Memaparkan catatan dengan label sardin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sardin. Papar semua catatan

Khamis, 22 November 2012

Sardin Gulung Di Cuti Sem...

Sardin Gulung



Cuti-cuti ni, rajinkan diri untuk buat sardin gulung... Resepi ni saya dapat masa saya dok kat Kepala Batas Seberang Perai dulu... Masa tu 1st posting and saya dok dengan Ndak kat sana... Dan la jugak ambik beberapa ilmu masakan masa dok dengan Ndak walaupun saya ni kategori yang tak berapa rajin masuk dapur...hehe... Resepi ni ambik daripada Kak Biha ~anak Pak Ndak... Time tu Kak Biha dok buat sardin gulung ni and letak kat kedai makan kakak ipar dia... memang laku la jualan sardin gulung ni...Nasib la Kak Biha tak kedekut ilmu... Boleh jugak saya tau cara-cara nak buat sardin gulung ni...

Actually, saya buat 1 kg tepung gandum... Nampak macam banyak, tapi cukup-cukup ja bila dah dihantar ke umah Ngah, Pak Lang dan Teh 4...

Ok, resepinya kat bawah ni....

Bahan-bahannya :

1 kg tepung gandum
1 bungkus yis segera Mauripan
6 sudu besar margerin
5 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam
Air secukupnya


Bahan Inti :

1 tin sardin (saiz besar)
7 labu bawang besar
3 sb serbuk cili (boleh guna cili kering yang dikisar)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara penyediaan :


Inti :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.... Masukkan serbuk cili dan kacau seketika.... Masukkan ikan sardin (saya tak ambil sosnya)..... Kacaukan... Masukan asam gelugor, gula dan garam..... Sementara tunggu sambal masak, saya hiris bawang besar nipis-nipis.... Masukkan hirisan bawang besar ke dalam sambal dan kacau.... Masakkan hingga bawang layu dan kuah sambal kering.... Sebelum tutup api, rasa inti terlebih dahulu... Jika perlu boleh tambahkan garam atau gula....

Doh :
Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih....

Masukkan susu tepung, gula, margerin dan garam ke dalam tepung.... Gaulkan hingga rata.... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati.... Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan.... Perapkan lebih kurang setengah jam...

Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... 


Mmm... biasa la Yusof ni rajin nak nolong...

Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Letakkan inti di atasnya.... Tutupkan inti dan kemaskan di bahagian tepi... Kelar dan gulungkan... Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh yang dibentukkan tadi....

Untuk step by step boleh tengok kat sini.....

Rehatkan seketika.... Akhir sekali, goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan....











Ni goreng separuh masak ja.... nak simpan kat peti ais... nanti hari Ahad goreng kat Ustaz Teh...

Ahad, 29 Julai 2012

Sardin Gulung

Kuih ni saya sediakan untuk menu berbuka puasa pada hari Ahad kelmarin.... Mmm... hujung minggu ja boleh masak dengan tenang sikit.... Kebetulan hari Sabtu Pak Tam E sekeluarga balik berbuka kat Telok Kechai & si Merah request nak makan sambal sardin.... Jadinya, baki sambal itulah yang saya gunakan untuk buat inti juadah berbuka ni....

Bahan-bahannya :

1/2 kg tepung gandum
1/2 bungkus yis segera Mauripan
4 sudu besar margerin
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Air secukupnya

Bahan Inti :

Sambal sardin
5 labu bawang besar


Cara-cara penyediaan :

Inti sardin ni lebih kurang 1 tin kecil sardin sebab saya gunakan lebih kurang 4 ketul baki sambal sardin.... Sambal ni saya panaskan.... Sambil-sambil tu saya hiris bawang besar nipis-nipis.... Masukkan hirisan bawang besar ke dalam sambal dan kacau.... Masakkan hingga bawang layu dan kuah sambal kering.... Sebelum tutup api, rasa inti terlebih dahulu... Jika perlu boleh tambahkan garam atau gula....


Bancuh yis segera dengan setengah cawan air suam... Kacau rata dan biarkan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih....

Masukkan susu tepung, gula, margerin dan garam ke dalam tepung.... Gaulkan hingga rata.... Tuangkan bancuhan yis dan gaul hingga sebati.... Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas adunan.... Perapkan lebih kurang setengah jam...


Bentukkan adunan menjadi doh-doh yang kecil.... Ambil satu doh tadi dan canaikan hingga nipis.... Letakkan inti di atasnya.... Tutupkan inti dan kemaskan di bahagian tepi... Kelar dan gulungkan... Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh yang dibentukkan tadi....Lebih kurang macam pic kat bawah ni...

1
2
3
4
5
6

Rehatkan seketika.... Akhir sekali, goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan....




Sabtu, 31 Mac 2012

Sandwich Bakar

Baru-baru ni saya buat inti sardin... Cadangnya nak buat sardin gulung, tapi adik saya jadikan inti sardin tu sebagai lauk dimakan dengan nasi.... Tak banyak la bakinya... Jadinya, menu sardin gulung hanya tinggal sebagai cadangan sahaja.... Tak berbaloi pula rasanya nak menguli tepung kalau intinya sikit sangat.... Nanti tak cukup pulak.... Kebetulan kat umah memang ada  roti.... Maka, menu saya pun bertukar menjadi sandwich bakar.... Just a simple supper menu untuk famili......

Sebelum tengok bahan dan cara penyediaannya.... layan dulu la iklan dari Yusof ni...

Bab berposing memang boleh tahan si Yusof ni....




Sandwich Bakar 
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :
1/2 bungkus roti (saya gunakan Gardenia) ~ inti sikit je... so roti pun sikit jugak....
Margerin/butter secukupnya (disapu pada roti)
Mayonis (disapu pada roti)

Inti sardin :
1 tin sardin ~ lenyekkan isi sardin (saya gunakan Sardin Pertima)
5 tangkai cili kering*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar dihiris nipis (macam buat air asam)
Sedikit air asam jawa / perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis~1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah



Cara-caranya :

Firstly, sediakan inti sardin terlebih dahulu..... Biasanya saya lebih suka gunakan inti yang dimasak..... Blend cili kering, bawang merah dan bawang putih (bahan yang bertanda *)... Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan.... Masukkan cili yang telah diblend tadi..... Masak hingga garing... Masukkan sardin yang telah dilenyekkan.... Kemudian masukkan garam, gula dan air asam jawa..... Boleh juga gunakan perahan limau nipis...  Kacau hingga sebati.....Apabila sudah masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris.... Kacau sebati dan masak hingga bawang layu.... 

Step seterusnya yang paling mudah.... Sapukan margerin pada sekeping roti... Letakkan inti sardin di atas roti yang telah disapu margerin tadi.... Kemudian sapukan pula mayonis pada sekeping roti yang lain.... Tangkupkan roti yang berinti sandin dan roti yang disapu mayonis tadi.... Letakkan di atas toaster dan bakar hingga keperangan.... Just tunggu sampai lampu kat toaster tu padam... Kalau nak lebih garing boleh bakar dua kali....


Dah garing bolehlah diangkat dan dipotong dua menjadi tiga segi untuk dihidangkan..... Makan time panas-panas lebih sedap sebab rotinya masih garing.....

siap untuk dimakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...