Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Ahad, 18 Ogos 2013

Sambal Telur Pecah...



Kali ni nak titipkan menu tengahari tadi... Masak mudah-mudah saja hari ni sebab takda sapa kat rumah... Saya sorang ja nak makan... Bonda pi kenduri kat Kepala Batas dengan Ngah, Pak Lang & Teh Pat... Lepas tu nak pi rumah Ndak pulak kat Permatang Manggis... Yusof pi sekolah... Abangku pun takda kat rumah... Ishak ja yang ada... So, bila I sorang ja nak menjamu selera, masak yang mudah dan ringkas sahaja la... So, menu hari ni adalah ~Sambal Telur Pecah~... Ok, bahan-bahannya kat bawah ni yer....


Bahan-bahannya :

3 biji telur ayam
*7 tangkai cili kering
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan tumis :

1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)


Cara penyediaannya :

Kisar bahan bertanda * dan ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar tadi... Masukkan air asam jawa, garam dan gula... Masak semua bahan sehingga pecah minyak... Setelah itu, masukkan air dan biar hingga mendidih... Pecahkan telur di dalam sambal sebiji demi sebiji... Biarkan telur mengeras di dalam kuah sambal... Setelah telur masak, pastikan sambal cukup rasanya... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Setelah bawang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Rabu, 19 Jun 2013

Sambal Kerang





SAMBAL KERANG
resepi : rodzita


Bahan-bahan :

1 kg kerang (direbus dan ambil isinya sahaja)
7 tangkai cili kering (blend)
4 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
Hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara Penyediaan :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih... Sambil tu boleh panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam... Kacaukan... Masakkan semuanya hingga pecah minyak atau sehingga hilang bau cili... Masukkan isi kerang dan kacaukan... Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga bawang layu... Sebelum diangkat pastikan sambal kerang sudah menepati citarasa... Kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam atau gula... Dah siap boleh la masukkan ke dalam bekas dan dihidangkan...

Isnin, 22 April 2013

Sambal Sotong... menu mudah di hujung minggu

Sambal sotong ni menu hujung minggu baru-baru ni... Masakan yang mudah dan senang... Yang pentingnya, sedap dimakan...hehe.. Ok, resepinya kat bawah...


::SAMBAL SOTONG::

Bahan-bahannya :

1 kg sotong (dibersihkan)
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dihiris)
Air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih



Cara menyediakannya :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih.... Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan juga air asam jawa.... Biarkan di atas api... Kemudian masukkan garam dan gula... Masak sehingga pecah minyak.... Masukkan sotong dan kacau.... Kemudian kalau nak sambal banyak kuah, boleh tambahkan air dan masakkan sekejap hingga mendidih kuahnya.... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Sebelum diangkat, rasakan dulu masam, masin dan manisnya.... Kalau tak cukup bolehlah ditambah.... Dah siap bolehlah dihidangkan....

Isnin, 8 April 2013

Tauhu Telur Masak Sambal...


Ini adalah menu tengahari kelmarin... Sebenarnya bukan tengahari tapi dah petang baru masak ni... Sebab keletihan sangat balik dari hospital kelmarin, saya ketiduran sampai jam 3.00 petang... Ni saja yang sempat dimasak... menu yang mudah dan ringkas...


Tauhu Telur Masak Sambal
resepi : rodzita

Bahan-bahan :
10 ketul tauhu telur (dipotong dua)
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
Air

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
*saya tak masukkan belacan

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)


Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan tauhu yang telah dipotong dua... Setelah agak garing, angkat tauhu tersebut dan ketepikan...

Tumiskan pula bahan tumis sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa... Masukkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih... Masukkan tauhu yang telah digoreng dan kacaukan... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau rata... Rasa asam dan garam... Kalau dah ok,boleh la diangkat dan dihidangkan...

Khamis, 1 November 2012

Sambal Sotong vs Sotong Masak Kicap

Hari ni nak titipkan resepi sambal sotong..... Actually, sotong ni mak saya beli sekor ja.... sotong aghuih (ikut slang utara).... Sotong ni tebal isinya, tapi rangup... Tak la rangup macam keropok tapi isinya tak lembut macam sotong biasa ni la... Besaq jugak sotongnya, hampir sekilo jugak berat sotong ni rasanya... Sekor saja pun dah RM 11/= harganya.... Lama sangat dah tak masak sambal sotong ni... So, hari ni dapatlah merealisasikan keinginan untuk makan sambal sotong.... tapi kesian pulak kat Yusof kot-kot takleh makan pedas-pedas ni... tu yang buat dua menu untuk sotong ni.... sambal sotong dan juga sotong masak kicap untuk Yusof.... bukan Yusof ja yang makan masak kicap.... Ummi pun tumpang sekaki la... hehe

