Selasa, 18 November 2014

Kari Siakap

Ikan siakap ni bonda saya pesan kepada Cu At yang keja kat tempat memancing. Harga sekor ni RM 15. Kiranya sekor ni dua kali masak sebab memang besaq ikannya... Minggu lepas separuhnya dibakar n cicah air asam... kali ni dibuat kari... Sedap jugak walaupun biasanya sebelum ni dok masak sweet sour...


Kari Siakap
resepi : rodzita



Bahan-bahannya :

Ikan siakap
2 bungkus serbuk rempah kari
7 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji kelapa (ambil santannya)
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :

Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk kasar)
Sedikit halba campur
Daun kari



Cara-caranya :

Tuangkan serbuk kari ke dalam bekas...
Tumbuk bawang merah dan bawang putih...  Masukkan ke dalam serbuk kari... Masukkan air asam jawa.....

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis... Masukkan ramuan rempah kari yang dicampur bawang dan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak... Masukkan garam secukup rasa.... 

Masukkan ikan... kacau rata... Selepas itu, masukkan santan dan biarkan hingga mendidih... Setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan... Jangan lupa rasa asam garamnya terlebih dahulu ye...

Isnin, 17 November 2014

Kek untuk jamuan akhir tahun kelas Yusof

Setelah beberapa bulan teratak ni sepi, hari ni baru berkesempatan untuk publish entri... Kali ni nak share resepi kek yang dibuat kelmarin untuk jamuan akhir tahun kelas Yusof... Resepi kek ni diperturunkan daripada bonda saya... Dah lama jugak tak buat kek biasa ni sebab sekarang ni selalu dok buat kek coklat kukus... tapi, memandangkan Yusof nak bawak kek tak coklat... maka, Ummi gigihkan diri masuk dapur jugak la... Ni la hasilnya....


Ok, ni resepinya....

Bahan bahan :

300 gm margerin (boleh juga campurkan margerin dengan butter)
300 gm gula pasir (saya kurangkan sikit sukatannya -50gm)
300 gm tepung gandum
1 sudu baking powder
6 biji telur (saiz A)

Cara-caranya :

1. Ayak tepung bersama baking powder. (ketepikan)
2. Oleskan loyang dengan margerin. (ketepikan)
3. Masukkan margerin dan gula pasir ke dalam bekas dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji diselang-seli dengan tepung yang telah diayak tadi.
5. Gaulkan bahan-bahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180 - 200 darjah lebih kurang 45 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...