Rabu, 19 Jun 2013

Sambal Kerang





SAMBAL KERANG
resepi : rodzita


Bahan-bahan :

1 kg kerang (direbus dan ambil isinya sahaja)
7 tangkai cili kering (blend)
4 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
Hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara Penyediaan :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih... Sambil tu boleh panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam... Kacaukan... Masakkan semuanya hingga pecah minyak atau sehingga hilang bau cili... Masukkan isi kerang dan kacaukan... Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga bawang layu... Sebelum diangkat pastikan sambal kerang sudah menepati citarasa... Kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam atau gula... Dah siap boleh la masukkan ke dalam bekas dan dihidangkan...

Isnin, 17 Jun 2013

Gulai Ikan Yu dengan Terung


Hari ni nak publish resepi Gulai Ikan Yu Dengan Terung... Ikan yu ni adik saya beli 2 ekor tapi part isinya mak saya dah panggang beberapa hari yang lalu... Yang tinggal dalam peti ais ni cuma part ekor, kepala dan beberapa ketul isi... Terung pulak from Cameron Highland la...

Ikan yu perlu dibuang pasir pada kulitnya terlebih dahulu... kalau dimasak tanpa dibersihkan pasir tu, nanti pasir tu akan masuk ke dalam kuah... Memang tak sedap la gulai kita... Jadi, bersihkan dulu dengan air panas... Cara nak proses : Siang ikan dan bersihkan darah dulu... Sambil tu masak air hingga mendidih... Potong ikan yu kepada beberapa bahagian... Letak kat dalam bekas dan masukkan air panas tadi... Biarkan seketika... Ambil ikan dan gosokkan pasir yang melekat pada kulit ikan..

Yang saya masak ni, dikeluarkan dari peti ais ja.. dah siap diproses oleh mak saya... Resepinya kat bawah ye...


Gulai Ikan Yu Dengan Terung
resepi : rodzita


Bahan-bahan :

Ikan yu
1 bungkus serbuk rempah
1/2 biji kelapa (ambil santannya)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit air panas
Sedikit kerisik
2 biji terung (dipotong serong)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit halba campur
1 pelepah daun kari


Cara penyediaannya :

1.Bersihkan ikan terutama pasir kat kulit ikan yu... ketepikan...
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih...
3. Tuangkan serbuk rempah ke dalam bekas dan tuangkan air panas... Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan...
5. Masukkan rempah dan bawang tadi... Kacaukan...
6. Masukkan garam, air asam jawa dan sedikit kerisik... Kacaukan...
7. Masakkan semua bahan tadi sehingga pecah minyak...
8. Masukkan ikan yu yang telah dibersihkan dan masak seketika bersama rempah...
9. Masukkan santan... Kacau...
10. Masukkan terung... Biarkan di atas api sehingga ikan dan terung masak...
11. Rasa asam dan garam sebelum diangkat...

Selasa, 11 Jun 2013

Kailan Goreng...menu simple saja

Kali ni nak titipkan resepi Kailan Goreng... Kailan ni sepupu-sepapat saya bagi sebab hujung minggu baru-baru ni depa pakat pi rombongan ke Cameron Highland... Tiqah, Nina, Aiman, Amer dan Jiji... Kiranya, seriyat jugak la kampung kami ni... Balik dari sana, ada la beberapa sayur yang depa bagi sebagai buah tangan... Ada terung, carrot, baby corn, baby kailan dan kobis... Buah strawberry pun ada jugak... Jadi, saya masak yang simple saja... Goreng dengan kicap dan taburkan pula ikan bilis goreng... Ok, tengok gambar dulu baru tengok resepi kat bawah...



Bahan-bahan :

Baby kailan (potongkan)
Sedikit ikan bilis
Kicap
Hirisan cili merah
Hirisan bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan... Masukkan ikan bilis dan goreng seketika sehingga kegaringan... Sebahagian ikan bilis diangkat dan ketepikan.... Masukkan kicap dan kacaukan... Masukkan pula kailan yang telah dipotong dan kacaukan... Masukkan hirisan cili merah dan hirisan bawang besar... Kacaukan... Saya tak masukkan garam sebab kicap dan ikan bilis dah cukup masinnya... Kalau tak cukup masin boleh tambahkan garam... Setelah sayur masak boleh la diangkat dan taburkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi... Ok, siap untuk dihidangkan...

Rabu, 5 Jun 2013

Cendawan Goreng Kunyit dengan Fishcake


Cendawan Goreng Kunyit dengan Fishcake

Bahan-bahannya :

Cendawan
2 fishcake (dipotong)
½ batang carrot (dipotong)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dalam kuali… tumiskan bawang putih dan bawang merah… Masukkan sedikit serbuk kunyit… masukkan fishcake dan goreng seketika… Masukkan carrot dan cendawan… Masukkan garam secukup rasa…dan kacau sehingga masak… Dah siap boleh la dihidangkan…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...