Selasa, 14 Ogos 2012

Masak Lemak Kulit Kerbau Dengan Belimbing Buluh...

Menu ni saya masak minggu lepas lagi, tak sempat nak postkan entri kat Teratak Resepi Ummi ni..... Hari ni baru berkesempatan menitipkannya.....


Bahan-bahannya :

1 biji kelapa (ambil santannya~asingkan patinya)
Kulit kerbau direbus dan dipotong
7 biji belimbing buluh (dibelah dua)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 biji cili besar (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya :

Rebuskan kulit kerbau hingga lembut... kemudian potongkan kecil-kecil... Masukkan santan cair ke dalam periuk dan rebuskan... Masukkan serbuk kunyit, bawang merah dan serai.... Apabila mendidih masukkan pula kulit kerbau yang telah dipotong tadi dan masak lagi hingga mendidih... Masukkan pati santan dan masak dengan api perlahan... Masukkan pula belimbing besi dan cili yang telah dihiris... Biarkan di atas api yang perlahan sekejap.... Apabila belimbing sudah masak bolehlah ditutupkan api... Sedia untuk dihidangkan...






Ahad, 12 Ogos 2012

Suci Dalam Debu.... Favourite Yusof

Baru-baru ni Kak Own buat biskut Suci Dalam Debu ni.... rupa-rupanya anak saya suka pulak dengan biskut ni..... Yang dihantar satu bekas kat umah selesai dimakannya, lepas tu dok pi perabih pulak biskut tu kat umah Cu Own dia..... Tak sempat nak hidang raya la jawabnya Kak Own no....

Jadi.... dengan rela hati Ummi Yusof terpaksa buat biskut Suci Dalam Debu jugak.... Biskut ni menggunakan bahan yang simple ja... kosnya pun tak tinggi.... cuma tugasan nak melipat kulit popia tu ja yang menyebabkan sakit jugak tulang belakang ni kalau dok buat sorang-sorang.... Tu la sebabnya dah lama tak meringankan tangan ni untuk membuatnya.... Tapi, memandangkan anak teruna saya ni dah berkenan sangat dengannya, maka dua bungkus kulit popia saya beli..... Resepinya, boleh nengok kat bawah ni.....

Suci Dalam Debu
resepi : rodzita

Bahan-bahannya :

2 bungkus kulit popia
Tepung gandum secukupnya (dibancuh dengan air)
Minyak untuk menggoreng

Bahan debu :

1 bungkus Nestum
Susu tepung secukupnya
Gula pasir secukupnya

Cara-membuatnya :

Kulit popia dipotong empat.... Bukakan helaiannya satu persatu.... Sambil tu bancuhkan tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam atau pelekat.... Jangan terlalu cair... nanti mudah terbuka apabila digoreng....
Kemudian lipatkan kulit popia menjadi segi empat sama..... dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum di kedua-dua bucu supaya ia tidak terbuka bila digoreng nanti




Ulangi langkah di atas sehingga habis semua kolit popia.... Kemudia gorengkan dengan api sedehana.....

Untuk menyediakan debu atau salutannya.... saya blendkan 1 cawan nestum bersama dengan 4 sudu besar gula pasir.... Kemudian saya campurkan dengan 1/2 cawan susu tepung..... Maka, bermulalah proses salut-menyalut kulit popia yang siap digoreng tadi....

Nasib baik la ada assistant.... ni baru 1 bungkus kulit popia....
Selagi debu tidak mencukupi, ulangi memblend nestum dan gula.... dan dicampur dengan susu....

Untuk dua bungkus kulit popia, saya gunakan lebih kurang 6 cawan nestum ~ means ada lebihan sikit debunya dan saya taburkan lebihan tu ke dalam bekas.... 2 bungkus kulit popia menghasilkan 2 bekas tupperware macam dalam pic kat atas....

Khamis, 9 Ogos 2012

Jem Nenas



Hari ni nak titipkan resepi Jem Nenas..... Jem ni saya buat pada hari Ahad baru-baru ni... Resepi ni saya perolehi daripada nenek saudara  yang saya panggil Tok Su... resepi orang dulu-dulu la ni.... Tok Su pun dah meninggal dah... Al-Fatihah untuk Tok Su... Actually, saya bercadang nak buat Biskut Tart Gulung (kalau berkesempatan), tapi hujung minggu ni macam tak sempat la, so... buat jem je dulu dan simpan dalm fridge.... Resepinya macam kat bawah ni...

Bahan-bahannya :

2 biji nenas
Gula secukupnya bergantung kepada kemasaman nenas)
2 sudu besar margerin
2 batang kulit kayu manis

Car-caranya :

1. Buah nenas dikupas dan dibuang bulunya.... Kemudian bersihkan....
2. Potong kecil-kecil dan parutkan... saya blend saja... tapi saya kurangkan air sebab nenas pun dan berair...
3. Masukkan dalam kuali bersama dengan gula, margerin dan kulit kayu manis....
4. Masakkan hingga kering....


Saya masukkan 12 sudu besar gula.....













