Isnin, 25 Mac 2013

Ayam Goreng Berempah

Masuk dapur di hujung-hujung minggu sahaja... Itu pun jenuh nak memikirkan menu yang nak dimasak... Macam mana la kawan-kawan yang memang suri rumah full time ya...

Kali ni saya sediakan menu yang ringkas sahaja iaitu; ayam goreng berempah... Selain dari digoreng, ayam yang diperap dengan rempah ni juga sesuai dipanggang... Tapi, memandangkan mood memanggang tak berapa nak tinggi, jadi saya permudahkan urusan di dapur dengan menggoreng sahaja... Ok, resepinya kat bawah... 




Ayam Goreng Berempah
resepi : rodzita

 Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)

1/2 sudu teh lada hitam
1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 bungkus serbuk kari ayam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaannya :


Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.... Masukkan serbuk kari ke dalam bekas... Masukkan pula bahan yang telah ditumbuk tadi, sos tiram dan juga garam secukup rasa... Gaulkan hingga rata... Masukkan pula ayam dan gaulkan lagi... Perapkan lebih kurang setengah jam... 



saya perap 1/2 jam ja... kalau lebih pun takda masalah... ok je

Panaskan minyak dalam kuali... Gorengkan sehingga masak/garing dan bolehlah diangkat... Sesuai untuk dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja...


Sabtu, 23 Mac 2013

Kerabu Mengkudu+Beluntas+Putat

Sebenarnya hari ni tak berapa beria-ia masak sebab bonda saya nak pi kenduri kat rumah Kak Salmah (kawan sekerja mak dulu)... dan kat kampung pun ada kenduri jugak... Memandangkan saya ada tugasan untuk jadi baby sitter Ishak, saya bercadang nak goreng ikan ja kot untuk lunch... Tengah dok goreng ikan tadi, suami cakap nak makan kerabu... Suami dah siap petik pucuk beluntas... Kemudian tambah sikit ulam yang lain; pucuk mengkudu kecik, mengkudu besar dan sikt pucuk putat... Dan siap parut nyior dan ambilkan serai... Jadi, saya pun prepare ja la bahan-bahan lain untuk buat kerabu... Ok, semak bahan yang saya gunakan untuk buat kerabu ulam ya...


Bahan-bahannya:-

Pucuk putat (dihiris halus)
Pucuk beluntas (dihiris halus
Pucuk mengkudu kecik dan besar (rebus hingga lembut, toskan kemudian hiris halus)

Kerisik secukupnya
Segenggam udang (direbus)
1 labu bawang besar (dihiris)


Bahan kisar :

9 tangkai cili kering
2 batang serai
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
1 biji kelapa parut (saiz kecil..kalau besar guna 1/2 ja)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa



Cara menyediakannya :

Masukkan semua bahan kisar dalam blender.... masukkan sikit sahaja air sebab dah masukkan air asam jawa.... Kisarkan hingga halus.....

Masukkan bahan yang siap dikisar ke dalam bekas... Masukkan udang rebus, kerisik dan hirisan bawang besar..... Gaulkan hingga sebati..... Rasa bahan yang digaul tadi... Dah cukup rasa, boleh la masukkan ulam-ulam yang telah dihiris...... Gaulkan semua bahan... Dah siap...boleh la dihidangkan.....


Jumaat, 22 Mac 2013

Asam Pedas Tumis Lagi...

Dah lama suami saya tak menjalankan aktiviti kegemarannya... Baru-baru ni, kebetulan suami kerja syif malam, sempat la dia menjala ikan... Dapat la beberapa ekor ikan darat... Ada la rezeki nak makan ikan darat... ada ikan puyu, keli dan haruan... Fikir punya fikir... akhirnya dimasak asam pedas tumis... (penangan resepi Cik Asmadi la ni...hehe...) dan kebetulan ada sikit ubi keledek, saya masukkannya juga... 

Sebelum tengok resepi kita layan gambar dulu no...



Bahan-bahan :

Ikan (disiang, dikisar dengan asam & garam dan dibersihkan)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Bunga kantan (dibelah dua)

Daun kesum
Ubi keledek  (potong dan bersihkan)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
Cili kering
Sedikit belacan
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)





ni la bahan utama masakan... siap siang dan kisar dah ni...

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.... Masukkan bahan kisar... Masukkan bunga kantan... Masakkan bahan kisar hingga pecah minyak.... Masukkan ubi keledek... Masukkan air asam jawa secukupnya.... Kalau tak cukup masam, tambahkan lagi air asam jawa.... Masukkan daun kesum..... dan rebuskan hingga mendidih.... Masukkan ikan.... Masukkan garam secukup rasa.... Kalau nak kuah banyak, tambahkan air secukupnya..... Masak lagi hingga mendidih... Rasa asam dan garam... dan pastikan ubi dah empuk... kalau dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan....

Khamis, 21 Mac 2013

Daging Landak Masak Kunyit...



Rasanya, ni 1st time merasa daging landak... Ini pun sebab pi rumah adik saya kat Kluang Johor... Sebenarnya, saya sekeluarga pi umah adik saya masa Chinese New Year ari tu... nasib baik sempat jugak snap pic... leh jugak masukkan dalam teratak resepiku ini walaupun dah berkurun lamanya post ini dalam draft... 

