Rabu, 26 September 2012

Cendawan Goreng Bersama Sos Tiram


Cendawan Goreng Bersama Sos Tiram
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Cendawan secukupnya
1/2 batang carrot (kalau carrot tu kecik ~ gunakan 1 batang)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak.... Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan.... Masukkan sedikit serbuk kunyit..... Masukkan sos tiram.... Masukkan carrot dan kacau.... Masukkan sedikit air supaya carrot cepat empuk.... Masukkan pula cendawan.... balik-balikkan cendawan dan carrot.... Masukkan pula telur.... Biarkan hingga telur masak, baru la dikacau dan dibalik-balikkan.... Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.... Dah siap masak, bolehlah dihidangkan....


Isnin, 24 September 2012

Udang Goreng Dua Rasa.... Sos + Kicap....

Udang Goreng Dua Rasa
resepi : rodzita




Bahan-bahan :
1/2 kg udang
Garam dan kunyit
Sos cili
Kicap
Bawang merah
Bawang putih
Daun bawang (dipotong)
Cili besar ( dihiris)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaannya :
1.  Bersihkan udang. Gaulkan dengan garam dan kunyit.
2.  Panaskan kuali... Masukkan minyak... Apabila minyak panas, gorengkan udang seketika.... Angkat dan ketepikan.....
3.  Dengan kuali yang sama... tumiskan bawang merah dan bawang putih.... 
4.  Masukkan sos cili dan kicap...
5.  Maukkan sedikit air - kalau nak lebih kuah, masukkan air banyak sikit....
6.  Dah mendidih kuah... Masukkan udang.... 
7.   Masukkan garam secukup rasa.....
8.   Masukkan daun bawang dan hirisan cili besar.... Kacau rata....
9.   Dah masak.... bolehlah diangkat dan dihidangkan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...