Ni menu kelmarin... Daging Masak Kicap and tambah sikit ja sos lada hitam... kalau letak banyak takut pedas... kena Ummi masak yang lain pulak untuk Yusof...
Ok, resepinya....
Daging dihiris dan dibersihkan (kuantiti tak tau la sebab stok korban hari tu la ni)
Kicap
Sos lada hitam
1 labu bawang besar
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit air (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Bahan tumis : (dihiris nipis)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji buah pelaga
Cara-cara menyediakannya :
Panaskan minyak dalam kuali.... Tumiskan bahan tumis hingga harum baunya.... Masukkan kicap dan sos lada hitam.... Kacau.... Masukkan pula daging yang telah dihiris... Masukkan air dan biarkan hingga daging empuk... Masukkan garam secukup rasa.... Masukkan cili merah dan bawang besar yang telah dihiris... Kacau dan biarkan hingga cili dan bawang agak layu... dah siap untuk dihidangkan....