukupnya

*Resepi di atas adalah bahan yang saya gunakan untuk Sardin Gulung sebelum ni. Untuk kali ni saya gunakan 1/2 daripada adunan di atas... dan saya gantikan susu tepung dengan menggunakan susu cair F&N (kebetulan ada dalam fridge)....

Bahan inti :
4 batang sosej dicincang kecil-kecil
1 cawan mix vegetable
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan lain :
Sos cili

Cara-caranya :

Untuk inti - Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.... Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sosej yang dicincang.... Kacau rata hingga sosej masak..... Masukkan mix vegetable dan kacau hingga masak.... Masukkan tepung gandum dan sedikit air... Kacau rata..... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Setelah siap, sejukkan sementara meguli adunan kulitnya pula.... 

Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.... Masukkan gula, margerin dan garam ke dalam tepung... Gaulkan hingga rata... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati... Tuangkan susu cair dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan... Rehatkan adunan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... 


Gambar ni masa buat sardin gulung ari tu... Kali ni lupa nak snap pic...
Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Saya canai kat belakang dulang ja.... Cuci dulang bersih-bersih sebelum digunakan... Bukannya apa ni... kes terlalu rajin nak keluarkan alat-alat yang disimpan rapi... Jadi, gunakan apa yang ada kat rak ja.... 




Rasanya doh yang saya buat tu dah kecik, tapi bila canai nampak macam besar la pulak... Maka, doh yang dicanai tadi saya potong dua... So, satu doh tadi dapat la dua biji... Letakkan inti di atasnya... Kelarkan bahagian yang tidak diletakkan inti... 



Lipatkan bahagian yang dikelar tadi dan kemaskan di bahagian tepi dengan menggunakan garfu.... 




Letakkan sos cili kat atas... 


Letak kat dulang dan boleh la dibakar....
  

Dah siap boleh la hidang.....

Sabtu, 13 Oktober 2012

Cucur Ikan... versi tambah jagung


Cucur ikan ni adalah menu sarapan pagi kelmarin... Bukannya apa, pagi kelmarin terbangun pagi awal sikit daripada kebiasaan... So, sempat la masuk dapur sat untuk bancuh tepung dibuat cucur.... Menu yang mudah ja sebab isi ikan rebus memang ada dalam stok fridge kat umah... jagung yang suami saya beli baru-baru ni pun ada 5 batang lagi... tapi saya gunakan 1 batang ja... Ok, resepinya :

Tepung gandum (saya gunakan 1/3 bungkus)
Isi ikan rebus (lebih kurang 6-7 ekor ikan temenung)
1 batang jagung (dihiris-ambil isi sahaja)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Garam sesedap rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas.... Masukkan pula isi ikan, jagung, bawang dan garam.... Kemudian masukkan pula air dan gaulkan semua bahan hingga rata... Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik... Kemudian gorengkan dalam minyak sehingga garing... Angkat dan boleh dihidangkan... Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos....

Jumaat, 12 Oktober 2012

Garam Belacan a.k.a Colek... vs Mempelam Muda

Balik keja petang kelmarin, saya tengok kat dapur ada sebiji mempelam muda.... Kalau menyicah pun sedap jugak.... Sedang asyik tengok tv semalam, saya tengok bonda saya tengah kupas mempelam tu... Apa lagi yang ditunggu?? Jom masuk dapur buat garam belacan a.k.a colek nak cicah buah mempelam....



Bahan-bahan yang saya gunakan :
3 tangkai cili kering (bersihkan dan rendam dengan air panas~nak bagi cepat lumat masa tumbuk nanti)
Sedikit belacan
Kismis hitam (optional)
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Kicap secukupnya

Cara-caranya :

Masukkan cili kering, garam dan belacan ke dalam lesung batu dan tumbukkan hingga lumat.



Masukkan kismis dan tumbukkan hingga lumat... Biasanya saya gunakan buah kurma, tapi memandangkan stok kismis ja yang ada dalam fridge... maka, kismis la jadi sasaran.... Kismis atau kurma ni untuk memekatkan lagi garam belacan ni... Tapi kalau takda, takyah masukkan pun takpe....



Masukkan pula gula dan tumbuk juga.... Kuantiti gula bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki... Kalau nak pedas, kurangkan gula... Kalau nak kurang pedas, boleh tambah gula...