Rabu, 8 Ogos 2012

Suci Dalam Debu.... air tangan Kak Own



Hujung minggu baru-baru ni, semasa saya bersantai-santai di rumah.... ternampak sepupu saya (Kak Own) dok melambai-lambai.... Apa lagi, saya pun menerjah ke rumah Mak Ngah kat sebelah tu.... rupa-rupanya Kak Own sedang melipat kulit popia untuk buat biskut Suci Dalam Debu... First trial tu..... tengok Kak Own buat, nampak sempoi ja... Kulit popia digulung /dilipat empat... kemudian dipotong empat... lebih kurang cam gini...

Pas tu saya pun tunjukkan pulak skill kat Kak Own... Mula-mula, kulit popia dipotong empat.... Kemudian, lipatkan sampai jadi empat segi sama.... Sambil-sambil tu, bancuhkan tepung gandum dengan air.... Gunakan air tepung gandum sebagai gam untuk melekatkan bucu-bucu kulit popia tadi.... Lipat sehingga habis semua kulit popia...
 
Lekatkan bucu lipatan kulit popia dengan tepung gandum yang dibancuh dengan air...

Lipat hingga habis semua kulit popia...

Rajin sungguh Arif dok melipat kulit popia....

Kemudian panaskan minyak.... gorengkan kulit popia yang telah dilipat dengan api perlahan...

Seterusnya, blendkan nestum.... blend juga gula pasir.... Gaulkan nestum, susu dan gula.... Salutkan kulit popia yang telah digoreng tadi dengan serbuk nestum, susu dan gula.... Siap untuk dimasukkan dalam balang.....

Orang memberi, kita merasa... Yusof bawak balik satu bekas, leh juga rasa Suci Dalam Debu Kak Own ni...



Selasa, 7 Ogos 2012

Kuih Cara Berlauk

 

Hari ni nak titipkan resepi kuih cara berlauk yang dibuat pada hari Sabtu baru-baru ni..... Actually, saya hanya buat intinya saja... Adunan kuihnya dibancuh oleh bonda tersayang.... Cek tak pernah buat, jadi tengok la mak buat dulu kan....

Bahan-bahannya :-

Inti :
Isi ayam dicincang atau diblend
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit daun sup (dipotong kecil-kecil)
1 biji cili besar ~ warna merah (dipotong dadu kecil-kecil)
Sedikit daun kucai dipotong kecil-kecil
Garam secukup rasa

Adunan kuih (sukatan tak sempat nak tanya kat bonda...bahan-bahannya cam kat bawah ni la) :
Tepung gandum
Santan
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya (jika perlu)
Minyak untuk dioles pada acuan

Cara-caranya :-
Firstly, tumiskan bawang merah dan bawang putih.... Kemudian masukkan serbuk kari, sos tiram dan sos cili.... Masukkan pula isi ayam yang telah dicincang dan masak hingga kering.... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan daun sup yang dipotong kecil dan kacaukan... Ok, dah siap.... Cili besar dan daun kucai digaulkan selepas ditutup api.....


Memandangkan adunan kuih ni bonda yang bancuhkan, saya hanya titipkan bahan-bahannya aje..... Mula-mula, masukkan semua bahan kecuali air dan minyak dan gaulkan hingga sebati..... Kalau terlalu pekat, tambahkan air... tambah sedikit demi sedikit... takut lembik pulak nanti....

Seterusnya, panaskan acuan.... Saya gunakan acuan berbentuk bujur telur.... Oleskan minyak pada acuan.... Tuangkan adunan ke dalam acuan, letakkan inti dan tutupkan acuan dengan tudung periuk..... 

Dah masak... bolehlah diangkat dan dihidangkan.....



Rabu, 1 Ogos 2012

Cucur Ikan

Kelmarin saya bercadang nak beli kuih lapis kat Kubang Lembu sebagai juadah berbuka.... tapi, memandangkan Kak Am ~rakan sekerja yang juga rakan sekereta ke Arau~ bagitau yang kuih-kuih kat situ sudah agak kurang rasanya berbanding dulu maka saya pun membatalkan hasrat tersebut....


Jadinya, menu untuk berbuka kelmarin sangat simple dan cepat untuk disediakan.... Yang ada kat dalam fridge : ikan temenung rebus... Tak payah pikir panjang-panjang lagi dah.... apa lagi menunya?? Cucur Ikan...


Cucur Ikan
resepi : rodzita




Bahan-bahannya :-


8 ekor ikan temenung rebus (ambil isinya sahaja)
1/2 kg tepung gandum (lebih kurang je la... saya masukkan separuh daripada bungkusannya)
Sedikit daun kucai (dipotong lebih kurang 1 inci)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya :


Masukkan isi ikan, daun kucai, bawang dan garam ke dalam tepung.... Boleh juga kalau nak masukkan sayuran lain seperti taugeh atau carrot.... Kalau nak pedas boleh masukkan serbuk cili.... Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga rata semua bahan tadi..... Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik.... Setelah itu, panaskan minyak dan gorengkan sehingga garing..... Boleh dihidangkan begitu sahaja atau bersama dengan sos....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...