Masak simple saja... Tak ambil masa yang lama sebab dagingnya agak lembut... Bahan-bahan yang digunakan hanya apa yang ada kat dapur adik saya la... tambahan pula kedai agak jauh dari rumah adik saya ni... rumahnya kat atas bukit dalam ladang kelapa sawit... tapi view kat situ tersangat la cantiknya... Subhanallah... Tengok Yusof dok posing kat depan umah Pak Ngah dia ni...


Ok, kita tengok pula resepi ya...

Bahan-bahan :

Daging landak (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

ni versi baru keluar dari peti ais... kulit dia ada macam corak2 sikit...

dah siap potong2...


Cara penyediaannya :

Panaskan minyak... Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.... Masukkan serbuk kunyit... Masukkan daging... Kacau seketika... Masukkan air secukupnya... Nak kuah lebih, masukkan lebih banyak air... Masak hingga daging empuk... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan hirisan cili merah... Kalau ada bawang besar boleh masukkan sekali, tapi saya tak masukkan sebab takda... Kacau rata... Dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan...



Rabu, 13 Mac 2013

Samosa...

Dulu... masa keja kat KMK, saya selalu beli frozen samosa daripada Kak Kin... tapi, sejak keja kat KMP ni tak berkesempatan nak memesan-mesan pembelian samosa ni... Terfikir nak buat samosa bila Kak Ti with family dan Ustaz Azlan with family nak mai ke rumah saya masa raya tahun lepas... So, saya just cuba buat... dan alhamdulillah, menepati selera keluarga dan kawan-kawan... So, hari ni baru ada kesempatan untuk titipkan resepinya kat sini...


Samosa
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti
5 biji ubi kentang (potong dadu kecil-kecil)
Isi ayam yang dicincang -saya gunakan bahagian dada
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk) ~boleh juga gunakan serbuk lada
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Air (ikut kesesuaian)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan... Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk... Gorengkan sekejap..... Masukkan pula sos tiram.... Kacau sekejap, kemudian masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.... Boleh juga gunakan daging cincang, udang atau apa-apa yang disukai.... Kalau tak nak letak pun takpa... Agak dah masak isi ayam tadi, masukkan pula kentang yang telah dipotong dadu...... Masukkan air untuk mempercepatkan kentang empuk.... Masukkan garam secukup rasa.... Masak hingga kering air.... Dah masak, sejukkan inti sebelum dimulakan proses melipat dan membalut....




Kulit popia dipotong tiga... potong memanjang.... Letakkan inti..... Lipatkan kulit popia menjadi bentuk segitiga membaluti inti tadi.... Lebih kurang macam bentuk ketupat daun palas la bentuknya.... Ulangi langkah ini sehingga habis inti atau sehingga habis kulit popia.... Untuk inti yang saya sediakan di atas hanya 12 keping kulit popia yang saya gunakan.... Dapat la dalam 36 biji samosa.... Kalau letak banyak inti makin kurang la kuantiti samosa yang kita dapat.... Dah siap, panaskan minyak dan gorengkan dengan api sederhana.... Kalau api terlalu besar, samosa mudah hangus.... Dah siap goreng, sedia untuk dihidangkan....

Kalau taknak goreng lagi pun takpe... masukkan dalam bekas dan simpan kat freezer... nanti bila nak makan, keluarkan dari freezer dan goreng ja...

Samosa sedap dimakan semasa masih panas sebab kulitnya masih rangup... Sejuk pun sedap juga dimakan... cuma, kulit samosa ni cepat lemau bila dah sejuk...



1
2
3
4

5

 6


Isnin, 11 Mac 2013

Ikan Pari Masak Asam Pedas Tumis

Assalamualaikum...
Lamanya tak jengah teratak resipiku ni... Hari tu berpantang sekejap... tapi dah berhenti pantang pun tak sempat jugak nak menjengah...

Kali ni saya nak titipkan satu menu yang resepinya saya dapat daripada rakan sekerja saya, Encik Asmadi dari Unit Ekonomi. Masa Encik Asmadi dok bercerita tu rasa terliur ja... Actually, dah lama dah try resepi ni... tapi sekarang ni sangat takdan nak jenguk teratak resepiku ini... hari ni la baru sempat nak publish entry ni...Ok, resepinya kat bawah ni... tapi kuantiti bahan-bahan tu mengikut citarasa masing-masing la ye... Nak pedas, lebihkan cili... Nak masam, lebihkan asam jawa....



Ikan Pari Masak Asam Pedas Tumis
resepi : Encik Asmadi (Unit Ekonomi)

Bahan-bahan :
Ikan pari (dipotong dan dibersihkan)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Daun kesum

Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
Cili kering
Sedikit belacan
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)



Cara-caranya :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.... Masukkan bahan kisar... Masakkan hingga pecah minyak.... Masukkan air asam jawa secukupnya.... Kalu tak cukup masam, tambahkan lagi air asam jawa.... Masukkan daun kesum..... dan rebuskan hingga mendidih.... Masukkan ikan pari.... Masukkan garam secukup rasa.... Kalau nak kuah banyak, tambahkan air secukupnya..... Masak lagi hingga mendidih... Rasa asam dan garam... kalau dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...