Memaparkan catatan dengan label rare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rare. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2016

Masak Lemak Kulit Kerbau


Menu masak lemak lagi... Dalam misi menghabiskan stok kulit kerbau... Ni kepingan yang terakhir... tak tau bila lagi suami saya nak proses kulit kerbau... Walaupun saya tak boleh makan kulit kerbau, tapi layankan aje selera suami...:)

Ok, resepinya seperti berikut :

Bahan-bahannya :

1 keping kulit kerbau (direbus dan dipotong kecil)-rebus hingga lembut
1/2 biji kelapa (perah santannya-asingkan yang pekat dan cair)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Sedikit serbuk kunyit
6-7 biji cili padi
Sehelai daun kunyit (disimpulkan)
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya pula :

Masukkan santan cair ke dalam periuk... Masukkan bawang merah yang telah dihiris, serbuk kunyit, serai, cili padi, asam keping dan daun kunyit yang telah disimpul.... Rebuskan hingga mendidih..... Masukkan pula kulit kerbau yang telah lembut dan biarkan di atas api... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan santan pekat dan perlahankan api untuk elakkan kuah pecah minyak... Biarkan di atas api perlahan seketika..... Dah masak bolehlah dihidangkan.......

Jumaat, 1 November 2013

Otak Masak Jintan Berlada


Menu selepas Aidil Adha... Kebetulan masa sembelih lembu hari raya baru-baru ni, depa bagi kepala kat suami saya dua biji... So, ada la dua ketul otak... Weekend baru ni baru sempat masak.... Resepinya kat bawah ni ya...


Bahan-bahan :

Otak (dipotong dan dibersihkan)
3 biji ubi kentang (kupas dan potong)
2 sb jintan manis
1/2 sb lada hitam
2 inci halia
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1 cawan santan
Minyak untuk menumis
Air (jika perlu)
Hirisan cili merah

Bahan tumis :

Hirisan bawang merah
Hirisan bawang putih
Hirisan halia


Cara-caranya :-

Otak dipotong kecil dan dibersihkan... ketepikan...

Ada ka patut Yusof cakap Zombie makan otak... Nampak sangat terpengaruh dengan game...

Panaskan minyak dalam kuali... Tumiskan bahan tumis hingga naik bau... Masukkan bahan kisar... Masukkan asam keping... Masukkan ubi kentang... Ubi kentang ni optional... kalau taknak letak pun takpa.... Masak ubi bersama-sama bahan kisar... Biar hingga pecah minyak... Jika perlu, kacaukan.... Masukkan otak dan kacau rata... Biar seketika... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan santan... Masak hingga mendidih... Masukkan hirisan cili besar.... Jika perlu boleh tambahkan air.... Setelah masak boleh diangkat dan dihidang...






Khamis, 21 Mac 2013

Daging Landak Masak Kunyit...



Rasanya, ni 1st time merasa daging landak... Ini pun sebab pi rumah adik saya kat Kluang Johor... Sebenarnya, saya sekeluarga pi umah adik saya masa Chinese New Year ari tu... nasib baik sempat jugak snap pic... leh jugak masukkan dalam teratak resepiku ini walaupun dah berkurun lamanya post ini dalam draft... 

Masak simple saja... Tak ambil masa yang lama sebab dagingnya agak lembut... Bahan-bahan yang digunakan hanya apa yang ada kat dapur adik saya la... tambahan pula kedai agak jauh dari rumah adik saya ni... rumahnya kat atas bukit dalam ladang kelapa sawit... tapi view kat situ tersangat la cantiknya... Subhanallah... Tengok Yusof dok posing kat depan umah Pak Ngah dia ni...


Ok, kita tengok pula resepi ya...

Bahan-bahan :

Daging landak (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

ni versi baru keluar dari peti ais... kulit dia ada macam corak2 sikit...

dah siap potong2...


Cara penyediaannya :

Panaskan minyak... Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.... Masukkan serbuk kunyit... Masukkan daging... Kacau seketika... Masukkan air secukupnya... Nak kuah lebih, masukkan lebih banyak air... Masak hingga daging empuk... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan hirisan cili merah... Kalau ada bawang besar boleh masukkan sekali, tapi saya tak masukkan sebab takda... Kacau rata... Dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan...