Resepi untuk sambal sotong :

Sotong (disiang-kelarkan dan bersihkan)
7-8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
asam keping
1 biji tomato (potong dadu)
Gula batu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya :

Blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan bawang besar.... Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan juga asam keping.... Biarkan di atas api... Asam yang saya masukkan tu kecik ja jadi kurang masam sikit rasanya.... so, saya masukkan juga buah tomato yang dipotong didadu.... Haa... baru  la ok.... Kemudian saya masukkan garam dan gula batu... selalunya saya gunakan gula pasir ja... tapi dah ada gula batu kat fridge tu, saya masukkan saja..... Biasanya untuk masakan berasaskan daging diletakkan gula batu.... tujuannya untuk melembutkan daging.... Masukkan sotong dan kacau.... Sotong ni kena masukkan awal sikit sebab isinya tebal.... Sebelum cili garing, saya dah masukkan.... Masak hingga sotong masak dan cili juga garing/masak.... kemudian kalau nak sambal yang berkuah, boleh tambahkan air dan masakkan sekejap hingga mendidih kuahnya.... Sebelum diangkat, rasakan dulu masam, masin dan manisnya.... Kalau tak cukup bolehlah ditambah.... Dah siap bolehlah dihidangkan....

Ni la sambal sotong aghuih...

*********************************************************************************
Ni pulak sotong masak kicap special untuk Yusof....


Resepinya :
Sotong (saya ambil sedikit daripada yang dibuat sambal tadi)
Kicap secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah(dihiris)

Cara penyediaannya :
Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.... Masukkan serbuk kuniyt, kicap dan sos tiram.... Kacaukan.... Masukkan pula sotong dan kacaukan.... Biasanya apabila dimasukkan sotong akan keluar airnya... tapi, kalau nak lebih kuah bolehlah dimasukkan sedikit air.... Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati rasanya dalam masakan... Sebelum ditutp api, masukkan bawang besar dan cili merah... Kacaukan... Dah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan....

Sabtu, 20 Oktober 2012

Nasi Lemuni dengan Sambal Ikan Bilis...

Nak titipkan resepi nasi lemuni yang dibawa ke Pot Luck kat tempat kerja hari ni... Actually, bonda saya yang sediakan pagi tadi... saya cuma tolong-tolong ja... terutama sekali tolong makan la... heheh


Saya bawak nasi dengan sambal ja... yang lain tu, Kak Kin n Kak Am yang bawak....

Nasi Lemuni
resepi : bonda

Bahan-bahannya :

Beras (bersihkan dan toskan)
Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya) update on 21/10/12 - gunakan pucuk lemuni ye
Serai (diketuk)
Halia (dihiris)
Halba
Bawang merah (dikisar)
Garam sesedap rasa

**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras... kena agak-agak sendiri la no... 
**Petang kelmarin lupa nak ambik daun pandan... so, kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan...


Cara-caranya :

Macam masak nasi lemak juga caranya... 

Yang paling mudah, gini ja... Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.... dan masakkan...

atau, boleh juga...

Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker... Masakkan sekejap hingga mendidih... Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain.... Tutup periuk dan biarkan hingga masak...

Dah masak boleh dimakan bersama dengan sambal ikan bilis...


***************************************************************************
Sambal Ikan Bilis
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Cili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Bawang besar (dikisar)
Belacan (dikisar)
Ikan bilis (digoreng)
Asam keping / Air asam jawa
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit gula batu (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

**Basically, ni la bahan-bahannya... kuantiti bahan tak dapat dinyatakan secara accurate kat sini... Masukkan mengikut tahap kesedapan rasa orang yang memasak...

Cara penyediaannya :

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan belacan... Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.... Masukkan bahan yang dikisar tadi... Masukkan asam keping, sos tiram, gula dan garam secukup rasa... Saya masukkan juga sedikit gula batu (ada dalam fridge~ masuk je la).... Masakkan hingga garing bahan-bahan tadi.... Sambil-sambil tu, gorengkan ikan bilis sehingga garing.... Ikan bilis boleh dimasukkan ke dalam sambal apabila sambal sudah masak... Kacaukan hingga rata... Boleh dimakan dengan nasi...


tayang lagi sekali gambar ni... heheh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...