Memaparkan catatan dengan label telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telur. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2016

Masak Lemak Kubis Dengan Telur



Bahan-bahannya :
1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
1/4 ketul kubis bulat (dihiris)
Sedikit lobak merah (disagat/dihiris)
2 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
Hirisan cili merah
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
Masukkan santan cair dan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk... Rebus seketika hingga santan mendidih... Masukkan kubis dan hirisan lobak merah... Pecahkan telur dan masukkan juga ke dalam periuk... biar hingga telur masak... kacaukan.... Masukkan hirisan cili merah... Masak hingga mendidih.. Masukkan garam secukup rasa... Masukkan pati santan dan masakkan seketika dengan api yang perlahan supaya tak pecah minyak... Dah masak, bolehlah dihidangkan... 

Ahad, 18 Ogos 2013

Sambal Telur Pecah...



Kali ni nak titipkan menu tengahari tadi... Masak mudah-mudah saja hari ni sebab takda sapa kat rumah... Saya sorang ja nak makan... Bonda pi kenduri kat Kepala Batas dengan Ngah, Pak Lang & Teh Pat... Lepas tu nak pi rumah Ndak pulak kat Permatang Manggis... Yusof pi sekolah... Abangku pun takda kat rumah... Ishak ja yang ada... So, bila I sorang ja nak menjamu selera, masak yang mudah dan ringkas sahaja la... So, menu hari ni adalah ~Sambal Telur Pecah~... Ok, bahan-bahannya kat bawah ni yer....


Bahan-bahannya :

3 biji telur ayam
*7 tangkai cili kering
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Hirisan bawang besar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan tumis :

1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)


Cara penyediaannya :

Kisar bahan bertanda * dan ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga kekuningan... Masukkan bahan kisar tadi... Masukkan air asam jawa, garam dan gula... Masak semua bahan sehingga pecah minyak... Setelah itu, masukkan air dan biar hingga mendidih... Pecahkan telur di dalam sambal sebiji demi sebiji... Biarkan telur mengeras di dalam kuah sambal... Setelah telur masak, pastikan sambal cukup rasanya... Masukkan hirisan bawang besar dan kacau... Setelah bawang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Selasa, 6 Ogos 2013

Masak Lemak Pucuk Dengan Telur

Menu ni mengingatkan saya time duduk dengan Ndak kat Permatang Manggis dolu-dolu... Ndak selalu buat masak lemak pucuk dan digandingkan dengan udang... Tapi saya tukar sikit la..... Saya tak masukkan udang...tapi saya masukkan telur... Ok, resepinya kat bawah ni...


Masak Lemak Pucuk Dengan Telur

Bahan-bahannya :

1/2 biji kelapa (ambil santannya~asingkan santan pekat dan cair)
Pucuk secukupnya (dipotong kecil dan rendamkan)
3 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai cili kering (dipotong)
Garam secukup rasa




Cara-caranya :

Pucuk direndam seketika hingga kembang.... toskan.... ketepikan...
Santan diperah...Asingkan pati santan dan santan cair.... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan masakkan... Masukkan bawang merah yang telah dihiris... Masak seketika... Masukkan telur dan biar hingga masak... Setelah telur masak, masukkan pucuk yang telah ditos tadi... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan cili kering yang telah dipotong... Masak hingga mendidih... Sambil tu kacau jangan sampai pecah minyak... Masukkan pati santan dan masakkan seketika... 

Ahad, 4 Ogos 2013

Roti Telur

Menu petang kelmarin ~Roti Telur~ Saya buat 1 bungkus roti Gardenia... Banyak tak? Cukup la untuk makan kat umah dan hantar kat umah Ngah Dah, Pak Lang Din dan Teh Pat... Masak yang mudah-mudah saja walaupun sekarang ni dah mula cuti... Ingatkan cuti ni nak masak grand la sikit tapi.... virus M sudah mari la... so, menu ni saja la ye...


Roti Telur
resepi : rodzita


Bahan-bahannya :

1 bungkus roti Gardenia (dipotong dua)
9 biji telur ayam (dipukul)
garam secukup rasa
sedikit marjerin/minyak


Cara-caranya :

Roti Gardenia dipotong dua... nak potong empat pun boleh...ikut sukahati.... ketepikan...
Pecahkan telur dan masukkan garam secukup rasa...
Pukul telur bersama-sama garam....
Panaskan non stick pan dan letakkan sedikit marjerin atau boleh juga gunakan minyak...
Celupkan roti ke dalam telur dan letakkan di atas non stick pan... Masak hingga garing... Alihkan roti dan masak lagi hingga garing... Ulangi hingga habis semua roti...
Angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis...

Khamis, 8 Mac 2012

Kurma Telur





Kurma Telur
resepi : rodzita

Menu ni saya masak khusus kerana memenuhi request anak teruna saya. Memandangkan saya tidak begitu mahir dalam menyediakan menu ni, so sebahagian resepi saya ikut je apa yang tertera pada bungkusan rempah kurma tu dan sebahagian lagi campak je ikut tangan ni.... Bukannya apa, kat umah ni takda badam.... Jadinya, resepi yang saya nak titipkan hari ni Kurma Telur ala Ummi Yusof....

Bahan-bahannya :

7 biji telur (rebus dan kupas kulitnya..pas tu kelar sikit)
1 bungkus rempah kurma
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bunga lawang*
kulit kayu manis*
santan
cili merah (dimayang)
bawang besar (belah empat atau enam)
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :
 
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Sambil-sambil tu anaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda *..... Dah kuning bahan tumis tadi, masukkan rempah kurma..... Masak hingga pecah minyak.... Masukkan santan.... Masukkan telur rebus.... Masukkan garam secukup rasa.....




Masih kat atas dapur...saja nak tayang Tefal...:)


Setelah masak, masukkan cili merah dan bawang besar... Perlahankan api..... Dah layu cili dan bawang bolehlah ditutup api.... Pastikan rasa garamnya terlebih dahulu..... Akhirnya, bolehlah dihidangkan......

Saya hidang sebijik-sebijik... kalau nak lebih menarik telur boleh dibelah dua....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...