Selasa, 14 Ogos 2012

Masak Lemak Kulit Kerbau Dengan Belimbing Buluh...

Menu ni saya masak minggu lepas lagi, tak sempat nak postkan entri kat Teratak Resepi Ummi ni..... Hari ni baru berkesempatan menitipkannya.....


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa (ambil santannya~asingkan patinya)
Kulit kerbau direbus dan dipotong
7 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji cili besar (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Rebuskan kulit kerbau hingga lembut... kemudian potongkan kecil-kecil... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan serbuk kunyit, bawang merah dan serai.... Apabila mendidih masukkan pula kulit kerbau yang telah dipotong tadi dan masak lagi hingga mendidih... Masukkan pati santan dan masak dengan api perlahan... Masukkan pula belimbing besi dan cili yang telah dihiris... Biarkan di atas api yang perlahan sekejap.... Apabila belimbing sudah masak bolehlah ditutupkan api... Sedia untuk dihidangkan...






Selasa, 21 Februari 2012

Sup Kulit Kerbau

 

Sup Kulit Kerbau
resepi : rodzita

Petang Jumaat baru-baru ni, saya try satu resepi yang saya sendiri pun tak pernah masak dan tak pernah makan ~ Sup Kulit Kerbau... 

Sebelum ni memang pernah dengar ada orang makan kulit kerbau ni...tapi tak tau la macam mana depa buat...  

Actually, kulit kerbau ni telah diproses oleh suami saya..... Kebetulan hari tu kenduri kat umah Pak Lang Din sembelih anak kerbau..... jadi, kulit tu telah diproses dan disalai.....



kulit yang dah siap disalai...


Resepinya :

Kulit kerbau (dipotong dan direbus hingga lembut)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
kulit kayu manis*
bunga lawang*
lada hitam*
bunga cengkih*
buah pelaga*
ubi kentang (potong ikut citarasa sendiri)
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit daun sup
1 labu bawang besar (dihiris besar)
sedikit minyak untuk menumis
 
 
  
Cara membuatnya :

Potongkan kulit mengikut citarasa masing-masing.... Rebuskan hingga lembut dan toskan airnya.....(buang air garam dulu....suami saya rendam kulit dengan garam...)

Nak buat sup pulak..... macam biasa, tumbuk atau blend je bawang merah, bawang putih dan halia..... Sambil-sambil tu panaskan periuk dan masukkan minyak...... Dah panas minyak....tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sampai naik bau........ Lepas tu masukkan airsecukupnya, ubi kentang, garam secukup rasa.....

Apabila ubi hampir empuk, masukkan kulit yang telah ditoskan tadi.... Rebus lagi hingga ubi empuk... 

Masukkan daun sup dan bawang besar..... dan yang penting, rasa dulu garamnya sebelum dimatikan api..... Dah masak boleh la dihidangkan.....

walaupun lighting pic ni tak cantik, tapi nak tayang jugak kat sini....:)

Gini la rupa yang dah siap dimasak....

Mmm.... mula-mula dengar kulit kerbau macam tak lalu nak makan.... tapi bila dah dimasak dan di...try ~ memang sedap..... Macam perut lembu la lebih kurang rasanya..... Yusof pun pulun jugak..... tak sempat jadik sup pun dah dimakannya......  

Actually, saya hidang sup ni bersama dengan mee sanggul yang dicelur tapi takdan nak snap pic mee..... baru ja hidang dah sold out.....so, tayang pic sup je la kat sini.....

Memang licin la sup ni sampai suami saya pun tak sempat rasa.... Habis dikendurikan famili saya ~ Pak Lang, Pak Teh, Mak Teh, Ba 'Un, Aiman, Pak, Tikah.... Kebetulan petang Jumaat baru ni memang ramai yang ada kat umah..... 

Bukannya tak nak kasi suami makan tapi memandangkan suami keja petang.... so, tak balik umah la malam tu... Takkan la nak simpan sup ni sampai hari Sabtu..... Takpe abang....kulit kerbau tu ada lagi kat dalam fridge...lain kali kita masak lagi....

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...