Last sekali, masukkan kicap dan sebatikan dengan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi....


Boleh letak dalam piring yang sesuai... 



Ok... boleh makan...


Isnin, 8 Oktober 2012

'Homemade' Satay Ayam... versi Ummi

Hari ni nak postkan entri yang dah lama simpan kat draft.... Dah lama buat menu ni, tapi penyakit 'M' sudah hinggap.... lambat la sikit nak publish.... 

Actually, saya ambil resepi untuk buat satay daripada Maisarah ex-student KMK... Mak Maisarah ni dok meniaga satay.... tapi, saya pun dah ingat-ingat lupa.... So, saya just try and error..... Alhamdulillah... menjadi jugak la.... cumanya, lengkuas ja takda....  Apa-apa pun, semua dah selamat dihadam.... takyah buat kuah kacang pun... Sedap jugak walaupun dimakan begitu saja... ~ sebenarnya malas nak buat kuah kacang... 

Homemade Satay Ayam.... 



Bahan-bahan :

Isi ayam (saya gunakan bahagian dada)
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/4 inci halia*
1 batang serai*
1/4 inci lengkuas* (saya tak masukkan sebab takda dalam stok)
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih*
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Lidi satay secukupnya
Butter untuk disapu pada satay semasa membakar (resepi asal takda ni~saya memandai-mandai tambah je)

Cara-caranya :

Potong isi ayam dan bersihkan... Gaulkan isi ayam dengan garam dan kunyit... Blend semua bahan yang bertanda *.... Masukkan bahan kisar dan gaulkan hingga rata... Masukkan gula secukup rasa dan gaul hingga sebati... Perapkan... Saya perap lebih kurang 1/2 jam saja...

Cucuk isi ayam pada lidi satay... Bakar satay sehingga masak. Sapukan butter pada satay...Memandangkan saya terlalu rajin sangat nak buat bara api, maka saya hanya bakar dengan gunakan non-stick pan sahaja... Tapi, kalau bakar gunakan bara, aroma satay tu lagi best la.

Cucuk isi ayam banyak-banyak.... dapat 12 cucuk ja....

Ok... dah siap.....




Kailan ke Sawi ni???

Weekend... saya tak ke market memandangkan stok kat dalam fridge masih ada lagi.... Kalau membeli pun, nanti takda ruang nak simpan.... Mmm... sotong ada, ikan ada, ayam ada, sawi ada, kailan pun ada.... So, masak stok yang ada ja.... dan, cadangnya saya nak masak Kailan Goreng Ikan Masin.... Dah siap potong semua, ikan bilis dah siap goreng, ikan masin pun dah siap goreng.... sekali mak saya kata,"Nak masak apa sawi ni?" Aaa.... sayur sawi?? Bukan kailan ka sayur ni?? Alahai.... tak kenal sayur la pulak.... batang dia punyalah besaq.... macam kailan ja.... Nampaknya menu hari ni bukan Kailan Goreng Ikan Masin tapi Sawi Goreng Ikan Masin.... heheh.... belasah saja la no... Dah rezeki hari ni sawi goreng.... Syukur dengan nikmat yang Allah berikan..... resepinya kat bawah ni no...

Sawi Goreng Ikan Masin
resepi : rodzita



Bahan-bahannya :

Sawi (potong dan bersihkan-asingkan batang dan daun)
1/2 genggam ikan bilis
1 hiris ikan talang kering (lebih kurang sebesar dua jari besarnya-saya potong kecil hiris kecil-kecil)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Panaskan minyak... Gorengkan ikan bilis hingga garing..... Angkat dan ketepikan.... Goreng pula ikan talang kering hingga garing.... Angkat dan ketepikan.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.... Masukkan sos tiram dan kicap.... Kacau..... Masukkan batang sawi dan masak hingga hampir layu..... Masukkan sebahagian ikan bilis dan ikan talang yang telah digoreng..... Kacau....


Masukkan pula daun sawi dan bawang besar.... Goreng hingga masak..... 

Ku sangka kailan... rupanya sawi....

Saya tak masukkan cili merah sebab takda stok....Kalau ada cili merah bolehlah dimasukkan..... Saya juga tak masukkan garam sebab ikan bilis dan ikan talang dah cukup masin.... Dah masak, angkat dan taburkan ikan bilis dan ikan talang yang telah digoreng tadi...... Sedia untuk disantap.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...