Cencaru Goreng Sumbat
resepi : rodzita
Bahan-bahannya :
Ikan cencaru yang dibelah belakang~gaul dengan garam kunyit (boleh juga guna ikan temenung)
Daun pandan
Minyak masak untuk menggoreng
Inti :
Kelapa parut secukupnya
3@4 tangkai cili kering
bawang merah
jintan manis
sedikit serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji telur*
Cara-caranya :
Firstly, tumbuk atau kisar ja bahan inti kecuali yang bertanda *.... Dah siap kisar, rasa asam dan garamnya mengikut citarasa masing-masing..... Lepas tu masukkan telur ke dalam bahan inti tadi..... Gaulkan hingga sebati..... Kalau taknak masukkan telur pun boleh, tapi inti mudah lerai ke dalam minyak semasa menggoreng.... Lepas tu masukkan inti ke dalam ikan.....
Ikat ikan dengan daun pandan yang dicarik panjang-panjang..... Sambil-sambil tu, tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan....
Lepas tu bolehlah digorengkan sehingga garing.....