Memaparkan catatan dengan label kacang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kacang. Papar semua catatan

Selasa, 6 Jun 2017

Masalodeh


Juadah berbuka kelmarin... masalodeh... Saya rujuk blog resepi bonda untuk resepinya.... Resepi yang dikongsikan dalam resepi bonda adalah untuk 300 gram kacang dal... Memandangkan kacang dal ada 500 gram kat umah, so saya tambahkan juga kuantiti bahan-bahan lain... Bahan dan cara penyediaan boleh rujuk kat bawah.....

Bahan-bahannya:

500gm kacang dal – rendam semalaman dengan air yang banyak
1 labu bawang besar – dihiris
2 sudu jintan putih – dikisar kasar
2 tangkai daun kari
2 tangkai cili kering – dihiris nipis
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaannya :

1. Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.
2. Kisarkan kacang dal sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
3. Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas. Gaulkan hingga sebati. Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.
4. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
5. Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas plastik.
6. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.

Selasa, 4 Oktober 2016

Kacang Goreng Rangup

Assalamualaikum... hari ni nak kongsikan resepi kacang goreng rangup... Biasanya, bonda saya sediakan kacang goreng ni untuk raya... memang sold out...
Kacang goreng ni untuk bekalan saya nak pi penang hari ni... So, malam tadi saya sediakan kacang ni... kali ni goreng 1/2 kg ja...

Bahan :
500 g kacang tanpa kulit
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya :
Masak air dalam periuk... setelah mendidih, tutupkan api... masukkan kacang ke dalam air dan biarkan seketika lebih kurang 4 hingga 5 minit...

Tumbuk atau blend bawang putih... Toskan kacang dan gaulkan kacang dengan garam dan bawang putih yang ditumbuk tadi... Biar seketika....

Panaskan minyak dalam kuali.... goreng kacang sehingga kekuningan... Angkat dan toskan minyak... Biar kacang sejuk dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara....


Rabu, 31 Ogos 2016

Kacang Buncis Goreng Kunyit Dengan Hati Ayam



Bahan-bahan :

Kacang buncis (dihiris menyerong)
4 pasang hati ayam (dipotong kecil dan dibersihkan) - gaul garam dan kunyit
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Hirisan cili merah
1/2 labu bawang besar (dihiris nipis)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara menyediakannya :

Gaulkan hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng hati ayam hingga masak. Saya biarkan hingga hati tersebut agak garing. Angkat dan ketepikan.
Biarkan hanya sedikit minyak yang digunakan menggoreng hati tadi panas di dalam kuali untuk menumis pula... Seterusnya, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan... masukkan serbuk kunyit dan kacaukan... masukkan pula kacang buncis dan masak hingga kacang tersebut layu.... masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi dan masukkan juga hirisan cili merah dan bawang besar.... kacau rata... masukkan garam secukup rasa... siap untuk dihidangkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...